Friday, September 14, 2012

Syawal 2012 : Reunion Sekolah



#Cerita Syawal 2012.
Entry yang banyak gambar!

Syawal nak berakhir tapi aku baru nak cerita tentang Syawal ke 3.
Dek kerana terlampau banyak gambar sampai tak tau nak pilih yang mana aku asyik tangguh, tangguh dan tangguh nak menaipnya.


Every year aku akan mencadangkan serta mengorganize event @Reunion untuk batch sekolah rendah, Ex SKBT38 1995-2000.Biasanya aku akan buat time raya. Sebab masa raya paling sesuai kot.

Tahun 2010 berjaya mempertemukan sahabat-sahabat. Reunion@Raya yang mana we all beraya rumah ke rumah.Sila rujuk entry Raya Ex SKBT 38 
Tahun 2011 perancangan kurang berjaya kerana kekangan masa
dan tahun 2012 decide buat reunion dekat satu rumah. Dan plan last minit beraya ke rumah cikgu-cikgu

Untuk tahun 2012 aku buat perjumpaan/ reunion pada Raya ke-3 
21 ogos 2012 : Selasa : bertempat Rumah mak abah. Takde sapa yg sudi sumbangkan rumah.

Teruskan cerita.
Selaku tuan rumah aku yang sediakan makanan. i masak uols! Tapi aku jugak buat konsep pot luck.Apa itu Potluck? Pot luck tu kiranya sapa-sapa boleh bawak makanan dan makan sama-sama.gitu?



Ini sebahagian gambar makanan yang ada. Akulah photographer.aku lah tuan rumah. Tengah snap picture tetamu datang da terus lupa nak sambung snap gambar makanan.

Menu makanan adalah nasi impit, kuah kacang,rendang daging,laksa (sumbangan fazilah), makaroni (sumbangan maton), muffin choc (sumbangan dayah), kek choclate moist,kek pisang, agar-agar hijau, apam senyum, air oren, dan kuih raya.

Majlis start pukul 10. Tapi janji melayu selepas pukul 10 baru semua sampai.
Antara yang datang awal mereka ini. Syafa, Maton, Ain dan Dayah


Seterusnya yang lelaki-lelaki sampai.
Seterusnya sembang-sembang, makan-makan.Aku memang tak sempat nak sembang2 yer.tuan rumah sibuk ok!


Reunion kali ni dapat jumpa ezani  dan syaiful syafiq yang tak pernah jumpa selepas darjah enam.Lama kan but still tak lost contact.Terima kasih Facebook.

Gambar kenangan yang hadir
Lelaki : Hanan,arip,helmi.nizam,nazif, afiq,bambang,syamil,latif,riduan,syaiful syafiq,leman.
Perempuan: Maton,dayah,fazilah, ain,syafa, ezani,aufa.

Seperti biasa.muka-muka yang sama jugak every year yg join.eh2!




Plan asal hanya berkumpul kat umah aku sahaja tapi tiba2 last minit plan nak beraya ke rumah cikgu-cikgu.After 12 years tak jumpa cikgu-cikgu.
Sebelum itu singgah rumah Mahfuzah. Dia tak dapat join.



Harus ada gambar yer! Rindu2 boleh tengok gambar.Dan nanti boleh cerita tentang persahabatan kite kpd anak cucu.

Next. Rumah nenek ezani. 
Nenek ezani menjemput we all datang rumah.Tak pernah kenal pun sapa sebenarnya neneknya.Ini masanya nak kenal.gitu!
Rumah nenek Ezani kami dihidangkan dengan kuih raya, kiew tiaw goreng dan jugak air apa aku lupa.
Terima kasih nek!



bergambar lagi!sweet tgk gambar ini.setujukah anda


Seterusnya. Rumah bekas guru besar, Cikgu Mistar


Tak pernah jumpa cikgu selepas darjah enam. Cikgu terkejut agaknya tiba-tiba we all datang.
Masuk rumah terus cikgu tanya sorang-sorang nama sapa. Tak pasal-pasal kena interview.
Walaupun dah lama cikgu still ingat kitorang walaupun tak semua. 






Seperti biasa.setiap rumah harus bergambar!Kenangan katanya tu. Bukan boleh diulang balik masa ini. betul tak?


Seterusnya. Rumah Cikgu Ahmad Saleh

Cikgu yang garang dulu. Mengarang Math dan KH.Rasa macam cikgu ni pernah lempang student.Tapi tak ingat sapa. Dan tak tersangka yang nadhir akan menjadi menantu cikgu mat.Ohh.
Excited cikgu keluarkan laptop nak tunjukkan gambar anaknya, Huda kepada kitorang.



Bergambar lagi.Harus dan harus yer!



Dari Sg Besar ke Sabak Bernam.

Next, Rumah Cikgu Noredah
Dulunya guru kelas 6M. 
Sekarang beliau guru kaunseling di STARP Sabak Bernam.





Dan lagi sekali bergambar!

Dan Seterusnya rumah Teacher Apiah.
Seriusly tak pernah tau rumah teacher kat mana.


Masuk rumah dengan keadaan blurr sebab tak nampak teacher pun. Suami teacher plak yang excited menjemput we all. Berbual-bual macam betul rumahnya.Takut salah rumah je. Nizam telah mengesahkan betul rumah teacher berdasarkan gambar yang ada di atas meja.Haha! Lawaknya lah




Bergambar lagi.


Rumah teacher rumah terakhir. Tak sempat nak pergi rumah cikgu lain.Dah petang! satu rumah sejam.
Maklum lah 12 tahun tak jumpe.Lama lah bersembangnya!


Last but not least.Singgah rumah arip.
Tunggu VVIP kite nadhir tak sampai-sampai.Alahai. Nadhir ni bakal menantu cikgu mat saleh.Oh.





Ok.Sampai di sini sahaja! Jumpe lagi next reunion/ perjumpaan.
Terima kasih yang sudi join.

Balik rumah.Eh2 ada tetamu lagi.
Simah, Helwa dan Inaz. Jumpe sekejap je.








Next event: Kenduri kawin sapa-sapa.






1 kesan tapak kaki:

Ezy Chiaki said...

bestnye dpt jmpe geng2 skolah dulu..
huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat