Wednesday, March 30, 2011

Syarat PERMOHONAN Tabung Usahawan Siswazah (TUS) dilonggarkan

BERI SEMANGAT...Mukhriz  (tengah)  berbual dengan siswazah selepas melancarkan Program Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia, semalam.

PERMOHONAN bagi Tabung Usahawan Siswazah (TUS) kini dipermudahkan antaranya meningkatkan jumlah pembiayaan dari RM250,000 kepada RM500,000 selaras dengan usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda di negara ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jumlah pembiayaan untuk pengambilalihan syarikat adalah sehingga RM750,000 manakala tempoh kelonggaran pula dilanjutkan sehingga 48 bulan berbanding 24 bulan dan tempoh pembiayaan untuk bangunan serta premis perniagaan sehingga 20 tahun.

“Umur kelayakan pemohon turut dinaikkan kepada 40 tahun daripada 35 tahun, dan sudah menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun berbanding syarat asal 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia (MYEC) di Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan kementerian, Datuk Abdul Ghafar Musa dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Mukhriz berkata, jumlah keseluruhan dana khas yang mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) ialah RM45 juta dengan kadar faedah antara dua hingga empat peratus setahun.

Katanya, beliau berharap lebih ramai usahawan atau syarikat memohon dana dari tabung itu untuk membantu perniagaan masing-masing selepas syarat permohonan dilonggarkan.


“Kami mendapat maklumat syarat lama kurang kondusif kepada perniagaan kerana ia agak ketat, menyebabkan tidak banyak syarikat mendapat manfaat daripadanya dan selepas melihat semula termasuk berbincang dengan SME Bank, kami menawarkan pinjaman lebih baik untuk kebaikan semua pihak 




“Jadi kita harap dengan syarat baru ini lebih banyak syarikat akan memohon untuk mendapatkan dana dari tabung berkenaan,” katanya.

Program di bawah kendalian SME Bank itu dipakejkan dengan Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah (SUS) anjuran Institut Keusahawanan Negara (Insken).

0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat