Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Bulan Petunjuk

Ramadhan Bulan Petunjuk....taken from I Luv Islam 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ia menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah s.w.t;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (al-Baqarah:183)
Khususnya dalam konteks kita berpuasa disebutkan sebagai "La'al lakum tattaqun" maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, dihafal dan diingati kalimah ini "La'al lakum tattaqun", tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap "tattaqun" itu bila sampai Ramadhan dan berakhir Ramadhan?
Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu "Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadhan, apabila habis Ramadhan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya."
Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksum. Kita lihat di zaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadhan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadhan, apabila habis Ramadhan dosa dia tidak terampun.

Ramadhan adalah cahaya petunjuk yang sangat istimewa kepada umat Muhammad s.a.w.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
(Surah al-Baqarah 2: Ayat 183) 

0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat