Monday, January 31, 2011

:: dari titik peluh sendiri ::

Tajuk :
Dari Titik Peluh Sendiri
Hadith :

Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”


(al-Bukhari)


Huraian

Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.





:: thanx sis! ::


cantik tak. siap ade butterfly lagi.Purple! saya suke kaler itu. Purple itu cantik Okeh!@
thanx sis! buatkan external pocket ini untuk saya!
seperti di request. Purple, abstrak & butterfly!
sangat suke.
iqa beary mesti jeles kalu aku tunjuk kat dia nanti~


Sunday, January 30, 2011

:: sengal zone: saya sengal zone VIP! ::


aku xde idea nak tulis tesis sekarang nih!
Cam biasa lah. berehat sebentar! Silent Thinker~ 
tibe2 nampak " sengal zone: saya sengal zone VIP! :
terus aje join! sebab aku tengah xde idea!
sapa nak join sila klik sini OK!

kenapa aku patut bergelar VIP dalam Blog Sengal Zone?
sebab aku saja nak m'sengalkan diri sekarang ni! motif la sangat~ 
lagi satu sebab saya nak jadi VIP hari ini!

jam belum pukul 10.30pm! automaticly layak ok!



:: akulah cinderella ::

Akulah Cinderella


baru beli novel ini.tibe2 aku jadi pembaca novel!~mengapakah>
"Iqa beary!,sila jgn jeleos sebab aku dah beli ni"
Ok! nak g bace!


:: Flickr ::


nampak tak gambar kat atas tue?
sapa tak nampak aku sahkan korang rabun yer! cepat pegi kedai cermin mata! tempah spek!@
atas itu logo Flick! sapa tak tau apa itu flickr?? Okeh! sila tanya En.Google. Sebab saya agak malas nak menjelaskan pada mereka yang tak tahu!
motif entry ini? 
aku sebenarnya nak bagitahu dah lame aku tak bukak/tengok/update/upload dan segala2nya kat situ.
Tibe2 hari ini terasa nak bukak sebab aku rasa banyak sangat gambar dalam lappy aku.
gatal2 tangan nak mengupload padehal aku banyak lagi keje lain tau! asigment berbaris tunggu ditambah dengan proposal research itu! Oh malasnya.



Saturday, January 29, 2011

:: setiap hukum ada hikmahnya ::

Tajuk : 
Setiap Hukum Ada Hikmahnya 

Hadith : 
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”

(Muslim)



Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.

:: 3 kali lebih baik ::

Tajuk :
Tiga Kali Lebih Baik
Hadith :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”


(al-Bukhari)


Huraian

Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itu dianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!






Friday, January 28, 2011

:: laptop saya dah sihat ::


alhamdulilah!~laptop dah sihat.
dah OK!dah jadi macam selalu~
betapa sedih, stress dan macam2 rasa bila mylappy sakit.sedih sampai xsenyum pun dekat housemate2 aku!Korang aku mintak maaf tau!

cuba korang semua bayangkan yer!tak boleh bayangkan pun, buat2 aje macam boleh.
tengah taip-taip nak buat proposal tesis,laptop tibe2 mati. On balik,mati lagi, on balik, mati lagi.
ntah berapa kali pun aku tak kira.
lepas tue tak detect batery! tak detect power jugak!
sampai aku tak tau nak buat macam mane.
menangis aku! tak penah2 buat hal macam nie.saat-saat genting aku nak jumpe penyelia pasal tesis pulak!
betul2 dugaan. tapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnya!


angah( dr laptop )dah tolong checkkan. dia kate laptop Ok! tak apa2.charge rosak! tak detect. beli baru!



acer Aspire 4715Z
ini lappy saya!dia yang terbaik.walaupun agak berat + tebal aku nak bawak g mane2.
dah 3 tahun lebih. dah banyk berjasa pada diri ini.








:: Oreo McFlurry ::


sy suka Oreo McFlurry
sedap okeh!!~


Thursday, January 27, 2011

:: selesai mikroteaching ::


mikroteaching da setel
yehaa!~boleh cuti mid sem tenang siket. 1 dah lepas.
after cuti kena buat makroteaching pulak!
30 minit kena mengajar!
sedang berfikir-fikir nak buat cmne nnt~


:: happy birthday Iqa Beary ::



entry khas ini buat myluvly cik iqa beary !
sempena birthday dia~kawan2 jom nyanyi untuk dia!
happy birthday to u...happy birthday to u!
happy birthday iqa!
kau dah 23 tahun~
aku blom lagi OK!
boleh tak nak panggil kak long???~

sian cik beary.tadi kena dgn kitorg!
habis kena kek & telur..
saya letak sikit aje ok!syera yg buat banyak2! jadi sila marah syera tau! saya tak bersalah..


nway happy birthday!
semoga panjang umur,di murahkan rezeki,gudluck n wish you happy alwayz..



p/s: abis aku bulan 4 nnt..siap2 aku nak lari rumah dulu boleh tak..
=)

Tuesday, January 25, 2011

:: di approve! ::

syukur alhamdulilah tajuk untuk tesis dah di approve
bagus!
berkat usaha.
usaha tangga kejayaan kan.
 Jangan mudah berputus asa. setiap yang berlaku ada hikmahnya.
macam-macam benda jadi tau!
migrain datang! laptop buat hal, laptop asyik mati aje. time ni la nak sakit pun.
ptg ni anta laptop g klinik!

:: tesis,tesis dan tesis ::


sekarang dah pukul 3 lebih..
aku tak tdo lagi! 
dari pg tadi bangun tak tdo2 lagi!
hidupku berteman kan tesis sem ni

Monday, January 24, 2011

:: report pertama siap::


report pertama siap!
next buat abstrak thesis!~

Sunday, January 23, 2011

:: suprise birthday untuk cik beary!!!~ ::


yehaa!!
misi berjaya! Cik beary terkena hari ini. Terima kasih kepada pelakon-pelakon pembantu Ecah cha cha, syera,huda & ifa. Memang baik punya korang berlakon lah! nanti aku suh director2 yang femes amik korang berlakon okeh!lalala..


actually birthday cik beary 27 january nanti. Tapi sengaje aku ajak diorang buat awal. Motif sebab kalu buat 27hb nanti mesti cik beary tahu!~ best camni.dia tak tahu. baru dia terharu! ingat sampai bile2. tunggu nanti 27hb! nak simbah dia air~nak kasi lipas sekotak! wallah.jahat betol kan. haishh..aku tak sampai hati kot buat macam tue.


apa-apa pun 
Happy Birthday cik beary @ iqa beary!


 :: cik beary  wish2 & tiup lilin::







:: abis muka cik beay kena kek! ::



:: Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli ::


bloglist Sandiwara Seorang Insan@ Syafiiq Rosli! Jom Masuk~
Sapa-sapa yang nak masuk sila klik sini yer!
suka lagu blog dia tau!~lalala.


jantina : perempuan

:: Hey Malas! Sila pergi jauh-jauh dari aku ::


hey en Malas!
Sila pergi jauh-jauh dari saya!
saya tak suka awak...

en Rajin! Cepat la datang!
saya hanya suka awak!

:: hari ini birthday mak saya! ::


hari ini birthday mak saya!
Jom sama-sama nyanyi untuk emak saya~
0ne..two..three..OK..start
.....................
.........................
...............................
Selamat hari jadi Mak
Tahun ni macam tahun2 lepas.Tak dapat sambut birthday mak pada 23hb januari.Celebrate! tapi lambat sikit..Sebab saya duduk jauh! jauh la sgt. Kami tetap celebrate cume lambat sikit lah. Disebabkan kekangan masa.Ececeh~ esok kan ahad! sume cuti kan. Alasan je semua tu..Abang,Kakak & adik pun takde.So nnt balik ramai2 baru celebrate~Ha! baru meriah kan.
walaupun tak celebrate tapi dah telefon mak. Wish selamat hari lahir kat Mak!
Saya Sayang Mak tau!!
dari kecik mak jaga tau.Nak apa mesti mak bagi,mak carikkan.Sampai lah sekarang ni. Tibe2 sedih! Sob3x...
Rindu mak! Nak Balik sekarang!


 ::mak & abah sy! ::

: wif my lovely mom:

Friday, January 21, 2011

:: menjadikan harta jambatan ibadah ::

Tajuk :
Menjadikan Harta Jambatan Ibadah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap
umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
 
Riwayat at-Tirmidzi

Huraian
1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak. 



::terima kasih kepada pembeli ::

barang aku dah abis jual! terima kasih banyak2 kepada para pembeli
actually ini cerita dah beberapa hari lepas.Tak sempat aku mahu update je.Maklumlah terlampau bz dengan pelbagai kerja~ bz ke?..
Terima kasih kepada para pembeli!
kamu semua memang baik tau. nak jugak beli barang @ produk tersebut.
tak sia-sia aku promote @ memujuk!
Usaha Tangga Kejayaan. Tak usaha macam mana nak berjaya! Betul tak?

cerita pasal barang@ produk~
 aku kena jual 2 helai T-shirt dan sebotol perfume
sehelai T-Shirt Shah beli..
sehelai lagi T-shirt Fazlina beli.
Perfume cik Stephani yang beli.




Ok! aku kena jual 3 jenis produk. Baru dapat 2 jenis.Esok mahu amik lagi satu..
Produk ape pulak la kali ni.Harap-harap senang jugak la nak jual.



::suami isteri rugi ditipu "doktor" ::

MELAKA 20 Jan. - Sepasang suami isteri hari ini mendakwa kerugian RM14,000 akibat ditipu seorang 'doktor' yang mengaku kononnya mampu mengubati penyakit kronik yang dihidapi mereka.
Akibatnya, pasangan itu bukan sahaja kehilangan wang simpanan Tabung Haji yang dikumpul sejak 10 tahun lalu, malah penyakit yang dihidapi juga dikatakan semakin melarat.

Sarip Sayed, 61, dan isterinya, Salihah Biran, 54, mendakwa, mereka tidak menyangka lelaki berusia 72 tahun yang mengaku dirinya sebagai doktor itu sanggup mengaut keuntungan mudah dengan menipu di sebalik perwatakan alim.

Menurut Salihah, kali pertama dia dan suami bertemu dengan 'doktor' tersebut adalah pada 14 Oktober 2009 di rumah lelaki itu di Taman Merak, Bukit Katil di sini.
Ketika itu, katanya, dia bercadang menjalani perubatan homeopati bagi merawat sakit urat dan batu karang yang dihidapinya, manakala suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.

"Sampai di rumahnya, lelaki itu yang memakai stetoskop di leher memperkenalkan dirinya sebagai doktor.
"Dia kemudian mengambil gambar mata saya dan memaparkannya di skrin besar sebelum menjelaskan saya turut mempunyai penyakit buah pinggang yang perlu dirawat segera sebelum melarat," dakwanya.

Tambahnya, sepanjang sesi penerangan itu, lelaki tersebut tidak berhenti-henti menyebut nama Allah dan berjanji akan merawat penyakit mereka sehingga sembuh tetapi perlu menggunakan ubatan herba yang dibekalkan pada harga RM14,000.

Dia memberitahu, warga emas itu juga cuba menakutkan mereka dengan mengatakan sekiranya dibiar, buah pinggang akan rosak dan memerlukan perbelanjaan lebih tinggi sekitar RM100,000.

"Dia juga bijak memujuk kami supaya mengeluarkan simpanan di Tabung Haji dengan mengatakan tidak guna menunaikan haji sekiranya badan tidak sihat dan selalu sakit-sakit.

"Termakan dengan kata-katanya itu, saya dan suami pun bersetuju dan pada masa sama 'doktor' itu pula menggesa kami menyerahkan wang tersebut keesokan harinya sebelum pukul 11 pagi kerana perlu ke Kuala Lumpur segera untuk membeli ubat tersebut.

"Esoknya, pada 15 Oktober 2009, saya dan suami mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM12,000 dan serahkan kepada lelaki itu tanpa diberi sebarang ubat. Baki RM2,000 perlu dijelaskan di ibu pejabat klinik lelaki itu di Setapak, Kuala Lumpur," dakwanya lagi.

Salihah berkata, selang lima hari, dia dan suami pergi ke Kuala Lumpur dan di sana barulah mereka diberi bekalan ubat seperti dijanjikan, tetapi terkejut apabila mendapati kesemua tiga bungkusan ubat adalah sama sedangkan ia untuk rawatan penyakit yang berbeza.

Tambahnya, selepas sebulan menggunakan 'ubat' itu, penyakit yang dihadapi semakin teruk dan terkejut apabila 'doktor' terbabit mengarahkannya mendapatkan rawatan susulan di hospital sedangkan sebelum ini dia memberi jaminan mereka sekeluarga akan dirawat sehingga sembuh.

"Setelah tertipu, saya dan suami membuat laporan polis pada 8 Januari 2010 selain ke Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi kecewa apabila ditolak dengan alasan lelaki itu doktor profesional.

"Saya cuba menghubungi 'doktor' itu tetapi gagal malah ketiga-tiga cawangan pusat perubatan homeopatinya di Melaka, Kuala Lumpur dan Temerloh, juga ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki terbabit tidak pernah diiktiraf sebagai doktor, sebaliknya dia cuma pernah menjalani kursus latihan kedoktoran.

Tambahnya, beliau juga difahamkan hasil ujian makmal daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ubat-ubatan yang dibekalkan kepada keluarga itu tidak mempunyai kelulusan KKM.

"Saya lihat, memang ada unsur penipuan memandangkan semua cawangan pusat perubatan lelaki tersebut tidak lagi beroperasi, malah lelaki itu juga tidak dapat dihubungi," katanya.



:: kami terpilih!! ::


gambar yang aku hantar terpilih!
sila ucap tahniah ok!~ poyos la kau jiha..
mempertaruhkan gambar atas tu~ kenapa? sebab mereka BFF saya. di mana ada saya,di situ ada mereka!
jom la "like" picture kami!
terima kasih tau sapa yang sudi nak like!
nanti aku belanje biskut batik..aku buat sendiri tau!



Huda,Arifah,Jiha,Iqa beary
Di UPSI kami bertemu, mengharungi pahit,manis,masam dan masin bersama-sama.

huda: sifat keanak-anakan yang ceria
arifah: library bergerak yang serba tahu
jiha : seorang blogger & sukakan IT.
iqa beary: suka kpd semua jenis berries & benda yang comel dan unik.
 


support kami OK!~


just like picture kami..



1) like page "Eightdesign Boutique"http://www.facebook.com/eightdesigns



2) then like gambar kami






tenkiu~~
=))

Thursday, January 20, 2011

:: tendang datuk sampai mati ::


tendang datuk smpai mati! How dare! Kejam betul. 

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100.

Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan.
“Bimbang cucunya bertindak liar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda. Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan cucunya bertambah marah.

“Sebaik tiba di rumah selepas membuat laporan polis, cucunya terus menendang dan memukul mangsa berkali-kali di luar rumah.

“Akibat serangan cucunya itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah. Cucunya melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dilihat jiran, apatah lagi apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri.

“Mangsa dihantar jirannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSAH,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan polis sudah menahan suspek beberapa hari lalu.

“Dia kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya


sumber: metro

::379::


~379~
aku no 379 dalam gegar blog yang dibuat oleh Ben Ashaari

Wednesday, January 19, 2011

:: JOM GEGAR BLOG::


Jom Gegar Blog!!!
ok hari ni aku ade masa sikit nak melawat jiran2 tetangga..
sian jiran2 aku..jap lagi aku datang siap bawak kek coklat OK!
so bz aku minggu ni..serabut pun ye jugak.memikirkan tajuk tesis yang sudah2 nie!

nampak aje banner atas tu dah tahu kan segmen sapa
sudah tentu la Ben Ashaari
klik nama atas untuk menyertai yer




:: Jual barang lagi::

aku stress sekarang! Aku xde idea nak tulis abstrak seperti yang penyelia aku nak!.
Jadi aku nak merepek sekejap. Boleh macam tue. Semester 6 ni agak berat kot. walaupun hanya 18 jam kredit.Berat memang berat~
Ok! entry yang memang merepek!
tajuk entry :Jual barang lagi tapi cite benda lain pulak.

berbalik kepada tajuk lah ye..
Sem ini aku kena jual barang@ produk lagi. Nama pun ambik Pendidikan Keusahawanan & Perdagangan kan.Biasa la tue. tak jadi luar biasa pun. Sejak Semester satu masa muka blur-blur dulu dah start kena jual barang.Huh memang banyak pengalaman dapat tau. Bercerita pasal semester ni.aku kena jual barang sempena ambik paper Pengajian Keusahawanan & Perdagangan!
Asigment 1 jual produk@ barang. Kena jual 3 jenis barang! Aku dah dapat 2 jenis barang ye.
Aku dapat Perfume yang sgt2 wangi "Hugo Women" dan baju T-Shirt UPSI 2 helai.. sila lihat entry sebelum2 ini OK!




p/s: nanti aku buat entry cite pengalaman jual brg dari semester 1-6 ye..Bila tahap kerajinan aku datangla..dan masa pun mengizinkan.Maklumla agak bz kan.






Tuesday, January 18, 2011

:: limited edition!! ::

Limited Edition!
Cepat-cepat! Sapa nak beli...

perfume Hugo Women
harga RM15 tapi boleh kurang lagi kalau nak.
wangi tau!

:: picture 4 contest::




picture for contest!
wish me & myfrend luck oK!!~

:: 7 ringgit jer ::


mari dekat mari rapat!
murah-murah!
T-Shirt limited edition!
saiz: M
lengan panjang 
cotton 
rm 7 only!
cepat sapa nak angkat tangan!& terus bagitahu OK!

p/s: ini salah satu tugasan@ asigment aku!..jual barang! 
pendekatan jualan: secara online ye

Saturday, January 15, 2011

:: saya syg awk sebagai seorang kawan::

:: saya syg awk sebagai seorang kawan::
tettttttttttttttttttttt............................

Friday, January 14, 2011

::semata-mata kelas sejam ::


bosan..Ngantuk!
MENUNGGU!
hari ni kelas aku sejam aje. Nak tau tak pukul berapa? pukul 8 ke pukul 2 ke? 
Kalau korang nak tahu pukul 6-7 petang!
Kelas pulak kat Anjung 2. Tingkat 4,hujung dunia sana.
waktu-waktu orang balik kelas aku baru pergi kelas~
orang dok beriadah petang2 tapi aku masuk kelas belajar S.Maklumat Pengurusan. 

Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Tajuk :
Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."


Huraian
Pengajaran hadith: 

i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya. 

Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. 

iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar.
 
 

:: perlu dimurnikan!! ::


status: perlu dimurnikan!
apakah?
apa yg perlu dimurnikan? Paperwork Exco Kebajikan & Sosial perlu dimurnikan.

Thursday, January 13, 2011

Segmen : Blogger gegarkan 'U' !!


Nampak je header atas tu dah tahu segmen sapa  kan~ sudah tentu la Ben Ashaari 
klik nama atas untuk join dan maklumat lanjut!

TEMPAT BELAJAR,JURUSAN & TAHUN
saya belajar kat UPSI. University Pendidikan Sultan Idris,Tg Malim. Kampus baru nanti kat Proton City!
Kos Pendidikan Keusahawanan & Perdagangan. Now third year! Semester 6~

ASAL & UMUR
anak jati Selangor! Asal Sabak Bernam Selangor. Umur 23 tahun.

KENAPA AMIK JURUSAN INI
Kenapa aku amik jurusan ini? Actually tak pernah sangka pun nak amik jurusan ini. Kononnya dulu nak sangat amik Tourism! ataupun Business je. Rasa macam best je. Tapi semua family aku nak aku jadi cikgu.Atas cadangan & dorongan keluarga aku pilih UPSI sebagai 1st choice! Alhamdulilah aku kini di UPSI! Ambik Pendidikan Keusahawanan & Perdagangan~ Jadi pendidik tu tugas yang mulia kan!

CITA-CITA
Seorang pendidik yang mampu mendidik anak bangsa!
&
Usahawan Berjaya!


DONE!

Wednesday, January 12, 2011

:: jom timbang blog! ::

jom timbang blog korang!
taip nama blog je!
senang kan~
cth: http://www.safiyahezora.blogspot.com/

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)




Powered by iWEBTOOL

:: Saya Pelajar UPSI ::


"Anak kandung Suluh Budiman"
l~l Saya Pelajar UPSI l~l
Saya pelajar tahun 3 di UPSI,Tg malim.
University Pendidikan Sultan Idris bukan University pertemuan suami isteri Ok!
intake julai 2008
final year tahun 2012
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keusahawanan & Perdagangan
Major Keusahawanan & Minor Pengurusan Perniagaan & Elektif Bahasa Mandarin

Anak Kandung Suluh Budiman! Ini lah kelas saya!
batch 2008 program keusahawanan & perdagangan.
 kami unik! Sebabnya 25 orang aje! 
Cepat kira betul tak 25 orang..jawapannye tak betul~dalam gambar hanya ada 24 orang je sebab sorang takde..dia pergi UUM exchange student for 1 sem.


l~l sesi photography semester 5 l~l

Cakap pasal pengalaman masa belajar? Huh! Macam-macam ada!~sejak sem satu lagi.
pahit...manis..masam..semua ada.
manis banyak! Pahit pun banyak kot~ 
  • Penah sekali kena duduk kat luar kelas,lecture tak bagi masuk dalam kelas sebab lambat!Masa tu Dr Abdul Rahman @ Dr Kacang~ bukan aku lambat tapi masalah bas yang lambat bergerak.nak jugak tunggu sampai bas penuh macam sardin baru gerak.
  • benda tak boleh lupe bila aku buat kajian kat umah .Nak buat  peluntur! Siap buat experimen dgn ifa fafa lagi.last2 aku rasa benda tu tak jadi!
  • ni pun benda aku sentiasa ingat sampe sekarang! Aku tak tido dalam masa lebih 24 jam! Gara-gara masa tu amik Pembangunan Perniagaan Baru!Asigment punya pasal! pagi aku nak present dgn group aku pasal perniagaan telur masin aku pitam! Pengsan!..memang betul2 sejarah dalam hidup aku.
  • Banyak lagi...esok2 aku sambung yer!~


 :: photography sem5 ::

 :: jamuan sem 5 kat tasek proton ::

:: special birthday party & jamuan kelas ::


BEST MOMENT dengan Mereka!
banyak lagi cerita sebenarnya!~


:: ni sebenarnya segmen daripada Blog pilihan Malaysia. Nk tahu sila klik link di bwah yer!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat