Monday, December 19, 2011

Takda Lagu...



Sapa perasan kelainan blog aku. Cepat angkat tangan! bajet macam aku boleh nampak je sapa yang angkat tangan kan.

Blog aku dah takde lagu.
Dah diam, tak bunyi-bunyi.
Aku dah remove gadjet lagu selepas mendapat teguran daripada kaki wayang dan rakan blogger lain.
Sapa nak dengar lagu pergi Youtube ye
Sekian Terima Kasih
Happy Blogging Ya!




p/s: sedang membiasakan diri dengan blog yang takde bunyi nie.
Seseaikan dengan Tagline. Dalam diam aku menulis. Bila xde bunyi baru boleh fokus menulis. macam tu agaknya.




Hari terakhir kuliah saya



Dengan ini saya NUR NAJIHA BINTI MAHFUDZ ingin mengatakan bahawa hari ini merupakan hari kuliah saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda menghadiri kuliah di Universiti Pendidikan Idris (UPSI)

Ahaaaa..Perlu ke nak cakap macam tu?
Perlu sebab lepas ni dah tak pergi kuliah lagi. Tinggal nak exam aje. Insyallah kalau ada rezeki akan sambung MASTER tapi belum tau Universiti mana. So boleh la dikatakan seperti di atas tu.
Blog aku. Jadi ade aku kisah?


Kuliah terakhir saya adalah Pengurusan Perubahan. Kelas 1 jam. Memang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang Prof Yazam cakap. Motifnya apa yang dibincangkan mungkin akan masuk exam sikit-sikit. Memang nampak di situ ketidakiklasan belajar. Opps! Saya tumpu perhatian bukan sebab exam ok. Tapi sebab ilmu. Iyelah tu kan.


After this takde dah pergi kuliah. Mesti rindu nak g kelas. Lagi-lagi dengan budak-budak AT45!
Serius akan rindu moment2 gelak ketawa dengan mereka.
Kalau lah aku record semua tu alangkah best. Boleh rewind-rewind tengok! Udah tak usah merepek ye!



Seriusly aku akan rindukan SEMUA tu. Kena duduk luar kelas, Kena kunci, Kena macam-macam lagi. Walaupun masa tu macam menyumpah2 je. Tapi SEMUA tu la SATU KENANGAN.



p/s: entry yg langsung takde gambar.




Sunday, December 18, 2011

Makan di The Manhattan Fish Market





Cerita yang sepatutnya di tulis berminggu-minggu lalu. Tetapi disimpan dalam almari sebab masanya tiada.
Awal bulan ini bersamaan 4 disember bersuka suki dengan kawan-kawan di KL.
Selepas menonton Ombak rindu di KLCC bergerak ke Mid Valley.
Lapar! Nak makan apa lah. Terlampau banyak sangat tempat makan. dan akhirnya memilih The Manhattan Fish Market setalah digoda-goda oleh Iqa Beary. Nak makan 5 orang tapi yang decide dan sampai ke restoren hanya aku dan iqa beary. 
Pelik sungguh. 

Ahaaa. We have a mission! upps. 

Dengan penuh berbangga terus duduk dan mengorder makanan tanpa mendapat persetujuan 3 orang kawan lagi. Kejam sungguh. Bukan kejam. Suprise okey! Belek-belek menu tengok semua sedap. Waktu lapar memang semua sedap. Lastly order Giant fried platter, orange juice untuk syera, ecah & ifa dan Cala-cala untuk me & Iqa beary. 

Order sampai! Makanan seperti gambar di bawah.
Oh No SALAH. We order Giant Fried Platter dan yang sampai adalah Grilled Gaia Platter. 
Memang sah the waiter tu ada masalah pendengaran!
But we all makan aje lah.
Memang sedap terasa nak makan lagi.


:: Grilled Gaia Platter ::

:: cala-cala ::

:: orange juice ::


Selesai makan, apa lagi kejenya bersembang-sembang lah.
Macam-macam di sembnagnya padahal nak lengahkan masa untuk waiter/waitres bawakkan kek birthday untuk syera & ecah.

And here the Suprise!
Kek dan nyayian birthday untyk mereka dr crew-crew the manhattan fish market. Sangat-sangat berterima kasih sebab sama-sama menjayakan suprise celebration ini. Siap nyanyi2 lagi kan. Bergegar restoran masa tu.
Si syera siap terkejut sampai terpaksa mencari inhalernya.
Ecah pulak terus muka blur2 terkejut.
Sory kawan2.

 ::  the surprise birthday cake for syera & ecah ::

:: Mud Pie ::





p/s: semakin pandai berlakon.aha!
Semput aku berlari nak cari kek dekat MId valley tu!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat