Friday, December 24, 2010

:: Pesara tentera calon tertua PMR 2010 ::

BUKIT MERTAJAM: “Ketika menduduki peperiksaan, hanya saya seorang sudah berusia dan memakai pakaian biasa dalam dewan.
“Keadaan itu menyebabkan semua pelajar lain asyik memerhatikan saya membuatkan saya berasa janggal. Namun, demi meningkatkan taraf hidup, saya terpaksa membuang perasaan malu untuk menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah) bersama mereka,” kata Shamsudin Rejab, 50, dari Taman Ara Indah, dekat sini.

Bekas anggota tentera itu, berkata dia berhasrat mengubah taraf hidupnya dan ia mungkin dapat dicapai apabila berjaya memperoleh slip keputusan PMR yang diumumkan, semalam.
Menurutnya, dia terpaksa membuang perasaan malu demi mengejar kehidupan lebih baik dan berpuas hati dengan keputusan diperolehnya meskipun tidak cemerlang.

Pengawal keselamatan (Gred KP11) di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Prai itu berkata, dia mengambil PMR semata-mata untuk memohon jawatan lebih baik dan mengubah taraf hidup.

“Saya pernah mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 1976 tetapi sijil itu hilang menyebabkan sukar untuk memohon jawatan baru secara dalam talian.

“Jadi, saya membuat keputusan menduduki PMR tahun ini dan berharap dapat memohon jawatan pembantu keselamatan (Gred KP17),” katanya ketika ditemui, semalam. Shamsudin mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (E), Matematik (E), Sains (D), Sejarah (D), Geografi (C), Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan dan Keusahawanan (E) dan Pendidikan Islam (D). Dia yang mempunyai seorang anak angkat lelaki berusia sembilan tahun adalah calon PMR persendirian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah, Permatang Pauh, di sini, dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2005 dan 2006.

Menurutnya, dia yang mendapat dorongan isteri, Robayah Ramli, 59, membaca buku pada masa terluang ketika bertugas syif malam antara jam 9 malam hingga 7 pagi.

“Saya berharap dengan adanya sijil PMR dan SPM, hasrat saya untuk memohon jawatan lain secara dalam talian menjadi lebih mudah,” katanya.



sumber:myMetro

1 kesan tapak kaki:

zaira said...

tengok tu adik2... untuk memperbaiki taraf hidup orang ni dah tua2 pun belajar.

kamu-kamu ni, yang skarang ni asyik main2 cinta, enjoy sana sini nanti pada masa depan kamu pulak jadi mcm dia.

nak ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat