Entry yg di simpan dalam draft sejak 1 septemmber.
Lama tak update entry jalan-jalan carik makan. Dulu masa zaman study selalu je pergi jalan-jalan carik makan
1 september ke Taiping. Beraya katanya ke rumah besan abah.
Alang-alang dah ke sana makanya ajak abah pergi Kuala Sepetang @ Port Weld.
Yang femes dengan Mee Udang.
Terasa mau cuba! Agak jauh jugak nak sampai. Well first time pergi memang akan rasa jauh sesangat.
Inilah dia Mee Udang Mak jah
Superbb! Sedap.
Aku order Mee Udang biasa sahaja. Harga RM7.00. Kalau yang special harga RM11.00.Dapat udang yang extra extra besar!
Papan tanda restoran : Mee udang Mak Jah.
Masa aku sampai orang punya ramai dan berkata "nak duduk mana ni"
Ada beberapa bahagian tempat duduk.yang ni terpisah sikit dari main restoren.
Selain tu ada pondok. yang diberikan nama pondok udang galah. Kiranya kat sini korang duduk bersila/ bersimpuh gitu.
Order akan diambil oleh pekerja dan korang kena bayar kat kaunter. sila ingat no meja ok!
So far ok makanannya. Cuma servis agak kureng. Untuk pengetahuan semua masa aku ke sana, air lambat di anta. Aku dah siap makan baru air sampai. Oh.tak tau ke aku hauss.
1 kesan tapak kaki:
bila makan udang, maka gatal2 lah lidah dan telinga ku. herk herk
Post a Comment