Entry ini nak story pasal PELEKAT KENDERAAN aku yang dicuri. Sticker student tue!
Hohoi! sticker yang murah tu pun kau nak curi? Sticker bahtera aku ko tak curi pulak kan?
Kenapa nak ambik-ambik sticker aku? Sengaja nak aku kena saman dan tak bagi masuk Kampus kan.
Hey Pencuri sticker ko memang menyusahkan aku!
Sumpah aku tak perasan kalau pak guard tak tahan aku.
Dari jauh Pak Guard suruh ke tepi. OMG dalam kepala otak fikir aku pakai Jeans kena tahan ke? ke sebab aku pakai sandle yg tapal nipis tue. Oh no. Bukan ok. Tapi sebab takde sticker motor.
Situasi masa kena tahan. Lokasi pintu utama UPSI
Pak Guard: Kamu student UPSI
Aku : haah.kenapa yer tahan.
Pak Guard : Mana sticker motor kamu?
Aku : Ada kat situ sambil menunjukkan tempat sticker motor aku. dengan perasaan konfiden ok.
Pak Guard : Mana? Takde pun.
Aku : Ada tu....dan dalam keadaan confius aku tengok xde sticker kat situ.Damm.mana pulak hilangnya?Sapa yang curik? Saya memang ada sticker dan tampal kat situ
Pak Guard : Sekarang ni takde. Ni motor sapa?
Aku : motor saya. Ha..saya ada kad kuning! terus tunjukkan
Pak Guard : Ok.Nanti pergi pejabat keselamatan buat report dan tanya macam mana.
Aku : OK.Terima Kasih
After urusan terus pergi pejabat keselamatan dan buat report. Tengok gambar bawah OK!
Siap aku isi borang aduan. Tak pernah sepanjang 7 semester ini aku buat aduan ok.Memang rekod!
Aku kena mohon balik Sticker baru. Kalau tidak aku tak boleh nak masuk dalam Kampus dengan motor. Boleh masuk tapi kena SAMAN. Aku tak mahu!!
p/s: Sampai sekarang masih terfikir sapa yang sanggup curi Sticker aku! Jangan curi kalau nak cakap. Ak bagi je ok. Kau mencuri kan berdosa tue!
::moralnya sekarang : setiap kali aku nak g kelas atau kampus naik motor aku akan tengok ada sticker atau tak ::
0 kesan tapak kaki:
Post a Comment