Saturday, September 21, 2013

Sekolah Bestari



p/s:nampak jadual i,,

Sekolah Bestari katanya.
Jadi semuanya nak online.
kedatangan cikgu online.kedatangan student online.RPH online.
Semua nak online.
Nasiblah den ni suka bab2 teknologi.
Tapi kalau sistemnya hang den tak suka.
boleh bikin stress!


Friday, September 20, 2013

Program Guru Penyayang.



See betapa penyayangnya kami.
Inilah program guru penyayang.
Pukul 1.50 petang.di kala panas terik. berdiri dekat pagar menyambut pelajar masuk/datang ke sekolah.
Betapa beruntungnya budak2 zaman sekarang kan.
Masa i sekolah dulu takde pun cikgu nak sambut melainkan kalu ko datang lambat. Muahaha.Memang cikgu disiplin sambut!





Masuk je kelas pelajar bertanya..
pelajar : Cikgu, kenapa cikgu ramai2 ada kat depan tadi.ada pape ke?
cikgu : Takda apa2.saja nak menyambut awak datang ke sekolah.Kan cikgu2 sayang awak semua. (student dengan muka tak percaya jawapan tu)



#aktiviti sekolah
dan 
# kehidupan seorang guru.


Thursday, September 19, 2013

Exam week!



Maka...
Dengan ini diisytiharkan minggu exam bermula bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2.


AMAR - AMANI ( ORIGINAL VIDEO KLIP )

Thursday, September 5, 2013

Biru menang!





yehaaa!
rumah biru menang!kami juara.
Congrat kepada anak2 rumah biru yg sangat gigih berlari.even petang tu ramai dah sakit2 kaki.

next hari lah ye story panjang2.next hari tu xtaulah bila.x berupdate blog ak ni ha!

Tuesday, September 3, 2013

Training terakhir!



Jurulatih katanya kan.
jadi tugasnya melatih anak murid..Cikgu ni tak pernah masuk acara balapan pun anak2..tup2 nak kene training anak2.
Gigihkan diri.pagi2 bersama2 anak2 yang bersemangat tinggi bersukan.
Here! 7.30 pagi sudah sampai di Stadium Mini Saratok.





hari ini training terakhir sebelum kejohanan sukan sekolah.
Anak2 berlari konon2 macam waktu kejohanan lah. siap pinjam baton. lupa pinjam baton sapa satu ni.


satu pengalaman baru!


Sunday, September 1, 2013

almost 3 month



Permulaan september. Dan maksudnya ini masuk bulan ketiga bergelar sebagai seorang guru!
Sila panggil saya "cikgu jiha"!

Mengajar di Semenanjung dan Sarawak memang sangat2 berbeza. situasi berbeza, persekitaran berbeza...semua berbeza lah.

Tak ingat update ke tidak diupdate yang aku kena ajar subjek yang memang luar bidang! luar bidang yer! memang menyimpang habis okeh. aku jadi bidang terjun!
aku yang dulunya opsyen keusahawanan dan perdagangan kini dapat opsyen pendidikan jasmani dan kesihatan atau nama pendeknya PJK. PJK yer. Nampak tak betapa jauh bezanya? Aku yang otak duit2 dan bisnes tiba2 kena masuk "bola-bola", sukan2...Oh so tak berjiwa ok! Selain PJK, aku diberikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) dan Pendidikan Seni Visual (PSV).
PJK untuk 5 kelas tingkatan 1 dan peralihan. PSK untuk 3 kelas tingkatan 2. Dan PSV untuk kelas peralihan. 
Dan bila mengajar F1 dan F2 makanya aku pegang PBS. PBS ialah Pentaksiran Berasakan Sekolah.

Dah hampir 3 bulan tapi aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan negeri Sarawak dan bumi Saratok! Totally different.
Aku yang kaki jalan dtg sini terus jadi kaki duduk rumah selain pergi sekolah! Takde transport lagi nak berjalan sana sini.Ditambah nak keluar ke satu2 tempat jaraknya jauh. Jauh sgt den rasa! Mungkin sebab tak biasa lagi.


Sehingga kini masih belum berjiwa mengajar PJK.I hope i can do my best untuk anak-anak di sini.
PJK ini teknikal.Kemahiran dan aku memang takde semua itu. Bola jaring pun aku tak main okeh!


Doakan diriku kuat ye kawan2.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat