Showing posts with label Posting di Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Posting di Sarawak. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Menabur bakti di Saratok




SMK (BM) SARATOK,SARAWAK kini ditempatkan.
Debaran dari lapor diri di KL sampai Sarawak berakhir bila tahu di mana ditempatkan.
Kejam jugak JPN Sarawak.lambat sangat nak bagitahu.Semua tertanya2 dan berdebar2.
Hari terakhir orientasi baru tahu.
Tak macam seram,nebess lagi takut bila diumumkan 50% akan ditempatkan di Kapit dan Baram.
Seram hoi.Sebab kawasan tu semua kena naik bot ekspress.


Alhamdulilah dapat Saratok.Tak perlu naik bot semua tu.Yang melibatkan air!Aku tak reti berenang ye!!
Hanya naik pengangkutan darat sahaja dan mengambil masa yang lama..






Wednesday, July 3, 2013

Kamilah Pendidik anak bangsa!




Kamilah pendidik anak bangsa!
1 Julai bermula lah tugas kami sebagai seorang guru. Walaupun ditempatkan jauh dari Semenanjung,jauh dari keluarga,jauh dari orang yang disayangi, kami tetap menerima tanggungjawab itu.
Bukan dua atau tiga atau empat tapi 15 orang dipostingkan di Sabah/Sarawak.
Kami memang sehati dan sejiwa ye.
Daripada 25 orang..9 orang di Sarawak, 6 orang di Sabah, sorang di Penang, sorang di Selangor, sorang di Johor, sorang di Pahang,sorang di Perak dan sorang di N9.



Kami yang ditempatkan di Sarawak


ditempatkan di negeri Sabah


Inshaallah kami akan menggalas tanggungjawab ini.
Walau di mana sahaja kami ditempatkan.
semoga kami dapat menjadi guru yang terbaik!
Doakan kami!



Thursday, June 27, 2013

Buku Merah!




Wehuu..sudah ada buku merah.Lepas ni boleh holiday oversea!
Over sangat kau.
hari ni buat passport. Jauh tak jauh dekat Jabatan Imigresen Kuala Selangor.
Dengan perasaan penuh confident cakap macam ni "Salam Enci,saya nak buat passport"
Encik : Isi borang ni dan 2 keping gambar.
aku : Isi terus bagi gambar.
Encik : Gambar macam ni tak boleh.Background kena warna putih.Turun bawah ada kedai gambar.
Aku : ok (dalam hati cakap..gambar aku dah cantik senyum semua..alahai)

Turun ke kedai gambar.

Pekerja kedai gambar "Cik senyum tak boleh nampak gigi"
aku " blurr kejap!"

hasilnya gambar aku macam ni dekat passport tu



Baru aku tahu proses buat passport!haha.



Tuesday, June 25, 2013

Aku dipostingkan di Sarawak.





Nampak atas tu SARAWAK. Aku dah update tentang dapat surat posting sarawak sebelum ini.
Ini edisi teknologi.Check online.Hari baru dapat masuk gara-gara tak boleh masuk semalam. Jammed kot! Semua nak bukak kan.

Bukan aku saja.Hampir semua budak kelas posting Sabah dan Sarawak!
Sarawak lebih ramai nampaknya.
Daripada 25 orang. 3 orang kekal interim, sorang selangor.sorang penang dan selebihnya Sabah dan Sarawak. Memang nak bagi pengalaman merantau!
Sejak kecik dekat rumah aje! Sekolah pun sebelah rumah. korang ada?
Masuk Universiti pun dekat.Sempadan aje Sabak Bernam dgn Tg Malim.

Jadi ni nak bagi aku pengalaman merantau kot.Itulah suka sangat cakap nak rasa balik kampung. Suka sgt cakap dekat Encik M nak rasa balik kampung. Memang termakbul terus!

Alhamdulilah.Syukur.Allah memberikan rezeki ini.
Walaupun pada mulanya rasa sangat sedih! Nangis okey!
Tapi lepas fikir-fikirkan ini semua perancangan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha dan Terima dengan hati terbuka dan ikhlas. Ikhlas tu penting kan!
Tanamkan dalam diri nak didik anak bangsa tak kira di mana dan nak balas jasa mak abah yang dah banyak sangat2 berkorban untuk aku.




next update lagi yer!Penuh la lepas ni perjalanan seorang guru.
Selamat malam semua!




Saturday, June 22, 2013

Masuk dan keluar.



Sila tengok angka2 di atas. Dah faham kenapa dapat ke sana.
Senyum saja.
Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Rezeki di mana sahaja.
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat