Monday, February 25, 2013

Kelebihan Membaca Surah An Nas dan Al Falaq


Selamat hari Isnin semua!
Mulakan isnin dengan senyuman.

Sekadar berkongsi kelebihan membaca surah An Nas dan Al Falaq
Selamat beramal.





Sunday, February 24, 2013

BR1M 2.0




Alhamdulilah.Layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0
Terima kasih kerajaan.
Pagi tadi pergi ambil duit.Tempat sekolah lama aku, SMK Ungku Aziz.

Dekat surat tulis jam 8.30 pagi.
Dengan bangga pergilah pukul 9.00 atas alasan "alah bukan start ontime pun"
Mak aku suruh pergi awal2. Tapi tak mau dengar.
Sekali sampai "Oh.ramianya!"
Ramai dah berbaris nak masuk dewan.
Ambik no giliran. Cantik punya nombor okey. 868.
Tak macam banyak pulak.

Datang pukul 9. Balik pukul 12.45.
Habis planning nak shoot LTDL lalu dekat Sabak Bernam. Sob2x





Thursday, February 21, 2013

Sijil Kursus Lanjutan Fotografi Digital





Tahniah buat diri sendiri ye.Sebab berjaya menjoinkan diri ke kursus photography.

Tahap malas nak cerita aka menaip entry blog lah sekarang.
Jiwa agak kacau dengan pelbagai hal.


ok bai.


Tuesday, February 19, 2013

Kursus Lanjutan Fotografi Digital.




Join kursus lanjutan fotografi digital.
Kursus asas tak pernah join. Terus join kursus lanjutan.Kau ada tak?
Dengan bangga daftar kursus sorang-sorang.
Lepas tu baru terfikir. "eh sapa la yang ada nanti"
Buatnya xde peserta perempuan. Pengsan!!

Kursus selama 3 hari. 18-20 mac 2013. 
Bertempat di Institut Latihan dan Dahwah Selangor (ILDAS).

Monday, February 18, 2013

Alhamdulilah.





Alhamdulilah.Dah keluar nama i untuk di temu duga.
Stress tahap dewa tunggu nama tak keluar2 tahu tak.
Risau! Sebab aku bukan antara calon kelompok khas.

So bakal di interview pada 5 mac.Jam 7.30 pagi. Di Putrajaya.
Seawal pagi kena keluar umah!


Awak-awak semua. Sila doakan yang terbaik untuk saya yer!
Wish me luck.

Stress dah hilang. Datang nerbess nak di interview.
Terfikir-fikir apa yang bakal ditanya.
Semoga dipermudahkan segalanya. AMIN.



Friday, February 15, 2013

Stres!




Stress yer!
Dari tadi tunggu nama tak keluar2.

Saturday, February 9, 2013

Aroi Lokcing.



Lokcing
Aroi Lokching.
Pernahkah korang dengar nama tersebut.
Pertama kali mendengar nama Lokcing masa seminar Dr Azizan Osman dekat De Palma Shah Alam.
Kalaulah tak pergi seminar tersebut sampai sekarang agaknya tak tau.
Masa tu founder Aroi Lokching House buat sharing atas stage.
Impress giler masa tu bila dia buat sharing dan terus teringin nak tau apa ke bendanya Aroi Lokcing ni.
Balik terus goggle.Gigih kau! Mr Google selalu memberikan jawapan. Betul tak?
Oh! Aroi Lokcing ni buat Steamboat Grill. Nampak menarik!
Terus teringin tahap dewa nak rasa macam mana Steamboat Grill tu.
Cuba untuk merasa di mana kiosknya ada. Tapi tak berjaya-berjaya.

Sampai satu hari, bos tempat kerja kata nak bukak Aroi Lokcing ni dekat area Sungai Besar.
Terus excited! Lebih-lebih pulak kau! Support katanya kan.

Inilah dia Lokcing.

LOK CHING merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Kelantan. Namanya agak unik kerana ia bukan istilah atau sebutan dalam dialek Kelantan tetapi dipercayai berasal daripada bahasa Thailand. Bahan utama untuk membuat lok ching ini adalah isi ikan.Nama Lok ching di ambil dari perkataan thailand "บอลเบิร์น " yang bermaksud "BEBOLA BAKAR".


Ramuan asas Lok ching adalah Isi ikan/daging/ayam/ketam/udang yang dikisar dan diadun bersama tepung kanji, garam dan dibentuk bulat seperti BEBOLA, atau bentuk BENTUK UNIK LAIN. Lok cing mentah akan dicucuk pada lidi dan DIBAKAR di atas bara api. Setelah masak, ia akan dicelup ke dalam SOS THAI ISTIMEWA. 




Dan inilah rupa lokcing yang siap sedia untuk di makan.
Ia berasaskan ikan.
Bagi aku rasanya macam keropok lekor. Tapi lebih sedap. Mungkin ramuan yang digunakan sedikit berbeza dengan keropok lekor.Dan bezanya lagi lokching ni bentuknya kecik-kecik dan comel.
Lokching ni kite akan makan dengan sos. Ada dua jenis: manis dan pedas. tapi aku lebih prefer yang manis.
Dan sebenarnya tak payah makan dengan sos pun dah sedap. Thumbs up!
Serius sedap!


Aroi Lokching menawarkan pelbagai jenis produk.
Antaranya seperti dalam gambar di bawah. Aku tak berapa nak ingat namanya.

















Ada banyak lagi sebenarnya. tapi entah mana aku lupa ambik gambar kot!
Ada sosej pulut, ayam keladi dan lain-lain.
Memang banyak keunikannya.
Korang kena try.Baru boleh tau macam mana rasanya!


Yummy!nyumnyum.jom makan!


Ini antara kiosk Aroi Locking yang ada
dan banyak lagi...


Dan akhirnya,bergambar dengan owner kiosk Aroi Lokcing Sg Besar
(abaikan muka aku yang tak cantik okey)






sumber: Aroi Locking House, FP Aroi Locking House

Happy Blogging




To be honest i miss him!
okey bai.

So Hard!



Its so hard. 
Sukar rasanya. Bila kita diberikan dua pilihan dan terpaksa buat keputusan untuk memilihnya.
1st time in my life terasa sangat DOWN. Semangat entah hilang ke mana. 
Tak tau kenapa dan kenapa terlalu sukar nak buat keputusan.
Tak suka diri aku macam ni!
Buat apa semua tak kena. Otak aku sentiasa berfikir.Tapi tak dapat-dapat jawapan.
Macamnya ada satu beban dalam diri.
Terdetik di hati apa yang Allah nak uji pada aku sebenarnya. 


Selalu menjadi pendengar kepada masalah yang dialami oleh orang lain dan membantu mereka.
Menasihati dan memberi pandangan kepada mereka.
Tapi sometimes bila  ia sampai pada kite sendiri, kita sendiri pun gagal untuk selesaikannya.
Realiti macam tu  agaknya kan.

Serius so hard.
Indahnya kalau boleh Istikharah sekarang. Tapi malangnya tidak.
Ya Allah permudahkan lah segalanya bagiku.



Setujukah anda.






Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik, sebab dalam hati salah seorang nanti akan wujud rasa cinta.

setujukah anda dengan kenyataan ini.

Thursday, February 7, 2013

Kuatkan aku.






2 hari buat kerja serba tak kena.
Semalam pasal benda lain.
hari ni pasal benda lain.
Ya Allah kuatkanlah diriku ini.
Sabarlah wahai hati.


Wednesday, February 6, 2013

Jom Bercinta.



Berita terbaru daripada website SPP senarai nama untuk interview bakal dikeluarkan 15 Feb 2013.
Maka bersedialah dengan segala kemungkinan.
Proses Interview bakal dijalankan bermula 19 Feb 2013.
Tak Lama lagi tu.
So jom la BERCINTA dengan segala nota dalam buku di bawah!





#Doakan saya yer!
Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Sunday, February 3, 2013

JAIS pulak.



Nak aply dekat JAIS pulak lah.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 under JAIS.
ok sekian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat