Showing posts with label New life in Sarawak. Show all posts
Showing posts with label New life in Sarawak. Show all posts

Friday, October 25, 2013

21 day more!



21 day more!
counting day...hari2 mengira hari. Rindu semua di Semenanjung. 
Rindu Mak Abah, anak2 kesayangan, keluarga saya! Rindu encik M, rindu rumah,rindu bilik, rindu makanan dan semua lah.
Kalau lah airport tu dekat memang selalu boleh balik.Tapi apakan daya 5 jam hoi nak sampai airport Kuching. Daripada tak sakit pinggang jadi sakit pinggang. Sangat adventure ok jalan2 di sini.


Sunday, August 18, 2013

Pengalaman sangat!




Bila kite duduk jauh dari mak abah,dari keluarga,dan dari segala kesayangan dan kebiasaan..banyak benda kita belajar dan dapat rasa macam-macam.
Baru sebulan lebih dipostingkan ke Sarawak.
Banyak jugak pengalaman! eh xdelah banyak sangat tapi boleh la.
Bahasa berbeza,makanan berbeza,suasana berbeza,masyarakat berbeza!


Pengalaman berada di kawasan yang berlainan. Borneo!
 Lahir di Selangor. Belajar kat Selangor,belajar kat Perak.Alah setakat Tg Malim bukan jauh sangat dari Sabak Bernam pun.
Sekali di hantar jauh terus! Saratok Sarawak. Nun jauh la hai. Naik van 4-5jam baru sampai Kuching.Airport dekat Kuching yer!
Bayaran RM40 per/orang.

Sangat la tak ok perjalanan.Lama sungguh nak sampai.Dengan jalan yang begitu. Uols semua tau  bentuk muka bumi Sarawak kan.
sakit pinggang wei balik tu!Berjam2 dalam van.
Ok la balik ke KL tu.Boleh kata selesa jugak duduk!

Yang tak boleh tahan masa dari Kuching nak balik ke Saratok after cuti hari raya.
Aku dan kawan2 disumbat 12 orang dalam van yang sepatutnya 10 orang je.
Boleh bayangkan macam mana keadaannya? Sangat la sempit.Its ok kalau penuh dengan orang je.Ini tidak! Penuh dengan orang seramai 12 orang dan barang yang penuh sehingga kan cermin belakang van tak nampak belakang. Bagasi i bawah sekali ditindih2 dengan banyak barang!!nasib selamat kuih raya den.
Sangat bahaya weh!!!Dah la jalan nak ke Saratok yang penuh berliku,berbukit bukau.

Alhamdulilah selamat sampai.
Pukul 3 dari Kuching.Sampai sini pukul 8 malam.

Sampai2 rumah air pulak takde.
Oh.sangat mencabar!Sabar itu indah.




#sebenarnya nak cerita pasal van yang disumbat dengan orang sampai penuh tapi macam merepek2.
eh suka hati lah!


Wednesday, August 14, 2013

Menghitung hari




Menghitung hari la hai.esok khamis.maknanya tinggal 2 hari ok.
sabtu dah balik saratok.
boleh tak kalau tak mau balik sana.nak stay kat rumah aja!

Friday, August 2, 2013

Sabak Bernam here i come!




packing barang.orang lain bawak barang balik banyak.i bawak bagpack aje!
balik sarawak semua nanti baru banyak barang!
Esok balik!! 

Genap sebulan





Hari ini 2 ogos 2013. Maka genaplah sebulan diri ku menetap di Sarawak.
Entah berapa tahun agaknya bakal ada di sini.
Alhamdulilah kehidupan di sini semakin okey. daripada takde rumah dah ada rumah.daripada tidur tanpa tilam dah ada tilam yang empuk lagi best.Sikit2 lah ye. Nama pun baru nak hidup di sini kan.

Harapnya boleh transfer ke Semenanjung cepat2. Insyallah.Biiznilah.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku di sini dan sentiasa diberi kekuatan. Maklum lah berjauhan dengan mak ayah, keluarga, sahabat dan insan yang disayangi!
Nak cepat transfer semenanjung kena cepat kawin! Kata abg ipar den.Ok tahun depan lah nak kawin.=P
begitu?


Wednesday, July 10, 2013

Berpuasa diperantauan!




Tahun 2013 ini berpuasa di perantauan lah nampaknya.
Jauh dari mak abah.
xdapat makan murtabak feberet! Sob2..

Friday, July 5, 2013

Menabur bakti di Saratok




SMK (BM) SARATOK,SARAWAK kini ditempatkan.
Debaran dari lapor diri di KL sampai Sarawak berakhir bila tahu di mana ditempatkan.
Kejam jugak JPN Sarawak.lambat sangat nak bagitahu.Semua tertanya2 dan berdebar2.
Hari terakhir orientasi baru tahu.
Tak macam seram,nebess lagi takut bila diumumkan 50% akan ditempatkan di Kapit dan Baram.
Seram hoi.Sebab kawasan tu semua kena naik bot ekspress.


Alhamdulilah dapat Saratok.Tak perlu naik bot semua tu.Yang melibatkan air!Aku tak reti berenang ye!!
Hanya naik pengangkutan darat sahaja dan mengambil masa yang lama..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat