Sunday, May 29, 2011

Parlimen Belia Ditubuhkan




PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif tersebut, belia berpeluang untuk memilih wakil mereka yang seterusnya akan membahas usul serta memberi cadangan kepada kerajaan.

‘‘Kerajaan seterusnya akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan berkenaan.

‘‘Kita akan tentukan syarat untuk Parlimen Belia seperti menetapkan had umur, mungkin umur perlu di bawah 40 tahun atau 30 tahun,” katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara.

Selain Parlimen Belia, Najib turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia seperti berikut:

* Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan.

* Memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini.

* Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia.

* Memperkenalkan My Corps untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia.

* Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.


sumber : Utusan Online 29/5/2011


1 kesan tapak kaki:

shafinaz (: said...

hey , thanks dtang blog shaf , jalan blog kamu pulak ;) happy blogging !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat