Wednesday, March 30, 2011

:: AYAMAS perkenalkan menu SATE ::


tengok gambar terus lapar!
Dah lame tak makan SATE~ Jom g makan SATE hujung minggu ni, Sape mau ikut Jom.
Hari ini terbaca di akhbar Metro on9. Ayamas perkenalkan menu SATE.
alright~ jom  baca!

KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH), pengendali rangkaian kedai Ayamas melancarkan snek terbarunya, Ayamas Satay Chicken yang didatangkan bersama kuah kacang lazat yang boleh didapati di gedung beli-belah terkemuka dan kedai runcit seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Jamaludin Md Ali berkata, penyediaan Chicken Satay sungguh mudah dan berharap produk itu dapat menarik minat penggemar sate dewasa yang gemarkan rasanya yang lazat, tetapi sibuk dengan urusan harian yang padat.

“Juadah warisan kegemaran rakyat Malaysia ini diperbuat daripada daging ayam premium berkualiti manakala kuah kacang yang enak pula menggunakan kacang tanah dan bahan rempah segar serta asli.

“Daging ayamnya diperap bersama dengan rempah terpilih yang kemudiannya dicucuk serta dipanggang di atas arang oleh anggota pekerja Ayamas yang mahir, sebelum dibekukan dan dibungkus,” katanya.

Beliau berkata, produk itu akan memudahkan pelanggan kerana mereka hanya perlu memanaskan sate berkenaan beberapa minit sebelum menikmatinya bersama kuah kacang.

Chicken Satay Ayamas didatangkan bersama kuah kacang dijual pada kadar RM8.50 sebungkus mengandungi 10 cucuk sate.



sumber : Metro online 30/3/2011



4 kesan tapak kaki:

Mira Amirudin said...

wah...nampak sedapp ;)

Secret Drifter said...

Sebenarnya kan, mmg dah lama Ayamas buat Ayamas Sate...

zaman saya remaja dah ada dah tapi xramai yg memberi atau tau pasal ni..

bagus la mereka dah marketkan.. now org xyah susah payah nak cari sate..

saya xtau la rasa sekarang dgn yg lama.. tapi yg lama mmg sedap.. saya rasa yg baru pun mesti sedap gak

Dda Ly said...

wahh sedap ke nih? sof ar biase beli ayamas drumet n wings je...:)

irwanmiswan said...

wahhhh ini macam sudah bagus....mau try gak r camni huhuhu

kalau x malas,singgahla
penis terkuat di dunia
CEO japan airline naik bas pergi kerje
pelakon power rangers dulu dan sekarang
aku jadi malas blogwalking bila...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat