Tuesday, December 13, 2011

Menang Peraduan Jom Tonton Papa I Love You Bersama Artis!!



Yehaaa...Menang Peraduan Jom Tonton Papa I Love You Bersama Artis
Macam tak percaya je.Sila percaya! Maklum lah aku selalu join contest dan jarang la sangat-sangat aku menang.Ada 2,3 kali aje kot.

Ntah bila aku saja-saja join contest ni. Kot-kot ada rezeki boleh menang kan. Dan alhamdulilah rezeki. Menang. So hadiahnya dapat g Pratonton Filem Papa I Love You!
( tgk gambar bawah untuk bukti)

MALAM PRATONTON PAPA I LOVE YOU

Tempat : MBO Subang Parade
Tarikh : 27 Disember 2011 (SELASA)
dapat bawak sorang lagi. dan rasanya nak bawak kakak cantik Iqa Beary.


Soalan contest senang aje. Hehe.Berikut adalah soalnnya

1. Apakah tagline filem ni? (Hint)

2. Siapakah pelakon yang memegang watak ayah kepada Mia?

3. Berikan 1 Pantun khas untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada ayah anda.



papa i love you

papa i love you

Filem lakonan Lisa surihani, Mia  Nasuha, Zalif Sidek 


Sinopsis Filem Papa I Love You

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.


Terbaru : Filem Keramat. Sapa berminat boleh la join contest untuk majlis pratontonnya.
KLIK sini ok 



sumber gambar : MIGOnline & Beautifulnara.com
sumber sinopsis : anizyn 


3 kesan tapak kaki:

Unknown said...

saya pon dapat...jumpa nanti yer...yeahaaaa

Silent Thinker said...

@Purplesakura~ hehe..see u there!

Anonymous said...

saye pun dapat. jumpa kat subang parade nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat