Sunday, May 29, 2011

SME Bank agih komputer ke luar bandar

JELI 29 Mei — SME Bank bakal mengagihkan sebanyak 490 unit komputer kepada penduduk di beberapa kawasan di enam negeri sebagai tanggungjawab sosial bank itu bagi merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, selain Jeli di Kelantan, kawasan lain ialah Merlimau, Melaka; Kuang, Selangor; Kubang Pasu, Alor Setar serta Sungai Petani di Kedah; Segamat, Johor, Kota Kinabalu dan Membakut di Sabah.

"Sehingga kini, sebanyak 140 unit komputer telah kita serahkan kepada mereka yang memerlukan sejak program ini dilancarkan tiga bulan lalu.

"Kita akan serahkan komputer ini kepada beberapa perpustakaan desa, sekolah di luar bandar dan pusat komuniti desa yang amat memerlukan komputer sebagai alat pembelajaran serta sumber rujukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan komputer berkenaan untuk kawasan Parlimen Jeli di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang juga Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed. — Bernama


0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat