SELANGOR – Ayam Golek Malaysia Sdn Bhd (AGM), sebuah syarikat bumiputera, menyasarkan untuk melatih 2,000 usahawan muda, terutama sekali di bawah TEKUN Nasional bagi menjalankan perniagaan ayam golek, selaras dengan matlamat kerajaan mempertingkatkan pendapatan rakyat bagi mencapai taraf negara maju pada 2020.
Pengarah Urusan AGM, Ahmad Shukri Abdul Ghani berkata, perniagaan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan menjangka penjualan mesin pembakar ayam mencecah 5,000 unit sehingga hujung tahun ini.
AGM mulai beroperasi pada Oktober 2010 dengan modal permulaan RM500,000.
"Mesin pembakar ayam ini telah dicipta oleh anak tempatan dan dikomersialkan bagi memenuhi cita rasa penggemar ayam golek.”
"Proses masakan dijamin bersih kerana ayam-ayam yang dibakar tidak terdedah kepada habuk, asap kenderaan mahu pun air hujan,” katanya pada majlis penandatanganan perjanjian antara TEKUN dan usahawan AGM baru-baru ini. – Bernama
sumber:kosmo online
0 kesan tapak kaki:
Post a Comment