Sunday, May 1, 2011

Seminggu je lagi!~


Seminggu jer lagi akan bermula semester 7. Semalam baru jer habis semester 6. Next dah new semester! 
Betul-betul belajar aku rasa. Cuti hanya seminggu. Tapi alhamdulilah la, jika nak dibandingkan mereka yang join SUKSIS dan PALAPES isnin esok ni dah start praktikum.Takde cuti weh diorang. 

Masa seminggu ni la nak settlekan macam-macam. masa untuk berehat juga. masa untuk luangkan masa dengan mak ayah aku. Al maklumlah next week aku dah menetap dekat Taiping Perak. Aku bakal praktikum di sana. Gara-gara Unit Latihan Mengajar tak bukak aku membawa diri ke sana. Okey lah kan. Setiap yang berlaku tu ada hikmahNYA.Harus percaya itu semua! Aku praktikum dekat sana maksudnya aku boleh merasa kehidupan kat sana kan! Bak kata orang tu Merantau. Cari Pengalaman baru.

Aku dok sebut praktikum dari tadi. Korang Paham ke? 
Praktikum tu latihan mengajar. Aku kena buat attachment dekat sekolah. masuk ke sekolah sebagai seorang guru pelatih.Dulu aku ke sekolah sebagai seorang pelajar.Next week aku ke sekolah sebagai seorang guru! huh..macam tak nak percaya je. aku mimpi kah?TIDAK~

Praktikum/ latihan mengajar ini ada matlamat dan objektifnya.Baca dekat bawah nie kalau nak tahu.


 Matlamat

  • Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah.

  • Program Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat. Bagi menentukan praktikum berjalan dengan teratur dan berkesan maka suatu mekanisma yang bersistematik lagi berkesan diatur untuk pihak pentadbiran praktikum, penyelia, guru pembimbing dan pentadbir sekolah bekerjasama dalam bentuk kesefahaman yang pintar.

  • Program Praktikum menyediakan peluang bagi guru pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI bagi membolehkan guru pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketrampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjalin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.



  Objektif

      Program Praktikum UPSI bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk:

    • mengamalkan kemahiran dalam merancang persediaan mengajar dan melaksanakan pengajaran;
    • mempraktik pelbagai pendekatan, kaedah, strategik dan teknik pengajaran dan pembelajaran;
    • memajukan pembelajaran guru pelatih dengan menyepadukan teori dan amali dalam situasi sebenar;
    • mengalami suasana interaksi dengan anggota-anggota lain dalam komuniti khususnya di sekolah;
    • membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai profesional keguruan;
    • meningkatkan penilaian kendiri sebagai budaya kerja dalam profesion keguruan;
    • mengaplikasikan kemahiran merancang dan menjalankan kegiatan ko kurikulum untuk murid-murid;
    • menambahkan pengalaman dan kecekapan untuk diterapkan di dalam bilik darjah.




1 kesan tapak kaki:

.........cP~ said...

salam.

all the best. ingat lagi, cikgu praktikal semua orang suka. kalau dah tamat tu, semua orang cam sedih je.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat