Wednesday, October 13, 2010

l-l Pathmanabhan, tiga lagi didakwa bunuh Sosilawati l-l


BANTING - Peguam N. Patmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Tiada pengakuan diambil daripada keempat-empat tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.


sumber: kosmo

0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat