Wednesday, March 9, 2011

i-City beli ‘salji’ Korea



PEMAJU hartanah, i-City akan memperkenalkan pengalaman ‘salji turun’ di Malaysia yang pertama di Asia Tenggara apabila memperoleh hak ke atas mesin salji buatan Korea untuk pusat artik seluas 50,000 kaki persegi di Shah Alam, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Eu Hong Chew berkata, mesin salji itu dibangunkan khas untuk i-City berikutan permintaan syarikat itu bagi menghasilkan salji dalam iklim tropika.

Tanpa menyebut kos mesin itu, beliau berkata, fasa pertama membabitkan pemasangan mesin 16 dram di siling pintu masuk utama Snowalk.

“Mesin itu berupaya menghasilkan enam tan atau kira-kira 400 kilogram salji lembut sehari,” katanya selepas menandatangani pakatan strategik dengan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Snow Ice Maker BarsKorea, Lee Ki Choon di Incheon, Korea. - Bernama


sumber : metro 

1 kesan tapak kaki:

GadisGula-gula said...

tertanya tanya.. beberapa tahun akan datang, masihkah i city akan terkenal lagi? rasa2 dapat tebus tak harga mesin tu dngan bilangan pengunjung yg dtg? hurm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat