Monday, November 8, 2010

l-l Pelajar cipta kereta lumba logam terbuang l-l

Pelajar cipta kereta lumba logam terbuang


BESUT - Walaupun tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai bidang automotif, lapan pelajar dari Kelab Rekacipta dan Inovasi, Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut, berjaya mencipta sebuah kereta lumba diberi nama BIRT 1.

BIRT 1 yang dibina menggunakan bahan logam buangan itu digerakkan dengan enjin motosikal yang mempunyai 135 kuasa kuda. Kosnya sebanyak RM10,000 adalah hasil tajaan beberapa syarikat swasta di daerah ini.

Pengarah IKM Besut, Mohd. Zaid Haron berkata, usaha mencipta kereta lumba itu merupakan inisiatif kali pertama pelajar institut itu sejak ia dibuka pada tahun 80-an.

"Yang menakjubkan ialah kemampuan lapan pelajar dari pelbagai kursus dan kejayaan mereka membina kereta lumba itu amat dipuji kerana kita tidak menyediakan kursus bidang automatif kepada pelajar," katanya.

Rekaan itu menyertai Program Varsiti Race yang diadakan di Litar Batu Gajah, Melaka, pada bulan lepas.

"Walaupun tidak berjaya memperoleh sebarang tempat, ia menjadi pembuka jalan kepada pelajar untuk terus memperbaiki mutu hasil ciptaan mereka di masa depan," katanya. - Bernama




0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat