Kelas petang ni di batalkan dan diganti hari jumaat. Cis baru berangan-angan nak pergi Library UM jumaat ni. terus tak jadi sebab ade kelas. Kelas takde. Boleh buat asigment yang bertimbun-timbun itu! Kononya la. Aku nak siapkan asigment OK! Nak jadi "A" student macam Boon. dapat 4.00 sem ni. Ok. Mula dengan asigment penulisan akademik pendidikan keusahawanan dan perdaganagan. Tajuk aku: Challenges and an entrepreneurial culture in Malaysia. Agak mencabar ye tajuk aku itu. Taip punya taip, laju jari aku menaip, tiba-tiba takde idea. Bila takde idea aku akan meluangkan masa bersama cik silent thinker sekali blogwalking!. haha! macam ni ke nak jadi "A" student??...Eh belum baca paper! harus baca ye.nanti tak tahu perkembangan diluar pulak. Then terasa nak bukak i luv islam. Tertarik sedikit pada artikal ini "pakai tudung tapi seksi".
Ok! jom baca. aku share di sini.
Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
1 kesan tapak kaki:
Salam safieya. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)
Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!
-plz forward- :)
http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/
Post a Comment