Saturday, March 19, 2011

:: Kereta api Bukit Bendera beroperasi semula April ::

GEORGE TOWN — Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera dijangka beroperasi semula pada pertengahan bulan depan dengan menggunakan koc baru berhawa dingin buatan Switzerland dan menggunakan kuasa elektrik.
Majlis penyerahan perkhidmatan tersebut kepada Perbadanan Bukit Bendera yang terletak di bawah Perbadanan Pulau Pinang (PDC) dilakukan hari ini.
Kerja menaik taraf perkhidmatan kereta api yang berusia 87 tahun yang selama ini digerakkan dengan kabel dilakukan awal tahun lalu oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM73 juta.
Selepas menaik taraf, ia kini boleh membawa sehingga 50 penumpang serta mengambil masa 10 minit untuk perjalanan sehala.
"Projek menaik taraf kereta api Bukit Bendera merupakan usaha dan sumbangan kerajaan persekutuan kepada penduduk Pulau Pinang,” kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen kepada pemberita selepas majlis penyerahan tersebut. — Bernama

p/s: dah berzaman aku xpergi bukit bendera. last aku pergi tahun 2003 kot. mase tu rombongan F3 sekolah aku ke p.pinang







1 kesan tapak kaki:

Cik Ila said...

tak pernah pergi pn lagi..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat