Tuesday, May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

rokok

Segmen dari BEN ASHAARI. Klik nama beliau untuk maklumat lanjut~
31 Mei merupakan Hari tanpa tembakau sedunia
So Katakan TAK NAK pada ROKOK!!
Siapa yang merokok? Aku memang benci korang OK!

Aku sgt ALERGIC dengan perokok. Penah satu masa kawan aku baru je beli rokok kat kedai dan dengan bangga aku terus ambik, pijak dan buang dalam tong sampah! Wehuuu! Jahat betul aku kan. Bukan jahat lah TAPI aku tak suka la dengan perokok2 ni.

Bukan ke rokok tu membahayakan kesihatan. One of my frend masa keja part time dekat Jabatan Perangkaan meninggak gara-gara merokok. Dia memang seorang perokok tegar!. Dah lama merokok. Punca dia meninggal sebab rokok. Habis paru-paru dia. Wahai perokok sekian korang nak jadi macam arwah kawan aku jugak ke? Sila sayangi diri korang OK!

Lagi satu merokok membazir duit jerk!. Baik belanje aku makan McD ke Pizza ke. kan ke lagi bagus!

p/s: wahai perokok-perokok. Sila lah berHENTI merokok sekarang!

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

banner mid-year GA

Mid-year giveaway by Nisa Menaip.
Maklumat lanjut pergi usha blog dia ok!

Banyak hadiah menarik tau! Macam-macam ada.
Jom Join. Ada rezeki boleh jadi salah seorang pemenang kan.

 **wajib tau letak nama sponsor-sponsor giveaway ni. mereka adalah :

tarikh giveaway 31 Mei 2011 - 6 Jun 2011

Kadar Baru Tarif Elektrik

PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.

Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.

Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.

Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.

“Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

“Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.

“Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.

“Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.

Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:

* Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

* Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.

* Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.

* Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.

* Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

* Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.

sumber : Utusan Online 31/5/2011

Monday, May 30, 2011

Kenapa guna nama blog tu by MTT

Kenapa guna nama blog tu by MTT. Segmen ini ditaja oleh BLOG MTT
Untuk maklumat lanjut sila pergi blog beliau ok~

SILENT THINKER!!

Kenapa aku pilih Silent Thinker?

Sebab aku seorang pendiam! Pendiam oke. Tak banyak sangat cakap. Eh!Poyos la kau jiha. Pendiam la sangat kan.
Setiap blog ada nama tersendiri dan teristimewa. Begitu jugak blog aku yang cantik nie. 
Silent Thinker tu maksudnya  seorang pemikir yang senyap. SILENT THINKER jugak sebab dalam diam sebenarnya aku menulis. Aku tak kecoh-kecoh pun kan aku tulis blog. Betul tak! Hee...

Sunday, May 29, 2011

Parlimen Belia Ditubuhkan

PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif tersebut, belia berpeluang untuk memilih wakil mereka yang seterusnya akan membahas usul serta memberi cadangan kepada kerajaan.

‘‘Kerajaan seterusnya akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan berkenaan.

‘‘Kita akan tentukan syarat untuk Parlimen Belia seperti menetapkan had umur, mungkin umur perlu di bawah 40 tahun atau 30 tahun,” katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara.

Selain Parlimen Belia, Najib turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia seperti berikut:

* Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan.

* Memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini.

* Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia.

* Memperkenalkan My Corps untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia.

* Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.

sumber : Utusan Online 29/5/2011

SME Bank agih komputer ke luar bandar

JELI 29 Mei — SME Bank bakal mengagihkan sebanyak 490 unit komputer kepada penduduk di beberapa kawasan di enam negeri sebagai tanggungjawab sosial bank itu bagi merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, selain Jeli di Kelantan, kawasan lain ialah Merlimau, Melaka; Kuang, Selangor; Kubang Pasu, Alor Setar serta Sungai Petani di Kedah; Segamat, Johor, Kota Kinabalu dan Membakut di Sabah.

"Sehingga kini, sebanyak 140 unit komputer telah kita serahkan kepada mereka yang memerlukan sejak program ini dilancarkan tiga bulan lalu.

"Kita akan serahkan komputer ini kepada beberapa perpustakaan desa, sekolah di luar bandar dan pusat komuniti desa yang amat memerlukan komputer sebagai alat pembelajaran serta sumber rujukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan komputer berkenaan untuk kawasan Parlimen Jeli di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang juga Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed. — Bernama

Senarai Syarikat yang mendapat sijil HALAL!

Ini aku share dari blog Ben Ashaari.
Thanx Bro atas perkongsian maklumat. 
Berkenaan syarikat-syarikat yang mendapat sijil halal. Senarai terkini.

1. ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

2. APLUS FOOD & BEVERAGE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

3. BERJAYA ROASTERS (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

4. BGR RESTAURANT SDN BHD (BANGI GOLF RESORT RESTAURANT)
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

5. BIOMED TECHNOLOGY SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

6. BIOSIS COSMECEUTICALS SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

7. BIOTRAL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

8. CENTRAL REVIEW (M) SDN BHD (CITITEL EXPRESS HOTEL KL)
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

9. CHUAN BEE BAKERY & CONFECTONERY SDN.BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

10. COFFEELAND SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

11. DAILY FRESH FOODS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]
12. DAMAI LAUT GOLF RESORT SDN.BHD (HOTEL SWISS GARDEN PERAK)
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

13. DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

14. DING DANG ENTERPRISE SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

15. EARLY BIRD BAKERY SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

16. EFFECTIVE HARVEST SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

17. F&N DAIRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

18. FA CAKE HOUSE
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

19. FEDERAL AGRICULTURE MARKETING AUTHORITY (FAMA)
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

20. FONTERRA BRANDS (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

21. FOODTELLER SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

22. GEMINI CATERING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

23. GREENFARM FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

24. HOME FRESHBAKE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

25. HUNG THONG FOOD TECHNOLOGY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

26. INSPIRASI MESRA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

27. JASMIN FOOD INDUSTRY
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

28. JERAM COCONUT SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

29. JERUK MADU PAK ALI ENTERTPRISE
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

30. KAGUMAS CATERING SERVICES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

31. KAWAN FOOD MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

32. KEDAI AYAMAS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

33. L PRODUCT TRADING
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

34. MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

35. MOFAZ DIRECT SA SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

36. NESTLE ASEAN (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

37. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

38. NESTLE MANUFACTURING (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

39. NORAINI COOKIES WORLDWIDE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

40. NORAINI FARM HOUSE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

41. ORGANIC & FRESH FOOD INDUSTRY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

42. PLANET BARLEY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

43. POKKA CORPORATION (SINGAPORE) PTE. LTD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

44. SDS BAKERIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

45. SENIHARTA SDN BHD (LANSON PLACE AMBASSADOR ROW HOTEL)
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

46. SERI JASMINE CONER
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

47. SOON HONG HUNG TRADING CO. SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

48. SOUTHERN LION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

49. SUPREME PROMINENCE INDUSTRIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

50. TABIR TROPIKA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

51. TESCO STORES (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

52. THE CITY BAYVIEW HOTEL LANGKAWI
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

53. THE COFFEE BEAN & TEA LEAF (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

54. TORTO FOOD INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

55. UPTREND NETWORK SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/04/2011 - 31/03/2013]

56. AB MAURI MALAYSIA SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

57. ABLE DAIRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

58. AERIES PURE BIRD NEST (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

59. AINI HERBS (M) PRODUCTION
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

60. AL BAHARIN SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

61. APOLLO FOOD INDUSTRIES (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

62. B PLUS Q SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

63. CHAMPS WATER SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

64. COCOSONG FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

65. DINDINGS POULTRY PROCESSING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

66. ELKEN SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

67. FARM'S BEST FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

68. FOOD COATINGS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

69. GREAT UNION PROPERTIES SDN. BHD. (RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL)
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

70. GREEN BORNEO INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

71. GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

72. HACO ASIA PACIFIC SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

73. HOT-CAN SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

74. KB FOODS INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

75. KEN-RICH CHEMICAL PRODUCTION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

76. KFC (PENINSULAR MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

77. KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

78. MCAT BOX OFFICE SDN BHD 
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

79. NUTRINION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

80. ORIENTAL CROPS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

81. PPMS ENTERPRISE (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

82. RESTORAN Q THAI
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

83. SHAMELIN BINA SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

84. SHIDAWIE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

85. TCHOCOLATE GALLERY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

86. THE WORLD OF SECRET GARDEN SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

87. THIVIYA CAPITAL (M) SDN BHD (TC INN HOTEL)
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

88. UNILEVER FOODS (MALAYSIA) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

89. VANCE BIOENERGY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

90. VIVO FOOD SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

91. WANG NUTRITION (M) SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [16/04/2011 - 15/04/2013]

92. ASSOCIATED FOODTRADE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

93. ATLAS EDIBLE ICE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

94. BAKERS MAISON (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

95. BM FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

96. BREAD BASKET SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

97. COCA-COLA BOTTLERS (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

98. COFTEA (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

99. ELBAWARE DISTRIBUTORS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

100. EXCLUSIVE MARK (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

101. FEDERAL OATS MILLS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

102. FRAGRANCE VICTORY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

103. GOLDEN FRESH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

104. GREEN MIX RESOURCES
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

105. GREENLIFE RESOURCES&SERVICES
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

106. JERNIH TULIN SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

107. KAK NIK FROZEN FOOD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

108. KFC MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

109. KOPERASI BERSATU BENTONG BERHAD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

110. LENHON KILANG KOPI SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]
111. LIM YEOW TEOH
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

112. LOLLA INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

113. LONNIX (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

114. MANDARIN COURT HOTEL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

115. NASMIR HARD GELATIN CAPSULES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

116. NEKTA ASIA (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

117. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

118. PERNIAGAAN BISKUT SIN SENG HIANG
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

119. PERUSAHAAN AZAN SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

120. PINANG KICAP ENTERPRISE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

121. SCC FOOD MANUFACTURING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

122. SIME DARBY FOODS MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

123. SOO TATT INDUSTRIES (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

124. SUCO INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

125. SUNWAY HOTEL (SEBERANG JAYA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

126. TPM BIOTECH SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

127. TROPICAL BOTANICS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

128. WELIKE CHICKEN RICE
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

129. WOH HUP FOOD INDUSTRIES (PTE) LTD
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

130. YOKE FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

131. ZASOLEIS SDN BHD (ADAMSONS HOTEL KL)
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

132. ZHULIAN NUTRACEUTICAL SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/05/2011 - 30/04/2013]

133. A&K FOOD INDUSTRIES SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

134. A&W MALAYSIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

135. ANNA CAFE
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

136. ASIAN STORY CORPORATION PTE LTD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

137. AURA CREST (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

138. AURIC PACIFIC FOOD PROCESSING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

139. BTY WORLDWIDE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

140. ETIKA DAIRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

141. EXPERT CHEMICAL SUPPLY AND SERVICE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

142. FORWARD FIELD SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

143. FRESH TARGETS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

144. INDAH HUTAN SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

145. INHEALTH BEAUTY (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

146. JUICY CAFE
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

147. LAM SOON EDIBLE OILS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

148. MAESTRO SWISS FOOD SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

149. MEKING INDUSTRI SDN.BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

150. MEY WHITE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

151. NATURE FARM ENTERPRISE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

152. OH HOCK HIN SESAME OIL FTY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

153. PEMASARAN RAMLY MOKNI SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

154. PERMANIS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

155. PRICEABUSE.COM SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

156. QUALITY HOTEL SHAH ALAM
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

157. R & Z LABORATORY
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

158. RASA AYAMAS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

159. RX SERVICES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

160. RX TECHNOLOGY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

161. SABAH FLOUR & FEED MILLS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

162. SERBA WANGI (PERAK) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

163. TOHTONKU SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

164. TOP FRUITS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

165. UNI EVOLUSI SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

166. UNILEVER (MALAYSIA) HOLDINGS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

167. WATERWORLD NETWORK SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

168. WETRA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

169. WETRA MARKETING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

170. YEO HIAP SENG (MALAYSIA) BHD (SHAH ALAM)
Tarikh Sah Sijil [16/05/2011 - 15/05/2013]

Sumber  - HALAL

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Santai Bersama BEN ASHAARI

Macam dah jarang update blog je aku lately nie. Ye! Memang. Sebab aku agak sibuk + berukband slow walaupun aku  bayar mahal!
Segmen Ben Ashaari macam dah lama tak menjoinkan diri. JOM!

Mahu join klik bawah tu yer!

Saturday, May 28, 2011

Amazing!! Satu Fenomena Alam

Amazingg!!
Satu  Fenomena Alam kau rasa.
Matahari tu berbentuk macam CD kan!
Sangat terkejut, takut dan macam-macam rasa tengah hari tadi masa tgk. Dah la hari Jumaat. Semua pun tahu hari Kiamat hari Jumaat.
Semakin banyak petanda-petanda yang di tunjukkan oleh ALLAH kepada kita sebagai peringatan.
Sama-samalah  kita beringat!

Wednesday, May 25, 2011

Tahun depan ade wang kertas & syiling baru

KUALA LUMPUR 23 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan reka bentuk siri baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia pada awal 2012.

Tema reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri khusus bagi Malaysia dan juga ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

''Pengeluaran wang kertas dan duit syiling ini merupakan satu usaha yang diambil secara berkala dalam tempoh dua belas tahun,'' kata BNM dalam kenyataannya di sini hari ini.

Reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu iaitu adalah denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Duit syiling yang mempunyai reka bentuk baharu pula adalah siri yang ketiga bagi denominasi lima sen, 10 sen dan 50 sen.

Siri baharu wang kertas dan duit syiling itu bakal berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dalam edaran.

JPA sedia RM1.44 bilion tawar 4,000 biasiswa

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan 4,000 biasiswa kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh minimum 9A- bagi sesi pengajian tinggi 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.44 bilion bagi menampung jumlah biasiswa tersebut iaitu RM1.08 bilion bagi biasiswa PILN dan RM0.36 bilion bagi biasiswa PIDN.

"Daripada 1,500 biasiswa PILN itu pula, 882 daripadanya diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 618 biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera.

"Bagi PIDN pula, seramai 1,301 pelajar bumiputera ditawarkan biasiswa itu manakala selebihnya iaitu 1,199 kepada pelajar bukan bumiputera.

"Secara keseluruhan pula, sebanyak 2,183 tempat atau 55 peratus biasiswa diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 1,817 atau 45 peratus kepada pelajar bukan bumiputera," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Mohamed Nazri menambah, daripada 1,500 biasiswa di bawah PILN pula, hanya 300 diberikan berdasarkan merit kepada pelajar yang mendapat 9A+.

Bakinya kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Januari 2009.

Kategori itu tambahnya, adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (20 peratus), populasi kaum (60 peratus), bumiputera Sabah dan Sarawak (masing-masing lima peratus) dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak 10 peratus.

"Keutamaan biasiswa kepada PILN ini ialah dalam bidang-bidang yang difikirkan kritikal dan profesional oleh JPA seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, seni bina dan beberapa bidang lain," katanya.

Jelas beliau, sebanyak 16,900 permohonan biasiswa diterima dengan 8,857 permohonan adalah dari kalangan calon yang melepasi syarat minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.

sumber: Utusan Online 25/5/2011

Tiket bas dah beli!!!

wehuu! tiket bas dah beli.
counting day nak balik! Gayanya macam aku duduk oversea & bertahun-tahun tak balik je kan. 
Padehal baru 3 minggu aku duduk di bumi Taiping ni.
Esok Khamis, Pastu jumaat. 
Balik Umah! Jumpe kekasih2 hati yang comel2!

p/s: my lovely sister! Lapar pizza lah.Jom makan!

Tuesday, May 24, 2011

Berjaya memiliki novel Kasih Yang Suci

hohoi!. Sejak bila aku jadi kaki novel ni ha?? Confiuss sekejap.
actually x minat sgt pun. Dulu aku tak penah sentuh novel pun. Sejak Fafa & Iqa beary meracuni fikiran aku la ni terjebak. Now dah ade koleksi novel.

Yehaa..Akhirnya berjaya memiliki novel Kasih Yang Suci. Carik dekat kedai buku takde lagi. Dekat popular area Taiping pun takde. Last-last aku google2.Jumpe. beli online lah. Dah Sampai pun. Dah baca separuh!

Kenapa aku nak baca novel nie?
 Sebab aku tgk drama Nora Elena. Alaa..yang pukul 7 TV3. Aaron Aziz heronya. Nampak interested je.

Monday, May 23, 2011

Terhenti di sini

Terhenti di sini by Asfan.

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Sunday, May 22, 2011

Nur Kasih Best!~

Nur Kasih best!!
berjaya jugak tgk dengan wanie, kak lisa & mak kak lisa  yg sporting itu.
Best & Menarik.
Ada part sedih sampai aku pun mengalirkan air mata~ hee..well aku kan sensetipp sikit.
ada jugak part ketawa-ketawa.

sapa yang belum tengok pergi tengok yer!

Hackers!!! Saya Nak Join 30 Bloglist Terpantas!!!

Jom join segmen ini.Maklumat lanjut klik bawah tu yer!

apa yang BEST dekat blog beliau:

[1] Banyak info menerik & terkini. Sangat bagus share2 info nie. kadang2 aku tak perasan pun info tersebut~

[2] Blog ringan! Tak payah tunggu loding berjam-jam tue.aku suka background!Nice je~

[3] Beliau rajin update! Sehari entah bapa banyak entry lah kan.

apa yang TAK BEST dekat blog beliau: 

:: TAKde kot yang tak best! Aku belum rasa lagi. Aku aku rasa tak best kadang2 beliau buat segmen aku tak sempat join~

Friday, May 20, 2011

T-shirt Geng Blogger!!

salam reader & semua blogger!
T-shirt Geng Blogger Crew dah kuar~Apa lagi jom beli. 
maklumat lanjut klik sini eh 

Harga = RM 25 (termasuk kos penghantaran)
Size = Xs-3Xl ( rujuk gambar atas yer)
Tarikh tempahan = 20 Mei- 31 mei 2011

Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-6754373 atau 013-2644184 (The Gecko Art Ent)

Betul ke aku dapat 4 flat???

aku dapat 4 flat? betol kah?
.....................................................
Alhamdulilah. syukur kepadaNYA. Lagi sekali dapat dean list.
Tahniah! hoho. sila ucap kat diri sendiri yer~
Serius terkejut tengok result tadi. Macam terpercaya kau. Cube tgk gambar bawah tue .Sekadar berkongsi aje. Aku ingatkan aku mimpi tapi aku berada di bumi yang nyata.
Alhamdulilah. Memang syukur sangat! Betul-betul tak sangka. Ingatkan tak ok sebab aritu aku jawab final ikut suka hati aku aje. Dengan tak sempat study semua! nangess kot malam before exam tu sebab tak habis study. aku fokus siapkan thesis ( kajian rintis) tue.
Tapi aku dah usaha kan,So aku layak dapat.

Tahniah kepada kawan-kawan yang dapat result cemerlang!

Yehaa...dapat BE lagi!

Yehaa..akhirnya! penantianku berakhir dengan kegembiraan!
Akhirnya masuk jugak BE dari Nuffnang!
Terima kasih yer. Bagi lagi yer!
Punya lama aku xdapat BE. Sedih giler. 
sebab Takde BE aku pun malas nak ngecek hari-hari. Sekali tengok tadi ade 4. 
wehuu.Best! Hari ni dapat berita gembira je tau!
Syukur alhamdulilah!

p/s: nak tahu apa berita gembira tue. tunggu entry seterusnya okey!~daa...

Wednesday, May 18, 2011

Blog diminta promosi pelancongan negara

Lama sudah tak baca surat khabar. Sangat malas nak pergi kedai nak beli. Before ni selalu baca online aje. But now agak susah nak online kan. Tak baca lah. Just kadang baca dekat library sekolah aje!
Agak tertarik dengan berita dalam akhbar kosmo di bawah " blog diminta promosi pelancongan negara ". agak menarik kan. Nanti-nanti nak share lah cerita menarik kalau ada!
KANGAR 18 Mei - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail mencadangkan agar penulis blog membantu mempromosikan industri pelancongan negara dengan memperkenalkan keistimewaan yang terdapat di Malaysia ke mata dunia daripada hanya hanya menghasilkan bahan sensasi semata-mata.
"Saya puji beberapa rakyat Malaysia di luar negara yang aktif mempromosikan negara, walaupun ada antaranya sudah lebih 30 atau 40 tahun berada di sana,” titah baginda di Istana Arau selepas menyaksikan artikel mengenai keunikan Orang Utan dan kelapa sawit Malaysia yang dipaparkan oleh majalah antarabangsa, - Bernama

Tuesday, May 17, 2011

Kuew Tiaw Goreng Doli!~

Hola-hola semua!
hari ni cuti Hari Wesak. Cuti tetap cuti walaupun tak sambut. Cuti masa untuk berjalan! Boleh ke cakap macam tu. Hoho! Manfaatkan cuti yang ada.
Hari ini menghabiskan duit dekat kedai buku POPULAR. Takpe habis duit beli buku. Ilmu tu bukan membazir tak tentu pasal kan. Aku beli buku untuk mengajar student ok! Tapi ada jugak beli novel. Damm! Totally habis RM 64.50 beli buku tadi. banyak jugak wehh!~

After that pegi makan lah. Lapar. Wani kate kalau dah dekat Taiping mesti makan Kuew Tiaw Goreng dekat kedai Doli. Hah! Apa lagi. pergi carik lah. Mahu try rasa sedap ke tak. Ok jumpe kedainya. Aku Order kuew tiaw goreng dengan limau ais. feveret air aku bila minum kat kedai! Yummy! Sedap jugak! Not bad lah. Harga pun Ok lah.
RM 4.00 je kuew tiaw goreng tu plus RM 1.00 air limau ais.

Harga RON95 disemak bulan depan

IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter

sumber : Metro Online 17/5/2011

Monday, May 16, 2011

Contest 3 in 1

Contest 3 in 1

Contest Aku & Air

mahu join sila klik blog  cik aen

actually i jarang bergambar dengan air yer!
sebab trauma lense camera aku problem masa mandi sungai sempena BBQ n suprise birthday cik beary mase tu!
jadi for this contest aku pertaruhkan gambar ni aje.

keterangan gambar:
bersama gadis-gadis cantekk~
Lokasi : Hot Spring Sg Kelah
Photographer : Mamat Uitm yang kononya nampak macam photographer la sgt kan!

tag kamu!
Fariza
Arbi

Berita Baik Untuk Guru: Kaedah baru kenaikan pangkat~

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," 
katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat