Tuesday, January 3, 2012

7000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ditemuduga~

Alhamdulilah..
7000 graduan ISMP ditemuduga.


Lulusan ijazah perguruan ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan nasib kira-kira 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) termasuk 5,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang belum ditempatkan akan ditemuduga bulan ini, sebelum mereka yang layak ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac depan.

Bagaimanapun, penempatan lepasan ISMP yang belum menjalani proses temu duga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) tertakluk kepada kekosongan, opsyen dipilih dan cukup syarat kelayakan.
Difahamkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas peringkat Kementerian Pelajaran minggu lalu selepas kerajaan menyelesaikan isu membabitkan lebih 13,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dengan 60 peratus darinya bakal diserapkan ke jawatan guru tetap selepas ditawarkan mengikuti kursus perguruan, juga mulai bulan ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ketika mengesahkan penempatan graduan ISMP, meminta lepasan guru itu bersabar kerana proses berkaitan sedang berjalan.

“Kita minta yang belum dapat penempatan kerja supaya bersabar kerana SPP sudah mendapat senarai semua IPTA untuk dipanggil temu duga. Apapun pelantikan itu akan dibuat berasaskan kepada kekosongan (di sekolah seluruh negara), opsyen dan cukup syarat kelayakan,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kedudukan 7,000 lepasan ISMP yang belum ditawarkan tempat menyebabkan ada di kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan sesuai.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memberi jaminan untuk menyerap 7,079 GSTT ke jawatan tetap di seluruh negara selepas menawarkan pihak terbabit peluang mengikuti kursus dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPTA terpilih, dengan sebilangan daripada mereka ditawarkan menjadi guru kontrak yang dibayar gaji mengikut hari, bermula tahun ini.
Jumaat lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata kira-kira 3,000 graduan termasuk lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dan lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sudah ditemuduga bermula November lalu, dijangka ditempatkan di sekolah terpilih bermula bulan ini.

Sementara itu, Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Abdul Rahman Usman menyambut baik jaminan kerajaan dan berharap masalah itu diselesaikan dengan segera kerana ada di kalangan lepasan ISMP yang menganggur sejak empat tahun lalu.

Katanya, kebanyakan majikan tidak berani mengambil graduan ISMP sebagai pekerja kerana khuatir mereka akan meninggalkan syarikat selepas menerima tawaran mengajar.



sumber: beritaharian online 3/1/2012



Sunday, January 1, 2012

1.1.2012


1.1.2012
Selamat tahun baru semua.
Semoga tahun 2012 lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Cuba mencapai apa yang tidak tercapai!

Apa azam tahun 2012?
Esok2 baru update. Sebab mood nak menulis takde. Sibuk melayan anak buah balik kampung nie


p/s: aku tak sambut pun new year! TAK PERNAH SAMBUT OK!
duduk rumah bersama keluarga aje.




Saturday, December 31, 2011

hari terakhir tahun 2011



Alhamdulilah. syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke saat ini aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan mengecapi kehidupan di dunia.

Hari ini hari terakhir tahun 2011. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Esok dah tahun  2012. Umur pun makin meningkat.oh NO!

Sepanjang tahun 2011 banyak memori tercipta. Sedih dan gembira! Macam-macam perkara!
Azam-azam yang dicipta tahun 2011 ada yang belum dapat tercapai. Jadi di bawa ke tahun 2012. Lain kali jangan buat azam banyak-banyak OK! Susah nak capai nanti tahu tak?


Apa azam tahun 2012 ek? Jom share-share!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat