Friday, June 20, 2014

Kaki Jalan : Melaka


Edisi Kaki Jalan.
Cuti sekolah, berjalan dan saya berpisah tiada.
Jom Melaka!


Gerak dari Batu Pahat. 
Ke Melaka bersamaa BFF cik ifa.
Yehaaa.Dah sampai. Kami parking dekat area Menara Taming Sari dan jalan sahaja. Susah woo parking. Kata jalan-jalan kan.


Sesampainya di Melaka. Makan dulu. tak ingat nama restoran. Tapi makan asam pedas.




Lepas makan kita ke Muzium Samudera. yang kapal besar itu.







lepas Muzium Samudera kita ke Kota A Famosa.
Sepanjang perjalanan ke sana.













Penat lah jalan kaki. Balik ke Menara Taming Sari naik Beca!
Alah dekat je sebenarnya.Sengaja membazir duit dan merasa naik beca.





yehaaa. Naik menara Taming Sari. 
Bayaran RM10 seorang dewasa. Sila tunjukkan IC masa beli okey
dan dan
inilah pandangan dari atas menara taming sari








ok jom shopinngg!
Tak payah jauh2. Berhadapan Menara Taming Sari ada kedai2 jual makanan/cenderamata Melaka. 



Next.... Klebang Original Coconut Shake.
myfeveret Coconut shake tu




Nextnya. Kita lepak Pantai Klebang.
1st time sampai. Di sini juga ada Muzium Kapal Selam tapi kami kurang bernasib baik.
Terlewat sikit. Dah tutup.




Dekat Pantai Klebang ini juga ada sesuatu yang sangat menarik 
BUSTEL ( klik "bustel untuk maklumat lanjut )



Dan destinasi terakhir Masjid Tengkera
Alhamdulilah..
solat maghrib di sini. Masjid ini terkenal dengan keunikan seni bina dan ada dalam buku teks sejarah







habis cerita Kaki Jalan ke Melaka.
Sebenarnya kan banyak lagi tempat menarik. Till we meet again Melaka.
Kekangan masa!















Monday, June 16, 2014

JJCM : ABC Frado

ABC Frado.
Lokasi food court seksyen 2 Shah Alam. Berhampiran dengan Uitm.



This is 2nd time. JJCM sebelum balik bumi bertuah Sarawak untuk mencari rezeki katanya.
Penggemar makanan dan minuman macam aku memang ak pergi tempat2 yang menarik untuk dicuba makanan itu.Ececeh. 
this time mak abah. Seperti biasa tempat ni memang ramai orang. Datang2 xde tempat nak duduk. Tunggu jugak lah.

Alhamdulilah.dapat makan ABC special frado. Apa perbezaan ABC Frado dengan yang lain?
Anda harus mencubanya.
review aku..memang berbeza dengan yang lain. Cuba tengok gambo ok!Haha.
 ABC frado ada kacang,laici,anggur,wafer, aiskrim dan macam2 lagi.
yang penting sedapppppp!
Sila cuba sendiri!

harga : RM3.50 

Dekat food court tu banyak kedai lain.Nama pun food court kan.
Berhampiran kedai ABC Frado ada kedai jual Satay Ikan!
Jom makan. Makan lagi!


Harga : 5 cucuk RM 2.00



ok.jumpa lagi di next JJCM.
=)




Mari kembali ke tempat mencari rezeki




Jomlah balik Saratok. Tempat dimana tertulis tempat untkku mencari rezeki.
Menjadi seorang guru untuk mendidik anak bangsa.
To be honest aku lagi prefer duduk Semenanjung. Sebab banyak makanan feberet aku kat Semenanjung! Eh.

Flight hari ni 8.15am. Naik MAS.
Pukul 6 lebih dah terpacak dekat KLIA. Pengalaman cuti bulan mac yang lalu..Hampir tertinggal flight dek kerana berbaris panjang untuk check in beg! Cuba bayangkan flight 8.15am, pukul 7.50 belum hantar bag!
Tanpa rasa malu terus potong que yang entah berapa ratus orang. Maap ye semua!
Memang ngeri lah. berlari ke Gate 11 dengan bawak bagpack, bag DSLR. 

Kali ni tak sepanjang barisan sebelum ini. Gambar bawah waktu nak check in 15Jun . Boleh check in dengan tenaang dan berjalan ke gate dengan tenang..tanpa berlari! Moralnya sila datang awal ke Airport!



flight hari ini


yang best hari ni xbosan dalam flight. boleh tengok cerita!






sampai sini saja! Esok2 update ye!
see u soon.

Friday, June 13, 2014

BUSTEL @ Pantai Klebang


Pertama kali selepas berapa tahun..menjejakkan kaki ke Melaka.
Tujuan asal mencari Klebang Original Coconut Shake. Well..i kan pengemar coconut shake.

Selepas berjalan- jalan sekitar Bandar Hilir. Kami ke Pantai Klebang.
Rasanya aku macam tak pernah pergi. Memang tak pernah pun.
On the Way masuk ke jalan pantai Klebang nampak banyak giler bas! Rasa rare pulak! Banyknya bas. Apa ramai-ramai orang buat kat pantai ni. Tengok bas banyak tapi orangnya takdelah ramai sangat.

Bila sampai...oh! rupa-rupanya itu BUSTEL.
BUSTEL..Apa itu bustel?
BUSTEL adalah gabungan perkataan Bus + Hotel. Maksudnya hotel di dalam bas. Ayat mudah fahamnya tidur dalam bas.
Ok ini BUSTEL pertama di Malaysia. 
Masa tengok tu rasa impress!Wow!Kreatif la. Daripada bas tu tidak digunakan..dapat idea dijadikan tempat penginapan. The best part ownernya Melayu. Dan salah seorang staff membawa kami melawat keadaan dalam bustel.


ini antara gambar yang sempat di snap menggunakan hp...DSLR kt klinik masa ni.









Bustel Klebang mempunyai 32 bilik dan 1 cafe.
ini gambar dalam bustel. 
Ada 2 jenis bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan aircond, bilik air dan juga Tv. 

Bilik 1 ( katil quenn size)

Bilik 2 ( katil single)




Ini pula bustel cafe. Anda boleh makan dalam bas.


suasana malam di Bustel Cafe


Selain itu ada banyak lagi bus dijadikan sebagai kedai.Ada yang menjual makanan



next trip ke Melaka nak tidur di Bustel.
Kadar penginapan di sini berpatutan. Harga antara RM80-RM150.
Maklumat lanjut boleh berhubung terus kepada pengurusun Bustel Klebang.


Jom LIKE Facebook Bustel Klebang Melaka

dan harus ada gambar tuan tanah..=)



till we meet again di lokasi yang lain.

# kredit gambar FB Bustel Klebang 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat