
Wednesday, April 20, 2011
Selangor no 1 dalam carta liga super

Sunday, March 20, 2011
:: Tahniah kepada Mohd Adiq Hussainie Othman ::
Tuesday, December 28, 2010
:: badminton ::
Saturday, December 11, 2010
:: bakal guna enjin mesra alam ::
LONDON, 11 Dis. - Formula Satu (F1) akan berubah kepada perlumbaan lebih mesra alam dengan penggunaan enjin 1.6 liter bermula 2013, kata badan pentadbiran sukan tersebut yang mengumumkan langkah terbabit semalam sebagai sebahagian pengubahsuaian besar dari segi teknikal dan peraturan.
Jentera terkini menguna-pakai enjin V8 2.4 liter yang sebelum itu menggunakan enjin V10s dan V12s.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Sukan Motor Dunia di Monaco, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) menjelaskan, enjin spefikasi baru itu mungkin menggariskan satu ‘komitmen untuk meningkatkan pengekalan dan memberi keperluan kepada industri automotif.
“Berdasarkan dialog dengan pengeluar enjin dan pakar dalam bidang ini, kuasa akan berubah kepada empat silinder, 1.6 liter dengan suntikan gasolin tekanan tinggi sehingga 500 bar dengan maksimum 12,000 rpm.”
FIA juga berkata, enjin baru akan memberi pengurangan 35 peratus penggunaan minyak dan juga memberi pengurusan tenaga yang besar serta sistem pemulihan tenaga. Enjin sekarang adalah terbatas sehingga 18,000 rpm.
Pada masa yang sama, mereka akan mengekalkan tahap prestasi yang sama.
Seriap pemandu akan dibenarkan menggunakan lima enjin pada 2013 namun peruntukan itu akan dikurangkan kepada empat enjin bermula 2014. tahun dengan 19 perlumbaan, mereka dibenarkan menggunakan maksimum lapan enjin dengan satu penalti tempat ke-10 pada permulaan grid jika melakukan penambahan setiap unit. - Reuters
Saturday, October 16, 2010
l-l hoho!!..selangor kena belasah 3-0 dgn kelantan l-l

GERGASI Merah rebah di kaki Kijang. Itu yang berlaku pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, Selangor ditunjuk jalan keluar oleh Kelantan yang menang bergaya 3-0.
Pada perlawanan yang disaksikan lebih 25,000 penyokong The Red Warriors itu, Selangor dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menerusi Amri Yahyah yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti, namun sepakannya tidak cukup kencang untuk menggegar jaring lawan.
Seminit kemudian, giliran penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli melakukan rembatan ke gawang Selangor tetapi sepakannya sedikit tersasar.
Kelantan terus menggandakan asakan untuk mendapat gol awal dan ia terhasil pada minit ke-13 menerusi Norfarhan Mohamad yang mudah menyempurnakan lorongan daripada Akmal Rizal.
Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat hilang punca dengan pemainnya sering melakukan kesilapan mudah.
Pada minit ke-24, Kelantan selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Akmal Rizal.
Gol tersebut terus mematikan rentak Selangor yang semakin hilang arah sambil Kelantan gagah menguasai bahagian tengah yang diterajui Badri Radzi dan Shakir Shaari.
Pada babak kedua, Kelantan memperlahankan rentak permainan, namun Selangor tetap gagal untuk meloloskan diri.
Malam bergaya Kelantan itu disudahkan dengan jaringan ketiga Badri Radzi pada minit ke-79 yang bijak menyambar hantaran Akmal Rizal sebelum merembat kencang ke gawang lawan.
Kemenangan itu menyaksikan Kelantan pasukan pertama layak
ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-0.
Pada aksi pertama di Shah Alam Selasa lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.
Friday, October 15, 2010
l-l Kontijen Malaysia berjaya kumpul 12 pingat emas di Sukan Komanwel di New Dehli l-l
Misi Malaysia tercapai

KONTINJEN Malaysia berjaya melepasi sasaran pungutan pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India. Pada hari terakhir temasya Komanwel semalam, kontinjen Malaysia berjaya menambah empat lagi pingat emas bagi menjadi keseluruhan 12 emas.
Jumlah itu melepasi sasaran awal iaitu 10 pingat emas yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN).
Ia merupakan pencapaian terbaik Malaysia pada penampilan di luar negara selepas memenangi tujuh emas, 12 perak dan 10 gangsa pada temasya di Melbourne, Australia empat tahun lalu.
Mengulas kejayaan tersebut, ketua kontinjen negara, Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif menganggap ia adalah suatu pencapaian terbaik pada temasya Sukan Komanwel sejak tahun 1950.
“Syabas kepada semua atlet. Kesungguhan yang dipamerkan para atlet negara telah membantu kita mencapai sasaran 10 pingat emas.
“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada atlet muda negara terutama yang tidak diletakkan sasaran awal untuk memenangi pingat emas.
“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai kali ini,” katanya.
Pingat emas ke-10 kontinjen Malaysia hadir menerusi atlet gimrama negara, Elaine Koon yang beraksi cemerlang dalam acara gelung individu.
Kejayaan itu melengkapkan penampilan hari penuh bermakna Elaine pada temasya kali in selepas dia merangkul pingat gangsa dalam disiplin individu keseluruhan (allaround) kelmarin.
“Kejayaan Elaine ini sungguh tidak disangka. Kita meramalkan pingat emas ke-10 negara hadir menerusi acara badminton.
“Begitupun, kejayaan ini telah meringankan tekanan para pemain badminton, sekali gus membantu mereka menambah tiga lagi pingat emas untuk menjadikan 12 keseluruhan,” kata Abdul Halil.
Dalam acara badminton yang berlangsung di Kompleks Sukan Siri Fort semalam, pingat emas pertama hadir menerusi beregu bukan pilihan, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui.
Mereka mencipta kejutan apabila menghadiahkan pingat emas kesembilan dalam acara beregu campuran sebelum pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat emas ke-11 acara perseorangan lelaki.
Selepas itu, pasangan No. 1 dunia, Kien Keat-Tan Boon Heong menyumbang pingat terakhir kontinjen Malaysia dalam acara beregu lelaki.








