Thursday, April 30, 2015

Teacher's life : photoshoot kelas tahun 2015


Photoshoot..photoshoot..
Selalu diri ini merakam gambar. kali ini diri ini kena rakam.
Lain benar rasa ok!
Dengan anak2 aku yang super duper nakal + tak dengar cakap.

This year still jadi guru mentor @ guru kelas. walaupun dah dibebani banyak tugas2 berat.
Tak pelah. Experience jiha.
Jalankan saja tanggungjawab yang diberi. 
Insan terpilih lah tu. Bukan semua org terpilih. Betul tak?

Konsep gambar kelas tahun ini. Outdoor dan bebas, Jd guru mentor boleh request nak buat apa dan di mana.
Selalunya banyak idea tapi bila kena kelas sendiri jadi xde idea. Haha.

Ini lah gambar kelas tahun ini.
anak sy 21 orang. Tapi 2 org tak datang.
13 lelaki, 8 perempuan.
Semua ada perangai tersendiri.
 yang suka bercakap.yang suka berjalan, yang suka buat lawak.yang suka termenung. yang suka tak datang sekolah.
Mereka selalu buat sy marah. dan  kena bebel.
tapi dalam hati syg mereka semua ok.








this picture request by farizal. ketua kelas 2 Fikrah
farizal kata " cikgu... sy nak baring"



T,kasih miss kembu selaku jurugambar!


Saturday, April 18, 2015

Teacher'slife : Kejohanan Sofbol MSSB Betong 2015



teacher's life. inilah life ku sekarang.
Blog yang dulu nya update pasal diri. Lepas tu banyak update makanan. lepas tu review makanan best.
and and now! Pasal kerjaya ak sebagai seorang guru. apa yang berlaku n so on.


Kali ini Kejohanan Sofbol MSSB Betong 2015
Jawatan sebagai Penolong S/U Kokurikulum dan ak ngajar PJK menyebabkan ak terjebak dengan segala aktiviti sukan ini,
Kali ini sebagai Urusetia kejohanan.
OK! got new experience!
Even penat. even kena komplen dengan sesetengah pihak. Tapi xpe dapat pengalaman join Kejohanan sukan lain.



Tahniah kepada BM BLASTERS menjuarai kejohanan kali ini,
BM BLASTERS mewakili SMK BM SARATOK.
Tahniah juga kepada pasukan lain yang menyertai,






Sunday, April 12, 2015

Teacher'slife : Hurdle Team MSSB Betong 2015




Sebulan dah berlalu Kejohanan Olahraga MSSB Betong.
can i say... aku rindu masa training!
2 bulan everyday turun latihan dengan para atlet.
great moment sebenarnya! when aku dapat transfer aku ada kenangan manis.
Sejujurnya..ak zero pasal sukan.
2014 tiba-tiba nama naik jadi jurulatih. Same this year.
Cabar diri sendiri dengan try do my best!
Google pasal hurdle. Carik dalam FB siapa coach hurdle. Belajar dari Youtube.
Semua yang berlaku ada hikmahnya.





This is team HURDLE SMK BM SARATOK tahun 2015.
Alhamdulilah. Tahun ini HURDLE dapat sumbang pingat dan mata.
2 EMAS dan 2 PERAK.









Jutaan terima kasih kepada Mr Johny & Mr Najib banyak membantu. bersama-sama train budak.
dan jugak coach lain..Miss Kembu.
Terasa apa yang terpaksa dikorbankan berbaloi. 

Terima kasih jugak untuk anak2 hurdle cikgu yang berusaha sehingga titisan terakhir,
Bila kita berusaha..kita akan dapat. 
Betul kan.


Lagi sekali terima kasih semua...




Tuesday, April 7, 2015

foodlover!





yeahhh.
dapat kawan baru yang foodlover.
kaki makan!



Monday, April 6, 2015

Teacher'slife : MTQ 2015


Namanya Cikgu. 
Jadi semua kena tau buat. Dan apa sahaja tugas yang diberi kena jalankan dengan ikhlas.
Kali ini aku tidak dilibatkan dalam MTQ.
Tetapi sengaja nak ikut Cikgu Fazaliza.
saja nak tengok MTQ kat Sarawak macam mana. 
Well, aku memang suka carik pengalaman baru.
Menarik sebenarnya! Serius!
dapat belajar sesuatu yang baru.

MTQ kali ni di SMK PUSA.
Seawal-awal pagi bergerak ke SMK PUSA. Cikgu saja awal. tapi bergerak ke SMK PUSA agak lewat gara-gara menunggu student dan cikgu lain.

And here we are.
Eh kitorang yang 1st sampai dan daftar!

Penyayi nasyid kita bersiap!


Cikgu jugak nak kena pakaikan sampin.
hai la anak2.






















Rezeki SMK BM tahun ni tiada untuk nasyid.
hanya berjaya membawa pulang.
1) Johan Tilawah Al Quran
2) Johan Syarahan
3) Naib johan Hafazan


Alhamdulilah.
Cuba lagi tahun depan.


Wednesday, April 1, 2015

Teacher's life : friendship



Lama dan lama tak menulis di sini.
tak merepek di sini.
tak sempat lah.gaya macam bz benor!!


FRIENDSHIP!!
Inilah kawan2 Sarawak saya.
ada orang kata " kenapa ko boleh rapat dengan orang2 Sarawak ni"
eh! do i care. Suka hatilah. Nak berkawan kena kenegerian sangat ke. 
My friend merata di Malaysia. Berkawan biar beribu. Betul tak?
Dah kalau aku ni Selangor kene kawan dengan orang Selangor sajakah?
Dah kalau ada masalah duduk sini sapa nak tolong.



meh2 kita kenalkan.semua masih single ok!
dari kiri : Fazaliza,Fazalina,tuan blog, Kembu.
btw fazaliza n fazalina tu adik beradik.. Best kan satu sekolah.




kami ada minat yang sama,
Camera & gambar!
Dan mungkin kerana itu aku boleh masuk dengan mereka.








satu benda nak kata. mereka bertiga ni ada "something " yang rasanya aku tak jumpa dekat kawan sekolah yang lain.
gembira berkenalan dengan awak semua!




syera dah kawin.


yeaaa....syera dah kawin! 
Dah jadi Puan Syera and kami bertiga masih "cik" ok.
tahniah syera dan suami

Dari Sarawak terus ke JB untuk Majlis Perkahwinan Syera.
Seriusly flight KUC-JB murah.

Syera and her husband have great and interesting story.
serius..serius! Jodoh itu rahsia Allah. Sampai lah waktu nya akan dtg jodoh kita.
Bercinta lah 10 tahun pun...kalau bukan jodoh kita.Kena redha.Ingat Allah ada perancangan terbaik untuk kita.

Jadi please stop asking " Bila nak kawin..bila nak kawin "
OK?

ini gambar masa majlis pernikahan dan resepsi 
Dapatlah tengok majlis kawin org johor.















till we meet again. nnt rindu2 lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat