Friday, December 24, 2010

:: Pesara tentera calon tertua PMR 2010 ::

BUKIT MERTAJAM: “Ketika menduduki peperiksaan, hanya saya seorang sudah berusia dan memakai pakaian biasa dalam dewan.
“Keadaan itu menyebabkan semua pelajar lain asyik memerhatikan saya membuatkan saya berasa janggal. Namun, demi meningkatkan taraf hidup, saya terpaksa membuang perasaan malu untuk menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah) bersama mereka,” kata Shamsudin Rejab, 50, dari Taman Ara Indah, dekat sini.

Bekas anggota tentera itu, berkata dia berhasrat mengubah taraf hidupnya dan ia mungkin dapat dicapai apabila berjaya memperoleh slip keputusan PMR yang diumumkan, semalam.
Menurutnya, dia terpaksa membuang perasaan malu demi mengejar kehidupan lebih baik dan berpuas hati dengan keputusan diperolehnya meskipun tidak cemerlang.

Pengawal keselamatan (Gred KP11) di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Prai itu berkata, dia mengambil PMR semata-mata untuk memohon jawatan lebih baik dan mengubah taraf hidup.

“Saya pernah mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 1976 tetapi sijil itu hilang menyebabkan sukar untuk memohon jawatan baru secara dalam talian.

“Jadi, saya membuat keputusan menduduki PMR tahun ini dan berharap dapat memohon jawatan pembantu keselamatan (Gred KP17),” katanya ketika ditemui, semalam. Shamsudin mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (E), Matematik (E), Sains (D), Sejarah (D), Geografi (C), Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan dan Keusahawanan (E) dan Pendidikan Islam (D). Dia yang mempunyai seorang anak angkat lelaki berusia sembilan tahun adalah calon PMR persendirian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah, Permatang Pauh, di sini, dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2005 dan 2006.

Menurutnya, dia yang mendapat dorongan isteri, Robayah Ramli, 59, membaca buku pada masa terluang ketika bertugas syif malam antara jam 9 malam hingga 7 pagi.

“Saya berharap dengan adanya sijil PMR dan SPM, hasrat saya untuk memohon jawatan lain secara dalam talian menjadi lebih mudah,” katanya.



sumber:myMetro

:: 1 Malaysia ::



Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
 

:: Alhamdulillah ::


Alhamdulilah.....Syukur kepada ALLAH.
Result exam semester lima dah keluar. Cuak seh bila dapat message dari Ain Akaun yang bagitahu meeting senat baru saje selesai.jap lagi result keluar!
takut..takut..takut kantoi paper matematik perniagaan! Siyes aku tak skor masa jawab aritu.memang rasa macam kena repeat aje tau!
Tapi aku dah usahakan hari tue.
now result dah kuar! Dan alhamdulilah result aku OK! Lagi sekali aku dapat merasa senarai dekan!


p/s: tahniah kepada rakan2 yang dapat keputusan yang cemerlang! Yang tak dapat usaha lagi OK!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat