Showing posts with label Perjalanan Menjadi Seorang Guru. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Menjadi Seorang Guru. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Program Transformasi Minda (PTM)


Alhamdulilah.
Selamat menjalani kursus untuk pengesahan jawatan
Banyak ilmu diperolehi.
dan dan 
bertemu dengan rakan-rakan baru








Friday, January 24, 2014

Jurulatih Okey!




tahniah kepada diri sendiri sebab dilantik jadi coach yer!
Coach okey. Sebenarnya takziah jugak buat diri. Dengan ini makanya makin bz lah i okey!
Kepada en kesayangan diharap anda faham? ( macam dia baca blog kau ni jiha)
Coach untuk acara 100m berpagar dan 400m berpagar!
aku memang suka tengok acara itu tapi idak pernah buat!
ak sekolah xpernah belajar PJK 
Dan sebab itu aku tiada jiwa bersukan. Jiwa untuk amik gambar tu memang hadee!

marilah menyahut cabaran yang diberi.
Lets learn ilmu baru.
Huh! Nak sambung MASTER dalam bidang Kesukanan lah macam ni.





Thursday, January 23, 2014

ABM saya!



Belajar masa dekat Universiti semua pasal business.
Masuk posting kat sekolah memang lari daripada landasan. I kena ngajar PJK ok. Dan PSK.
dan untuk mengelakkan kebosanan belajar PSK haruslah menyediakan ABM yang kreatif katanya. Walaupun ABM i gambar sahaja tapi boleh kira kreatip kan kan!


Saturday, January 11, 2014

Guru kelas pulak!



Guru kelas pulak alahai!
haiyaa..bertambah tugas diriku.
Marilah menjalankan tugas yer!

Menjadi cikgu yang dedikasi ok.
Tahun ni jadi guru kelas 1 Fikrah pulak.Dan confirm kerja ku banyak sesangat ok!



Tuesday, September 3, 2013

Training terakhir!



Jurulatih katanya kan.
jadi tugasnya melatih anak murid..Cikgu ni tak pernah masuk acara balapan pun anak2..tup2 nak kene training anak2.
Gigihkan diri.pagi2 bersama2 anak2 yang bersemangat tinggi bersukan.
Here! 7.30 pagi sudah sampai di Stadium Mini Saratok.





hari ini training terakhir sebelum kejohanan sukan sekolah.
Anak2 berlari konon2 macam waktu kejohanan lah. siap pinjam baton. lupa pinjam baton sapa satu ni.


satu pengalaman baru!


Sunday, September 1, 2013

almost 3 month



Permulaan september. Dan maksudnya ini masuk bulan ketiga bergelar sebagai seorang guru!
Sila panggil saya "cikgu jiha"!

Mengajar di Semenanjung dan Sarawak memang sangat2 berbeza. situasi berbeza, persekitaran berbeza...semua berbeza lah.

Tak ingat update ke tidak diupdate yang aku kena ajar subjek yang memang luar bidang! luar bidang yer! memang menyimpang habis okeh. aku jadi bidang terjun!
aku yang dulunya opsyen keusahawanan dan perdagangan kini dapat opsyen pendidikan jasmani dan kesihatan atau nama pendeknya PJK. PJK yer. Nampak tak betapa jauh bezanya? Aku yang otak duit2 dan bisnes tiba2 kena masuk "bola-bola", sukan2...Oh so tak berjiwa ok! Selain PJK, aku diberikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
PJK untuk 5 kelas tingkatan 1 dan peralihan. PSK untuk 3 kelas tingkatan 2. Dan PSV untuk kelas peralihan. 
Dan bila mengajar F1 dan F2 makanya aku pegang PBS. PBS ialah Pentaksiran Berasakan Sekolah.

Dah hampir 3 bulan tapi aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan negeri Sarawak dan bumi Saratok! Totally different.
Aku yang kaki jalan dtg sini terus jadi kaki duduk rumah selain pergi sekolah! Takde transport lagi nak berjalan sana sini.Ditambah nak keluar ke satu2 tempat jaraknya jauh. Jauh sgt den rasa! Mungkin sebab tak biasa lagi.


Sehingga kini masih belum berjiwa mengajar PJK.I hope i can do my best untuk anak-anak di sini.
PJK ini teknikal.Kemahiran dan aku memang takde semua itu. Bola jaring pun aku tak main okeh!


Doakan diriku kuat ye kawan2.




Friday, August 2, 2013

Genap sebulan





Hari ini 2 ogos 2013. Maka genaplah sebulan diri ku menetap di Sarawak.
Entah berapa tahun agaknya bakal ada di sini.
Alhamdulilah kehidupan di sini semakin okey. daripada takde rumah dah ada rumah.daripada tidur tanpa tilam dah ada tilam yang empuk lagi best.Sikit2 lah ye. Nama pun baru nak hidup di sini kan.

Harapnya boleh transfer ke Semenanjung cepat2. Insyallah.Biiznilah.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku di sini dan sentiasa diberi kekuatan. Maklum lah berjauhan dengan mak ayah, keluarga, sahabat dan insan yang disayangi!
Nak cepat transfer semenanjung kena cepat kawin! Kata abg ipar den.Ok tahun depan lah nak kawin.=P
begitu?


Thursday, July 18, 2013

mampukah...





migrain terus bila dapat jadual.
PJK.PSK.PSV.
mengambil alih segala tugas guru yang berpindah ke selangor.Aku yang datang dari Selangor diberi tugas ini.

hohoi 360 darjah pusing2 memang lari opsyen.apa kena mengena belajar keusahawanan dan perdagangan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan.?

Wednesday, July 10, 2013

Berpuasa diperantauan!




Tahun 2013 ini berpuasa di perantauan lah nampaknya.
Jauh dari mak abah.
xdapat makan murtabak feberet! Sob2..

Tuesday, June 25, 2013

Aku dipostingkan di Sarawak.





Nampak atas tu SARAWAK. Aku dah update tentang dapat surat posting sarawak sebelum ini.
Ini edisi teknologi.Check online.Hari baru dapat masuk gara-gara tak boleh masuk semalam. Jammed kot! Semua nak bukak kan.

Bukan aku saja.Hampir semua budak kelas posting Sabah dan Sarawak!
Sarawak lebih ramai nampaknya.
Daripada 25 orang. 3 orang kekal interim, sorang selangor.sorang penang dan selebihnya Sabah dan Sarawak. Memang nak bagi pengalaman merantau!
Sejak kecik dekat rumah aje! Sekolah pun sebelah rumah. korang ada?
Masuk Universiti pun dekat.Sempadan aje Sabak Bernam dgn Tg Malim.

Jadi ni nak bagi aku pengalaman merantau kot.Itulah suka sangat cakap nak rasa balik kampung. Suka sgt cakap dekat Encik M nak rasa balik kampung. Memang termakbul terus!

Alhamdulilah.Syukur.Allah memberikan rezeki ini.
Walaupun pada mulanya rasa sangat sedih! Nangis okey!
Tapi lepas fikir-fikirkan ini semua perancangan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha dan Terima dengan hati terbuka dan ikhlas. Ikhlas tu penting kan!
Tanamkan dalam diri nak didik anak bangsa tak kira di mana dan nak balas jasa mak abah yang dah banyak sangat2 berkorban untuk aku.




next update lagi yer!Penuh la lepas ni perjalanan seorang guru.
Selamat malam semua!




Saturday, June 22, 2013

Masuk dan keluar.



Sila tengok angka2 di atas. Dah faham kenapa dapat ke sana.
Senyum saja.
Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Rezeki di mana sahaja.
=)

Friday, June 21, 2013

SARAWAK aku datang!!


1 julai yang dinantikan.inilah dia.
Hari jumaat yang penuh barakah aku menerima surat penempatan dari KPM
Tengok aja logo KPM terus bukak.
Sekali tengok..tu dia...SARAWAK ok!
terkesima.terkejut dan segalanya ada.




Syukur alhamdulilah,penantian dan persoalan selama setahun lebih ini terjawab.
Terima dengan hati yang terbuka dan redha.
Allah rancangkan yang terbaik untuk aku.Rezeki aku di sana. Walaupun rasa berat nak tinggalkan mak abah, family, Encik M, encik Canon dan segalanya yang ada!




#Doakan semuanya berjalan lancar.

Wednesday, June 19, 2013

1 Julai yang di nanti.





1 JULAI yang dinanti2 kan oleh kami.
Sudah setahun lebih tamat belajar tapi masih belum dipostingkan.
Sabar itu indah. Dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.
Kami diuji dengan macam2 ujian. 


Sinar cahaya ada nampaknya bila senarai nama IV di keluarkan.
Follow je lah segalanya.
Till now dah dapat surat perlantikan walaupun masih belum tahu bila dan di mana akan dipostingkan.
Sabar itu indah kan.
Jadi tunggu saja. 


Hai la 1 Julai! Cepatlah datang ye. Dan sila bagi berita gembira.

Monday, February 18, 2013

Alhamdulilah.





Alhamdulilah.Dah keluar nama i untuk di temu duga.
Stress tahap dewa tunggu nama tak keluar2 tahu tak.
Risau! Sebab aku bukan antara calon kelompok khas.

So bakal di interview pada 5 mac.Jam 7.30 pagi. Di Putrajaya.
Seawal pagi kena keluar umah!


Awak-awak semua. Sila doakan yang terbaik untuk saya yer!
Wish me luck.

Stress dah hilang. Datang nerbess nak di interview.
Terfikir-fikir apa yang bakal ditanya.
Semoga dipermudahkan segalanya. AMIN.



Wednesday, February 6, 2013

Jom Bercinta.



Berita terbaru daripada website SPP senarai nama untuk interview bakal dikeluarkan 15 Feb 2013.
Maka bersedialah dengan segala kemungkinan.
Proses Interview bakal dijalankan bermula 19 Feb 2013.
Tak Lama lagi tu.
So jom la BERCINTA dengan segala nota dalam buku di bawah!





#Doakan saya yer!
Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat