Saturday, May 19, 2012

::Apam Pisang::



#Entry kuih muih.
Macam lama tak update resepi. Takde masa sekarang nak campak2 bahan macam dulu.

Kali ni apam pisang. Selalunya buat Kek Pisang.Nak try buat apam pulak.
Seperti biasa dengan bantuan prof google untuk resepi yg best2.
Banyak resepi dan aku pilih dari blog Sinar Kehidupanku



ini hasilnya


Resepi Apam Pisang by Yati (Sinar Kehidupanku)


Bahan :

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
2 biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
secubit garam

Cara :

Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


# Selamat Mencuba!




0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat