Wednesday, June 27, 2012

#Masterchef Selebiriti: Jehan Miskin tersingkir



#Masterchef Selebriti

Selepas Tanuja tersingkir ahad lepas, kini tiba giliran Jehan Miskin.




Ujian penyingkiran kali ini disertai oleh ahli pasukan Biru iaitu Farouk Hussain, Juliza Adlizan, Soo Wincci dan Jehan Miskin. Mereka telah tewas dalam Cabaran Sajian Luar kepada Kumpulan Biru dalam menghasilkan hidangan berasaskan coklat di Cocoa Boutique, Saloma Bistro  

mcsm_news_20120626_Episode20

Dengan tema Kari Hari ini, mereka dikehendaki menyediakan rempah kari daripada awal dan menyediakan satu hidangan lengkap berasaskan kari. Sebelum itu, Chef Adu Amran telah menunjukkan cara-cara menyediakan rempah kari dengan sukatan yang betul. Demonstrasi ini sekurang-kurangnya menjadi panduan kepada mereka untuk menghasilkan serbuk kari citarasa mereka sendiri.

Masa yang diberikan adalah 5 minit untuk mengambil seberapa banyak bahan di dalam pantri dan 60 minit pula diberikan untuk menyediakan hidangan kari yang lengkap bersama nasi. Hidangan-hidangan yang telah dihasilkan adalah:

1. Farouk Hussain - Kari Ini Hari Dalam Sejarah
2. Juliza Adlizan - Kurma Tok Terengganu Dan Nasi Tomato Bersama Acar Rampai
3. Soo Wincci - Wincci Sweet Curry
4. Jehan Miskin - Kari Hari-Hari Mau

hidangan terakhir dari Jehan Miskin


Setelah penilaian dilakukan, juri mengambil keputusan dan mengumumkan Jehan Miskin tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia

Kari Ini Hari merupakan Kari terakhir yang dihasilkan oleh Jehan Miskin di dapur MasterChef Selebriti Malaysia. "Kari Hari-Hari Mau" yang dihasilkan oleh Jehan Miskin adalah yang terakhir sebelum tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia. Jehan Miskin yang mewakili Malaysian AIDS Council berjaya mengumpul derma sebanyak RM5000.


sumber : Astro 

2 kesan tapak kaki:

hairy said...

suka tgk cita ni..haha...meriahh!

rAIHan said...

dah tersingkir dah..=(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat