Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Muffin Chocolate Chips untuk BF saya!




Ketensionan aku rasakan malam ni.
pertamanya muffin aku tak naik tinggi macam KLCC. Keduanya nak upload gambar berjam2 lamanya.
Muffin permintaan dari BF saya yer.
BF stands for best frends yer! Alah BF saya cik tutor itu.






#sila abaikan rupa muffin aku yang tinggi kejap rendah kejap senget! Tak paham aku kenapa jadi macam ni. satu kes lagi ovennya pun lambat sangat-sangat dan sangat panasnya. hai oven ko merajuk dengan aku ke ?


ok.bai.selamat malam dunia!

Tuesday, June 5, 2012

Muffin Chocolate Chips



#Muffin lagi.

Kali ni Muffin Chocolate Chips.
Sebelum ini Muffin Vanila 

Tahap kerajinan untuk mencampak-campak bahan sangat tinggi. Tiba-tiba rajin pulak yer.
ini gara-gara hasutan kakakku.
Sembang-sembang muffin lah apa lah. 
Ini pun kali pertama buat sendiri Muffin Choc chips. Sebelum ni beli tepung instant aje. well malas masa tu!
Ok malas cite panjang-panjang.Jom tengok resepi.Sangat mudah






#RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS


BAHAN-BAHAN:

1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko* 
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar ( tak kisah brand apa pun)
1 biji telur(dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips (lebih pun boleh)


CARA-CARA

[1] Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
[2] Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
[3] Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
[4] Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
[5] Sejukkan dan hidang.


Tambahan
sangat mudah. Tak payah pakai mixer. Pakai senduk aje.Kalau pakai mixer agak kurang jadi atau tak jadi namanya. Kalau tak merekah tak jadi tau.




SELAMAT MENCUBA. RASA MALAS BOLEH ORDER. 
TINGGALKAN KOMEN OK








Saturday, June 2, 2012

#Muffin Vanila



#Muffin Vanila.

Pernah baca entry sebelum ini Muffin Vanila Saya
Kononnya nak update resepinya semalam tapi disebabkan malas menaip makanya "delay" ke hari ini.

Pertama kali buat Muffin sendiri. Sebelum ni aku beli yang tepung instant aje kat kedai. Maklumlah dulu aku tak minat buat-buat kuih ni. Sekarang suka gila!
Serius seronok dan happy bila apa yang dibuat jadi. Kalau tak jadi seperti diharapkan tu adatlah kan. Pertama kali katanya!

Nak dijadikan cerita disebabkan terlalu excited mencuba resepi ini aku isi tepung dalam cup muffin penuh-penuh. Tengok gambar bawah.Nampak tak? Penuh tak ingat-ingat. Korang tengok lah nanti apa jadi muffin aku. Rupanya sangatlah cantik!Alah takpe kesilapan teknikal. Belajar dari kesilapan tu. Betul tak?

Jom tengok rupa muffin aku yang cantik bergaya!

ini rupa sebelum masuk oven.canti tertarik kau memanh da'bomb!

TARAA....................
inilah rupanya.Cantik kan?erk! rupa je "cantik" tapi rasanya pehhhhhhhh sedap!
tak percaya cuba buat sendiri. Rasa macam muffin Kenny Rogers kau!


selepas keluar oven


See. melimpah-limpah tu.
Ok nak kongsi resepi.


#RESEPI MUFFIN VANILA

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin/ 24 biji  )

8 tbsp mentega (dicairkan)
4 cawan tepung
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.


**Bahan tambahan: choclate cips,chess dan lain-lain ikut suka hati.
Peringatan: jangan isi penuh-penuh dalam cup yer.
: Kurangkan gula untuk kurangkan rasa manis.




:: selamat mencuba::





Friday, June 1, 2012

Muffin Vanila saya!


# edisi campak-campak bahan.
Muffin Vanila.
sapa suka cepat komen!



Esok ye saya update resepi Muffin yang super duper sedap ini.
Ada kisah tragik!huh.Sekarang mood kecewa masih ada. tak boleh nak menaip resepinya.
See u tomorrow!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat