Sunday, September 2, 2012

Syawal 2012: Pagi Syawal 1433H



Syawal dah Dua minggu dan aku baru nak menaip entry yg bertajuk "pagi syawal 1433H".
Sangat dan sangat lambat kau menaip jiha!
Seriusly aku takde idea nak menaip dan mood berblog dah terbang ke mana entah!
Baru taip satu ayat aku berhenti. Boleh bayangkan bila nak siap.
tak kisah lah lambat atau cepat yang penting harus mengupdatenya.


Kisah pagi syawal tahun ni.
Beraya dengan rumah baru selepas direnovate. Sumpah pagi raya aku takde feeling raya.
Entah mengapa.Penat sangat agaknya. Sehari sebelum raya baru cuti kau! Lepas tu aku yang mengemas umah, mengemop, kupas bawang, itu dan ini.


Tahun ni raya tanpa kakak. Turn abg berapa dengan mak abah.
Kakak memang akan beraya rumah mertua.
Tahun ni kira ok.Anak mak abah 3 orang ada. Tahun lepas lagi sadis aku dengan adik aje.
Inilah gayanya bila adik beradik hanya 4 orang. Kalau aku dah kawin dan turn balik umah mertua tinggallah adik aje dengan mak abah.so sad yer!


Gambar pagi raya. Jutaan terima kasih kepada tripod dan 550d aku. Maka adanya gambar ini.



Abang bersama isteri dan anak-anaknya



With beloved mak dan abah!


Dengan abah saya!


Selepas sesi bergambar beberapa keping maka sesi bermaafan. Mintak ampun dengan mak abah!
Sepatutnya beraya dulu baru ambik gambar kan.Ni terbalik pulak. Takpe lah!









#ENDs
tunggu entry seterusnya.ok.
Selamat Hari Raya semua!




1 kesan tapak kaki:

MalizaMah said...

raya kalau tak bergambar, mmg tidak sah.
tidak bermaafan pun juga tidak boleh.
itulah kemeriahan aidilfitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat