Saturday, November 24, 2012

Cameron Highlands : Day 1


#Cerita seminggu yang lalu.
Tengok tajuk entry "Cameron Highlands : Day 1". Macam lama aje kat sana.
3 hari 2 malam di sana.
Ikut trip kelab alam sekitar dan pelancongan SMK Seksyen 11 ke sana. Jadi guru pengiring.Padahal masa ganti kak maisarah kat sekolah tu aku pegang kelab seni kreatif dan fotografi.
Kak fadilah, guru penasihat kelab ajak.So on aje.


Berkumpul di sekolah jam 7.30 pagi. Sesampai je anak-anak murid dah sampai.Memang menepati masa mereka-mereka ni bab pergi berjalan.
Bergerak ke Cameron Highlands lebih kurang pukul 9. Bukan bas yang lambat tapi guru penasihat yang lambat. Guru penasihat bz menyediakan segala kelengkapan dan makanan untuk anak murid.

Sampai Cameron Highlands pukul berapa tak ingat.around pukul 1 kot.
Hujan di sana!
Terus check in ke rumah yang disewa. Lebih kurang macam apartment.



ini bukan apartment yang we all tinggal.viewnya sgt cantikkan.apartment we all lupa nak ambik gambar!


dan ini anak murid merangkap bodyguard tak bertauliah saya.


Lepas check in, keluar makan area tanah rata.
Hujan! Meredah hujan.Oh encik Canon sy jugak terkena hujan!




Around pukul 4 petang we all ke Cactus Valley.
Banyak cactus dan jugak pokok-pokok bunga lain.



Student yang join trip ni ada explorace!
So di sini mereka dah boleh start carik jawapan kepada soalan-soalan yang diberi.



yang ini bukan buat task explorace tapi mintak cikgu belanja.
Sedap tak mirul wafer tu!





after Cactus Valley ke Pasar Malam Brinchang.Dan malang sekali takde sekeping gambar.Hujan selebat-lebatnya. Sayang nak kuarkan encik Canon dari beg.

Till here.Next the 2nd day yang kena berjalan jauh!




1 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat