Monday, May 16, 2011

Selamat hari Guru Cikgu!!!~



Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Di Malaysia.
Jutaan terima kasih kepada insan-insan yang bergelar guru yang pernah mendidikku sehingga aku menjadi seseorang hari ni.

TERIMA KASIH CIKGU! 
Khas buat guru-guru yang pernah mendidikku sehingga berjaya. Cikgu sejak di sekolah TADIKA hingga Pra-Universiti. Tak pernah jemu untuk mendidikku.
1993-1994- Tadika Kemas Batu 38
1995-2000 - SK BT 38 & SRA BATU 38
2001-2005- SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38
2006-2007  - SMK Ungku Aziz.




aku jugak bakal seorang guru okey!~
jom baca sajak di bawah nie.


Guru Oh Guru



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG (1979)



0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat