Showing posts with label jiha & ilham. Show all posts
Showing posts with label jiha & ilham. Show all posts
Wednesday, November 2, 2016
Friday, October 14, 2016
48 day lagi
48 day to go.
Ya Allah cepat pulak rasa masa ni bergerak.
preparation mostly by call by on9.
memang satu cabaran yg sgt besar.
Semoga segalanya berjalan lancar.
Sunday, July 31, 2016
Setahun yang lalu
#ini autopost
Setahun yang lalu. pada waktu ini.
sesiapa yang dengar cerita kami mesti ketawa agaknya. ada jugak macam tu. love story macam tu.
siapa follower blog ini akan terbaca kisah2 sebelumnya.
how we got know each other. how we meet. and so on.
Bila throwback pun rasa2 sendiri nak gelak. nak ketawa. something yang mmg unexpected.
a year ago.he asked me if i'm single atau dah ada sesiapa.
siap dengan gambar cincin dan ayatnya " sudikah awak menjadi isteri sy"
terkejut ok. nasib tak pengsan!
haha.
biar betul mamat ni. takkan la.
i siap tak pegang.takut nak reply. tertanya2. esoknya baru reply msg
hilang sedikit memory masa excident hr tu.
tapi seingat aku, ak tak say YES dan tak jugak say NO.
aku kata kawan dulu kenal hati budi. yelah tak ke giler baru kenal tak bapa nk lama tiba2 ajak kawin.hihi
Tapi itulah perancang Allah untuk sy dan dia.
Jodoh itu kan rahsia Allah. Kita tak boleh nak jangkka.
Alhamdulilah....dia seorang yang memahami, alway support me dan segala-galanya lah.
Semoga urusan kami selepas ini dipermudahkan.
Doakan kami.
T.Kasih
till we meet again.
Labels:
jiha & ilham,
Love story jiha & ilham
Monday, July 18, 2016
Pertama kali ku melihatmu
Genap setahun.
18.07.2015
Pertama kali ku melihat dirimu. Baju Melayu biru. Datang sorang2.
Bila ingat balik memang rasa lawak.
Nak throwback kisah setahun lalu.
Nanti anak cucu boleh baca kisah kami.
18.07.2015. Hari sabtu. Hari Raya Kedua masa tu.
Seorang kawan yang dikenali sejak beberapa bulan yang lalu nak datang. Kawan tak pernah jumpa pun. saja nak datang beraya. Alah kawan2 nak datang bukan nya tak boleh. Ikut katanya nak datang dengan kawan. Yelah takkan nak datang sorang2 pulak. Tak macam segan pulak kan.
Tapi suprisely. Kawan kita tu datang sorang. Kuar2 keta sorang.
Dalam hati berkata " eh biar betul dia ni datang sorang..beraninya"
Maka jemputlah masuk rumah. Masa itu takde tetamu lain pun. aku yang pemalu ni memang malu lah. yelah xpernah jumpa. Selama ni sembang dalam whatapps. Dengar suara pun tak pernah.
Sembang macam biasa2 jelah. sambil jemput makan. Tapi kawan kita tu pemalu jugak. Makan sikit je.
Tak lama lepas tu ada tetamu datang beraya, sepupu mak.
Aku ke dapur rasanya masa tu...sepupu mak pun berkata " ini bakal suami jiha ke". Kawan kita pun dengan konfidennya " tak la..kawan je "
And guess how. memang masin mulutnya tu. Hari ini kawan kita tu memang jadi bakal suami kita. Hihi.
Orang selalu kata dari mata jatuh ke hati, Tapi aku ni xtau dari mana jatuh hatinya.
Pertama kali jumpa tu takde perasaan apa pun. Takde pun rasa berdebar2 masa tu. Relax aja.Haha.
Jodoh itu rahsia Allah kan. Kita pun tak tau. Perancangan Allah memang indah utk setiap hambanya.
Alhamdulilah. Terima kasih Allah berikan kami perasaan ini.
Daripada tiada perasaan apa-apa setahun yang lalu. Hari i'm in love with him! Macam mana in love pun xdapat nak dijelaskan di sini. Hihi.
To my bakal suami. Terima kasih menyayangi saya. Terima kasih mencintai saya. Terima Kasih untuk segalanya.
habis. sambung kisah nanti 31.07.2016 pulak.
till meet again.
Labels:
jiha & ilham,
Love story jiha & ilham,
ourstory
Sunday, June 26, 2016
Diari Kawin : Album sendiri
yeayyy. siap akhirnya.
setelah ditangguh2 nak buat sampai kesudah.
Bila Voucher nak expired baru lah huru hara nak buat.
hihi.
Dear en tunang. nanti bagi 1 copy kat awak eh.
Labels:
diari kawin,
jiha & ilham,
Love story jiha & ilham
Tuesday, May 10, 2016
Genapnya setahun
Alhamdullah.
Genap SETAHUN.
eh setahun dah.
Setahun yang lalu en tunang message kita kt facebook.
Hari ni xde dah message kat FB.
haha.
Marilah mengira hari jejak kaki kat Semenanjung.
Balik masa untuk makan.
mengira hari jugak nak ke our big day. Macam tak lama dah. apa pun belum start.
Labels:
anniversarry,
jiha & ilham,
journey to our marriage
Saturday, April 16, 2016
Setahun
Setahun.
Genap lah hari ini setahun berkawan di facebook dengan en tunang.
Setahun yg lalu en tunang add sy di fb.
Sebelum approve tengok mutual friend dgn sapa. Tengok2 iqa beary.
Kawan Iqa rupanya.Then i klik approve. Selalu jugak nampak like dan komen kat fb iqa. Dengan confident rasa kawan iqa ni.
Dan tak sangka now we are engaged and soon Insyallah getting married end of year.
Doakan yang baik-baik utk kami.
Labels:
jiha & ilham,
Love story jiha & ilham,
ourstory
Thursday, April 14, 2016
suprise katanya..
yeahhhh...dah sampai.
T.kasih encik tunang.
Suprise yang terkantoi. Kahkah.
Tahun lepas..masa belum bergelar tunang kepada encik tunang saya... sy telah mensuprisekan beliau dengan mengepos satu frame yg ada nama beliau.. dengan tulisan dengan warna feveret beliau. eh warna feveret sy jugak tu.
Hihi. Boleh rasa encik tunang nak pos something. Iyelah. Tanya alamat bagai. Takkan lah saja2. mesti ada sesuatu tu kan. Haha.
Dengan tanpa sengaja scrool ig simply kufi nampak design nama encik tunang dan tarikh birtday beliau. 18 kali tengok takut salah org. Agak mustahil lah nama sama dan tarikh lahir sama. kan kan.
Kantoi sudahnya.. bila tanya mengaku pulak tu.
Memang ternyata dan tersalah en tunang sy tak pandai sorok apa2 dengan sy.
betul tak en tunang.
btw terima kasih en tunang hadiah kan ini.
Suka...suka sgt.
Terima kasih untuk segala2nya.
Labels:
Birthday saya,
jiha & ilham,
ourstory
Tuesday, March 15, 2016
Kursus Kawin
yeayyy.
Alhamdulilah. Dah boleh kawin.
Dari Zaman belajar org dok sibuk pergi kursus kawin. Senang katanya dah g kursus kawin. Tapi ak tetap tak nak pergi. Belum nak kawin. hihi.
Nak kawin baru lah sibuk2 mencari masa.
Alhamdulilah. Allah permudahkan urusan. Allah beri kesempatan. Dapat hadiri kursus dua hari. =)
Labels:
jiha & ilham,
journey to our marriage,
ourstory
Friday, February 26, 2016
2 Bulan
Alhamdulilah.
2 bulan hari ini.
Macam dah lama. Baru 2 bulan rupanya. macam lama padahal tak berapa nak lama pun kenal en tunang sy. eh!
yeaa..lagi 2 minggu balik.
selamat ulangbulan encik tunang sy.
ulangbulan pun boleh la ek
Thursday, February 11, 2016
Kami .Kami & Kami
When u have to thing about your wedding. your big day.
i want to make it simple wedding, our family suka, sy suka dan bakal suami suka.
Jom lah kita start dengan check list.
List kan setiap benda yang penting.yang perlu.
Nak pergi window shopping tak boleh di sini. survey2 dari internet ajalah. Plus bakal suami la buat semua benda dulu. =P
lets enjoy our preparation of our big day.
Manisnya bila best friend pun nak kawin tahun yang sama. Bakal suami pun ada ciri-ciri yg sama. Sweet sgt kan!
Since my best friend pun nak kawin jugak..we can share sama.
hihi.
Cik Iqa Beary ko tak nak kawin sama tahun ni ke? =P
# i miss my bff yang dua orang tu.
Labels:
jiha & ilham,
journey to our marriage,
ourstory
Monday, February 8, 2016
Mimpi ke?
Mimpi ke apa ni.
Senyum sendiri bila teringat ok
Kadang terasa nak ketawa pun ye jugak.
Kelakar kan..
Awak..awak...awak...
Terima kasih sebab muncul dalam hidup sy.
Terima kasih menerima sy seperti mana diri sy.
Terima kasih bagi sy kebahagiaan
Terima kasih buat sy senyum setiap hari
Terima kasih sentiasa berada di sisi
=)
Tak ingat la bila say YES kat awak.
Ke tak pernah cakap pun YES tu? ( hilang sikit memory excident agaknya)
Tak pentinglah semua tu.
Dengan hati yg ikhlas sy terima awak. Sebab sy yakin awak boleh jadi imam sy. Boleh bimbing sy. Boleh teman sy makan2. Boleh teman sy jalan2 Boleh tahan dengar sy membebel. Boleh tahan kena sekeh, kena tumbuk dengan sy. Boleh susah dan senang dengan sy. Boleh segala-galanya lah.
Setiap orang ada kisah tersendiri.
Perancangan Allah tu terbaik untuk setiap hambanya.
Kena percaya tu. Dalam semua perkara Allah tahu apa yang terbaik.
Am i right?
Yakinlah bahawa Allah sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini: "Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik."
Labels:
jiha & ilham,
journey to our marriage,
Moment,
ourstory
Sunday, February 7, 2016
countdown!!!
299 hari lagi
rasa macam lama lagi.
Tapi pejam celik pejam celik pantas masa berlalu.
Nak kena start mana yang patut dah ni.
=)
Semoga urusan kami dipermudahkan
Tuesday, January 26, 2016
Sebulan...
Alhamdulilah.
Genap sebulan.
10 month to go...
Semoga kami diberikan kekuatan dan kesabaran.
Long Distance relationships.. kejujuran dan percaya antara satu sama lain tu penting.
Labels:
jiha & ilham,
journey to our marriage,
ourstory
Sunday, December 27, 2015
26 Disember 2015
Alhamdulilah. Bersyukur sangat.
Dipermudahkan segalanya. Majlis berjalan lancar.
Simple majlis antara our family.
Nak buat apa buat majlis grand2?? Ada kawan kata kenapa simple sangat. Tak perlu bagiku nak meriah sangat, Memang dari dulu nak majlis yang simple. Dan alhamdulilah en tunang sy pun nak macam tu. Nanti majlis buat meriah sikit ye. Still simple but nice. I guess lah. Insyallah jika diizinkan
Cantik tak? Hihi.
Terima kasih encik tunang =)
kenapa gambar penumbuk yg diletak? Sebab......
Alhamdulilah.
Semoga langkah seterusnya juga dipermudahkan. Insyallah.
Labels:
eday,
jiha & ilham,
our journey,
ourstory
Monday, December 7, 2015
uncle & didi
untung la didi ada uncle yg syg dia.
syg sungguh uncle dengan didi. abis kena buli dengan didi yang nak macam-macam tu.
Uncle...tolonglah jangan diikutkan sangat didi tu nak apa. abis manja nnt.
=)
Labels:
jiha & ilham,
our journey,
ourstory
Tuesday, December 1, 2015
December
Ada apa dengan december.
School Holiday!
31 hari lagi boleh berehat-rehat dengan tenang
DECEMBER 2016 mungkin exciting month. May Allah Ease Everything. Permudahkan segala urusan kami. Amin.
Labels:
big day,
jiha & ilham,
our journey,
ourstory
Subscribe to:
Posts (Atom)





















