Pelakon :Remy Ishak, Zarinatasha Jamalullai (Finalis Dewi Remaja 2010), Harun Salim Bachik, Pekin Ibrahim, Nash, Marisa Yasmin, Haris (Idola Kecil 3), Amirul Afendi
Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.
Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.
Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.
Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?
Astro Shaw dan Real Films Sdn Bhd buat pertama kali bekerjasama bagi menghasilkan sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati perjuangan seni selepas pemergian 2 dekad (20 tahun) Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.
Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini. Antara lagu-lagu yang dipilih adalah ; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung serta lagu baru IDOLA nyanyian Azlan & Typewriter.
Kesemua lagu-lagu ini digubah semula oleh composer Audi Mok yang turut menghasilkan sebuah lagu tema bagi filem ini.
Sinopsis filem Hoore Hoore
Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.
Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.
Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.
Film ini menceritakan tentang petualangan anak muda kota yang bengal, tukang mabuk, dan suka berkelahi, dalam mencari jati diri, cinta dan tuhannya
Film berkisah tentang Iqbal (Arief Rahman) terhentak penyesalan karena membuat ibunya, Ibu Dewi (Minati Atmanagara) celaka hingga menderita koma. Penyesalan tersebut membuatnya terjun kedunia pesantren pimpinan Kyai Shidiq (H Muchtar Sum). Disanalah ia mencoba mencari Tuhan sekaligus ingin mengalahkan masa lalu yang kelam.
Ternyata perjalanan pencariannya itu tak mudah. Perilaku metropolis membuat dirinya tidak sabar berbenturan dengan aturan serta tata cara perilaku orang pesantren. Iqbal akhirnya mengalami friksi dengan berbagai orang, diantaranya adalah Aisyah (Imel ) yang tak lain adalah cucu dari sang Kyai.
Dirinya kemudian terusir dari lingkungan pesantren, dan ia terdampar di Solo. Namun dikota inilah ia bertemu dengan Ibu Jamilah (Donna Harun) yang miskin tapi Sholeh. Ditempat inilah ia menemukan keangungan Islam, dan bertekad untuk menjadi seorang mualaf. Tetapi di saat ia mulai menemukan Tuhan, jsutru dirinya berurusan dengan aparat, tersangkut masalah teroris.
Namun, berkat kesaksian beberapa orang yang mengenal dirinya, akhirnya ia bebas, kemudian ia pun dijemput kembali masuk pesantren
Selasa lepas aku ke Malam pratonton filem Papa I Love U.
Terima kasih kepada MIG Online kerana memberikan tiket free kepada saya! Gigih aku join contest tau.
Ini adalah kali pertama ke Malam pratonton tau tak. Orang lain dah beribu kali kot.Kesian aku!TAK PERNAH pergi pun tau. Jadinya semalam macam blur-blur je. Tapi best la. Seronok.
Iqa beary menemani aku ke sana. Advanture perjalanan. Hoi bersesak dalam KTM. Aku tak bernafas. Denga bawak beg laptop yang berat tu. Sumpah aku sesak nafas! Suka hati je tolak-tolak.
Ok teruskan cerita ye!
Sampai Subang Parade awal. Sebelum pukul 7 sampai.Semangat kau kan!
Pusing-pusing dulu.Then g la mendaftarkan diri di kaunter MIG. ambik tiket! Takde tiket tak boleh masuk yer!
Then dijemput makan! Sedap. Kebetulan tengah lapar kan.
Tayangan start around 9.00pm. Before tu tunggu artis-artis & jemputan datang. Masa ni lah bergambar-gambar. Sebenarnya aku tak ambik banyak gambar pun. Kenapa entah. Kamera pun macam ngade2 kan.
Overall filem semua OK!
Best~ Kelakar.
nantilah review. nak pergi study dulu.next week exam.
Yehaaa...Menang Peraduan Jom Tonton Papa I Love You Bersama Artis
Macam tak percaya je.Sila percaya! Maklum lah aku selalu join contest dan jarang la sangat-sangat aku menang.Ada 2,3 kali aje kot.
Ntah bila aku saja-saja join contest ni. Kot-kot ada rezeki boleh menang kan. Dan alhamdulilah rezeki. Menang. So hadiahnya dapat g Pratonton Filem Papa I Love You!
( tgk gambar bawah untuk bukti)
MALAM PRATONTON PAPA I LOVE YOU
Tempat : MBO Subang Parade
Tarikh : 27 Disember 2011 (SELASA)
dapat bawak sorang lagi. dan rasanya nak bawak kakak cantik Iqa Beary.
Soalan contest senang aje. Hehe.Berikut adalah soalnnya
2. Siapakah pelakon yang memegang watak ayah kepada Mia?
3. Berikan 1 Pantun khas untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada ayah anda.
Filem lakonan Lisa surihani, Mia Nasuha, Zalif Sidek
Sinopsis Filem Papa I Love You
Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.
Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.
Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.
Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.
Terbaru : Filem Keramat. Sapa berminat boleh la join contest untuk majlis pratontonnya.