Saturday, January 1, 2011

:: Sesi pengajian bermula September bukan Julai ::

start tahun ini sesi pengajian di University bermula bulan September! Bukan Julai lagi~
Macam tue lepas je exam SPM & STPM lame la cuti kan! Meriah~kalu keje banyak duit boleh kumpul nie!
Apa tujuan sebenar sesi pengajian bermula ini diubah? ha sebab nak selaraskan dengan pengambilan pelajar IPT antarabangsa! Kiranya nak sama kan antara pengambilan antarabangsa dengan Malaysia lah.


OK! Boleh baca artikal bawah ni! Aku copy & paste dari Berita Harian Online~


TEMERLOH: Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke 
September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa. 



Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini "kehilangan" pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan. 

"Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan. 

"Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura," katanya. 
Saifuddin sebelum itu menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan pemberita sambilan Bernama, Harun Mohamed iaitu Norhazwani Nadiah dan pasangannya Mohd Harzamie Rahimi. - BERNAMA 





sumber: berita harian



2 kesan tapak kaki:

siti fatimah said...

tapi bulan 9 macam lambat sangat la..kan ?

siti fatimah said...

tapi bulan 9 macam lambat sangat la..kan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat