Wednesday, June 27, 2012

#Filem: AKU, KAU & DIA



#Filem

SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG DARI PIERRE ANDRE

AKU, KAU & DIA

POSTER AKU, KAU & DIA


Tajuk : Aku, kau & dia.

Pengarah : Pierre Andre
Tarikh : 28 Jun 2012
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pelakon :Remy Ishak, Zarinatasha Jamalullai (Finalis Dewi Remaja 2010), Harun Salim Bachik, Pekin Ibrahim, Nash, Marisa Yasmin, Haris (Idola Kecil 3), Amirul Afendi



Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.

Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?

Trailer Aku,kau & dia





# aku suka Ost filem ini.


1 kesan tapak kaki:

hairy said...

cita melayu sgt byk dkt wyg....tp cm seweet ja triller cita ni...hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat