Monday, July 14, 2014

Jom Ke Dapur : Apam Balik


Lama rasanya tidak mengupdate gambar makanan.
Tidak mengupdate resepi-resepi. Gaya macam ko tererrr & banyak resepi pulak.
nak kata suka memasak tu tidak tapi aku suka try2 buat kuih2 dan cookies dan cake kot.
Try n error saja! Tak jadi boleh try lagi.


Sempena bulan puasa yang jauh di perantauan tahun ni maka macam2 di try untuk makan ketika berbuka!
My feveret makanan di bulan puasa adalah murtabak.Tapi apa kan daya di sini makanan semenanjung payah nak jumpa! Kena la usaha buat sendiri. Dari xpandai boleh pandai buat.

Taraaaaaaaaa.Apam Balik! 
Untuk pertama kalinya membuat sendiri. not bad! xcukup bahan! Nampak gambar tu. Ada jagung saja. Kacang yang ada kat umah xberapa elok.xboleh guna.




beginilah rupanya apam balik saya! Apam balik jagung.
1 st time memang rupanya begitu agaknya. Bior xcantik tapi sedap! Dengan menggunakan kuali/periuk ajaib! 

ok share resepi..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
pewarna kuning
mentega ( untuk sapuan)

**Bahan tabur 
kacang tanah : goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
jagung manis
gula 
mentega

Cara-cara:

1) Pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan soda bikarbonat, baking powder, air dan pewarna kuning.
2) Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul sehingga semua sebati.
3) Oleskan mentega dipermukaan kuali ( guna non stick pan).
4) Tuangkan 1 senduk dan ratakan. ( ikut suka nak tebal atau nipis tepung tu)
5) Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan mentega.
6) Masak. Lipat dan angkat.


**experience penulis.
1) aku gunakan blender. Takde mixer di sini
2) aku gunakan periuk/ kuali ajaib untuk masak.
3) disebab buat kecik-kecik dapatlah dalam 8 keping macam tu.
4) stok kacang takde,jadi aku letak jagung sahaja.
5) tepung tu dah dicampur dgn gula. Jadi yang xsuka manis xperlu tabur kacang masa masak tu. nanti manis sgt okey.


Senang kan! Selamat Mencuba semua.
Jumpa lagi dalam Jom Ke Dapur di lain masa.



sumber : Azie Kitchen

0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat