Tuesday, June 28, 2016

Teacher's Life : Anak-anak bertuah saya.


Ini student saya. Kelas 2Bersih. Selalu buat sy pening kepala nak melayan
Degil-degil pun kan. Diorang dalam gambar ini selalu juga menghiburkan sy dengan gelak ketawa.
Mereka ini suka sangat " Cikgu amik gambar"
Mentang2 lah cikgu awak ni suka ambik gambar.






Ni geng degil dan geng merepek. Tapi mereka ni lebih rajin daripada pelajar perempuan.
Buktinya dalam gambar pegang penyapu dan request nak bertugas menyapu kelas.
Haha.
Oh la anak2.




Monday, June 27, 2016

Teacher's Life : Gigih sangat


Gigih sangat kau jiha!



sy bukan orang yang kreatif. tak minat buat semua ni. tak berseni langsung tangan dan jiwa ni.
Tapi demi anak2 digagahi jugak.
nah ni jelah cikgu buat utk awak semua.

Sunday, June 26, 2016

Diari Kawin : Album sendiri


yeayyy. siap akhirnya.
setelah ditangguh2 nak buat sampai kesudah.
Bila Voucher nak expired baru lah huru hara nak buat.
hihi.


Dear en tunang. nanti bagi 1 copy kat awak eh.

Saturday, June 25, 2016

Dear en Fianceee


Dear encik fiancee,


I miss u.
Eh sejak bila pandai rindu ni jiha.?
=P

Friday, June 24, 2016

Dilanggar!


Ya allah. nasib tak apa2.
Kereta dilanggar motordari belakang. Ini bukan kereta saya tapi kereta housemate.
Pergi ke sarikei atas urusan nak cop pas kerja. 
Pegawai imegresen asyik membebel suruh  buat, sedangkan passport sblm ni mmg dapat cop bulat. suka betul menyusahkan kita.

Nak dijadikan cerita. Nak keluar dari satu simpang 3. Tiba2 dilanggar dari belakang.
Bagi aku yang agak trauma dengan excident sebab pernah nampak excident depan mata, diri sendiri excident van terbalik mmg sangat trauma lah terasa kereta gegar camtu.
Sedangkan kawan brek mengejut pn boleh terkejut inikan macam ni,


kesan kena langgar tu.



kamiorang tak salah. Berada dijalan yang benar. Pak cik tersebut yang salah. Bila tengok condition motor tu macam brek tak berfungsi je. i guess lah kan.

That day, semua housemate takut nak tanya dan bercakap. Iols jugak lah menjadi heroin.
Nasib iols paham bahasa Sarawak dan bahasa Iban. Paham la apa yg dicakapnya.
housemate iols tak paham langsung. Berdiri tak tau nak buat apa2.

Alhamdulilah settle.
Pak Cik tu bayar sikit la utk kerosakan tu. Bila tengok pak cik tu pun  macam tak mampu.
Kesimpulannya lah kena BERANI. Berani dalam menyelesaikan masalah dan ambil tindakan.
Kalau lah duduk diam dan menangis apa yang akan terjadi seterusnya. Fikirlah sendiri.




Thursday, June 23, 2016

Teacher's Life : Iftar Geng Diva



Cuba baca tajuk. Iftar geng diva. Entah datang dari mana nama tersebut. 
Buat group nama Geng Diva. Hadi la punya pasal.

Beza cikgu jiha dengan cikgu lain disekolah adalah cikgu jiha rapat dengan cikgu Sarawak.
Cikgu senior pun heran tengok.
Tiada masalah rasa. 
Kawan di mana-mana. Because sy suka berkawan dengan semua orang.
Perak ke Melaka ke Kl ke i dont care. As long as can be frend.

Sejak posting memang sentiasa duduk dalam kalangan cikgu local Sarawak.
Mungkin sebab tu boleh kamching.
Kami tak sama batch pun. Saya 2013.
Faza chou ( tudung purple) senior sket, yang lain junior dalam posting. 
Junior posting tapi umur dikira senior. Saya lah yang muda. 



Ini geng lepak,geng gosip, geng ketawa, geng makan, geng tak terlepas drpd program kat sekolah. 
Biasanya memang muka kami saja.

Bila dapat pindahh nanti I will miss them. Seriusly. 



eh tiba2 gambar makanan. well cikgu jiha mana boleh berpisah dengan makanan.
Buat kuih cara ni ketika iftar dengan mereka.
Alhamdulilah. Semoga ukhwah kami terus terjalin walaupun dah pindah ke Semenanjung .



Monday, June 20, 2016

Diari Kawin : Jam hantaran



Orang kata nak kawin beli hantaran sikit2.
Memang betul tu.
Bagus guna konsep 1 bulan 1 barang. Senang nak budget.

Ini jam hantaran beli kali kedua. 
jam pertama en tunang dah beli awal. Tapi tiba2 weols buat keje giler nak tukar jam lain.
Motif sangat. Haha. Perancangan yang tak berapa betul. 

Jam pertama beli Adidas. sport katanya. 
Tapi yg nak buh ats dulang nanti jam Fossil ni.
En tunang kata " kita ada 2 pasang jam... bersukan guna adidas..kejee ke jalan guna fossil"





Bila fikirkan pasal barang hantaran memang banyak en tunang yang tolong setel. dia carik. dia pilih dan dia segalanya lah. Tapi aku tetap bayar utk hadiahkan pada beliau.

Saturday, June 18, 2016

Al fatihah


17/06/2016. Jumaat. Penghulu segala hari.
Al Fatihah. Allah. 
Terkilan rasa dihati bila tidak berpeluang untuk panggil "mak", tiada peluang untuk bersembang, tiada peluang menjaganya, tak berpeluang bergelar sebagai menantu dan segalanya.

Dugaan di bulan Ramadhan Al Mubarak.
perginya seorang ibu yang sgt disayangi tunang sy. Bakal ibu mertua sy. 
Terkejut dan masih terkejut. Tetapi kena redha. Allah lebih menyayangi mak.
Semoga segala urusan mak dipermudahkan


hanya ini kenangan yang ada untuk disimpan.
 tiada gambar bersama. 
tidak tahu mengapa tidak bergambar.
Percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.






Monday, June 13, 2016

Diari Kawin : Cadar kawin


Nak kawin ni macam-macam nak kena fikir.
Kita ni kalau boleh nak simple aje.
Tapi kan mak awal2 kata " bilik ko warna apa?"
"langsir warna apa"
" cadar warna apa"

Alahai la mak. Ikutkan ajalah,
yg penting konsepnya simple.
Keje nun jauh di sarawak susah nak survey semua benda. Tiada masa, Serius.
Pergi Sogo hari tu pun tengok2 cam tak de pun yang menarik.
Pergi GM Klang ada la yg macam di bawah ni. 
Lawa jugak tapi harga macam mahal. Nak Carik yang murah sikit lah dan boleh guna sepanjang masa. Tak nak lah beli lepas tu tak guna. Simpan dalam almari. Kan itu satu pembaziran kan.
Tak bagus tu,





ok. nanti merepek lagi,

Monday, June 6, 2016

Terjebak lah jugak



Ya Allah. Terjebak jugak dengan kesesakan dan penuh lautan manusia.
Tiada pilihan. Ini saja masa yang ada.
Misi separuh tercapai lah jugak.
Walaupun mood jadi ke laut siap macam nak gaduh.
Kesimpulannya. jangan pergi carik barang masa org sibuk nak bersopping. Baik duduk diam2 dalam rumah .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat