Wednesday, May 30, 2012

Makan di Sri Bandung Seaview @ Batu 23, Sg Nibong


#Entry makan-makan!

Lama tak update entry makan-makan kan. Bukan malas tapi aku lupa bawak kamera nak ambik-ambik gambar.HP aku tak canggih takde kamera.Nak update tanpa gambar sememangnya tak best!
Isnin lepas makan kat Restoren Sri Bandung Seaview dekat Batu 23, Sg Nibong. Bukan di Bandung yer!
Senang aje carik restoren ini. Dekat laut.



Gara-gara teringin + plus lama tak makan ajak abah singgah. Aku pergia round pukul 2 lebih. Masa tu yang ada Mee/bihun/Kiew Tiaw bandung dan nasi ayam sahaja. Rasanya petang-petang ada menu lain.

Tapi special kat sini Mee Bandung. 
Dari Mee Bandung biasa, Mee bandung special, Mee bandung ketam, Mee Bandung Udang, Mee Bandung Sotong dan yang paling mahal Mee Bandung Poktek.

Mee Bandung Poktek berharga RM17. Tak tau macam mana. Aku tak order! Mengikut kata pekerja dan gambar yg aku tengok Mee Bandung Poktek tu ada semua seafood seperti ketam, udang,sotong.


Macam ni la rupa Mee bandung poktek


Kat sini ada ABC jugak. Ini dia.Mak punya!aku minum limau ais aje!


Kami order Mee Bandung dan adik aku makan Nasi Ayam.
Inilah Mee Bandungnya!
Sedap!



Harga:
Mee Bandung =RM4.50
Mee bandung Poktek =RM17.00
ABC =RM2.00


# Selamat Menjamu Selera!



0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat