Wednesday, March 16, 2011

:: terbaiklah azizulhasni & nicol ::

AZIZULHASNI (kanan) dan Nicol menerima anugerah sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010.


JAGUH berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus menyaksi- kan Azizulhasni dan Nicol mempertahankan gelaran yang turut dimenangi mereka sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009.
Kedua-dua anugerah tertinggi itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Azizulhasni menewaskan pencabar terdekatnya yang juga jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta lima calon lain yang turut berada dalam senarai akhir iaitu Sazali Samad (bina badan), Alex Liew (boling), S. Kumar (hoki), R. Puvaneswaran (karate) dan Mohd. Azlan Iskandar (skuasy).
Anak jati kelahiran Dungun, Terengganu itu yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman membuktikan betapa dia layak merangkul gelaran Olahragawan Kebangsaan 2010 berdasarkan pencapaian yang dilakarnya sepanjang tahun lalu.
Antara pencapaian terbaik yang dilakar pelumba berusia 23 tahun itu ialah memenangi pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Siri Piala Dunia Klasik bagi pusingan pertama, kedua dan keempat.
Azizulhasni turut tampil dengan prestasi cukup konsisten apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Jepun.
Selain itu, Azizulhasni juga antara penyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dalam acara
keirin.
Dia turut meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India.
Nicol pula melakar sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali kelapan dengan menewaskan lima calon lain iaitu Pandalela Rinong (terjun), Elaine Khoon (gimrama), Lim Lee Lee (karate), Chai Fong Ying (wusyu) dan Nur Sur- yani Taibi (menembak).
TUANKU MIZAN (depan, tiga dari kanan) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Sukan Negara di Kuala Lumpur malam tadi.


Prestasi Nicol, 28, untuk berada di puncak dunia sepanjang tempoh 55 bulan ternyata suatu pencapaian yang membanggakan.
Antara kejuaraan yang berjaya dirangkul Nicol sepanjang 2010 ialah Terbuka Chennai, Terbuka Malaysia CIMB, Terbuka Kepulauan Cayman, Terbuka Singapura CIMB, Terbuka Cathay Pacific Sun Hung Kai, Qatar Klasik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Sebelum ini, Nicol pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada 1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.
Selaku penerima anugerah berprestij itu, Azizulhasni dan Nicol masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

sumber : kosmo

Tuesday, March 15, 2011

:: reject ::


tempat praktikum di reject! Kena carik tempat lain.Dalam zon yang diberikan oleh Unit Latihan Mengajar.
satu lagi ujian daripada ALLAH.
Pilihan pertama-Hutan Melintang
Pilihan Kedua - kamunting,Perak
Kedua-dua tak diterima atas alasan diluar zon yang diberikan oleh ULM. Pada awalnya penyelia latihan mengajar kate Ok. Tapi tadi dapat berita kena carik sekolah lain.
Ingatkan dah settle pasal sekolah nak praktikum bulan 5 nanti. Rupanya tidak. Masih bermasalah.
Ya Allah. Permudahkan lah urusanku esok untuk telefon sekolah.
Usaha perlu diteruskan. Anggap setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin aku sedang diuji! Aku perlu kuat. Putus asa bukan jalan penyelesaian kan. teruskan lagi usaha. Sebab Usaha itu tangga kejayaan.



Sunday, March 13, 2011

:: Rumah diusung ala 1Malaysia ::

KANGAR – Tradisi mengusung rumah yang diamalkan masyarakat Melayu satu ketika dulu diberi nafas baru oleh seorang wanita warga emas di sini, yang mengajak masyarakat pelbagai kaum membantunya memindahkan rumah pusaka.
Disertai hampir 200 orang termasuk dari kaum Cina dan India, rumah pusaka milik Paridah Bi Mat Kassim itu diusung ”ala 1Malaysia” sejauh tiga meter dari tapak asal dalam satu gotong-royong di Kampung Sena hari ini.
Penjual kuih berusia 59 tahun itu berkata amalan ”usung rumah” tersebut sudah lama dilupakan dan gotong-royong hari ini bertujuan mengingatkan kembali masyarakat akan tradisi yang menjadi simbol kerjasama orang Melayu berkenaan.
"Terima kasih semua. Tanpa penyertaan ramai rumah saya mungkin masih berada di tapak asal,” katanya ketika ditemui selepas program itu.
Paridah berkata rumah itu dipindahkan daripada tapak asal bagi membolehkan beliau sekeluarga memiliki halaman yang lebih luas.
Usaha mengusung rumah berusia kira-kira 50 tahun itu turut disertai Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, selain dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan beberapa buah pertubuhan.
Amalan mengusung rumah ini lazimnya membabitkan rumah papan dan menggunakan pengusung daripada batang buluh yang diikat pada bahagian bawah rumah sebelum diangkat dan diusung beramai-beramai. - Bernama
sumber : Kosmo 13/3/2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat