Saturday, December 11, 2010

:: energy saving mode ::


yehaa!!
berjaya!!!
blog saya sudah ade energy saving mode

::PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH? ::


Segmen PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH?.di taja oleh Ben Ashaari 



  1. Header Blog Ben Ashaari 
    udah letak! nampak tak kat atas tue~ sape tak nampak dia pendekk umur!~lalalala...

  2. Tajuk : PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? 
    Udah di tulis kat atas! seperti kamu-kamu lihat~ same kan.Macam ben ashaari cakap~

  3. Sila ceritakan dari mana  boleh dapat nama blog tu
    Silent thinker nama blog saya! aku pun sudah lupe dapat dari mana.Jumpa tepi tasik masa bersiar-siar kot.Auta aje itu~ aku berfikir berjam-jam masa nak letak nama. Apa aku nak letak nama ek? aku pun berfikir dalam diam! i got it! " Silent thinker"

  4. Apakah maksud disebalik nama blog kamu
    ade udang disebalik batu~...silent thinker tu maksudnya seorang pemikir yang senyap! owner blog ini memang seorang pendiam yer~[ poyos kau jiha! pendiam ke ko?]

  5. Siapa orang kuat blog kamu.
    ofkosss la diri saya sendiri, orang yang banyak bagi motivasi kat saya[ siapakah..rahsia!!] kawan-kawan yang memberi sokongan, para pembaca & pengomen blog! ..tanpa mereka siapalah saya..Ececeh kau~~

  6. Angan angan terhadap blog kamu.
    angan-angan ek..hmm..kalu boleh nak salah satu blog yang menjadi tumpuan pembaca! tiap masa ade readers. 10000 visitor sehari??haishh macam besar sangat angka tu aku tengok! Eh tak salah kan.kata angan-angan kan.betul tak???!!!lHaa...agi satu nak menang award siap naik pentas dapat trofi!!~

  7. Kalau nak tukar nama blog ,  nak tukar nama apa.
    tukar?? tak akan pernah ku tukar! sebab ape nak tukar??

  8. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog tu kat mana ?
    Nak iklan kat semua tempat yang boleh! tamaknye kau~ aku nak iklan kat majalah-majalah.macam PC ke.

  9. Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari 
    Alaa...satu je ke? tak boleh lebih ea? yang memang wajib singgah ofkoss blog Abg Ben Ashaari 
  10. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA blog buat saya tersenyum,gembira dan saya puas dengannya!~~

Yovie and Nuno-Dia Milikku Cover

:: Sekolah Amanah ::


Projek perintis pertingkat akademik hasil perkongsian awam-swasta

PUTRAJAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kementerian Pelajaran semalam melancarkan inisiatif bersama dikenali Sekolah Amanah bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik sekolah menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebanyak 10 sekolah, masing-masing lima di Johor dan Sarawak dipilih menyertai projek perintis itu di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu, SMK Gelang Patah, SK Kampong Layau, SM Sains Kuching, SMK Bandar Kuching 2, SK Tabuan, SK Empila dan SK Combine.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua sekolah terbabit terdiri daripada sekolah berprestasi lemah, sederhana dan baik serta merentasi pelbagai latar belakang sosio ekonomi.

"Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit kerana natijah akhir program ini untuk memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan prestasi masing-masing dengan bantuan khususnya kewangan daripada Khazanah.

"Oleh itu, satu unit Sekolah Amanah sudah diwujudkan di kementerian bagi mengawal, menyelia dan memastikan objektif program dicapai selain penubuhan Yayasan AMIR di bawah Khazanah bagi mengendalikan projek perintis ini dalam tempoh lima tahun," katanya. 
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas melancarkan program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR, di sini semalam. Hadir sama Pengerusi Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Arshad Tun Uda; Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata, menerusi program berkenaan, Khazanah akan memberi bantuan nasihat, kepakaran dan kewangan dalam usaha menaikkan lagi prestasi sekolah terbabit dan setakat ini beberapa syarikat korporat serta swasta lain menyatakan minat menyertai program terbabit.

Sementara itu, Azman berkata, Khazanah memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan program Sekolah Amanah itu selaras komitmennya menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan. 

Beliau berkata, Johor dan Sarawak menjadi pilihan projek perintis kerana Khazanah banyak menjalankan projek pembangunan di selatan Semenanjung, manakala Sarawak pula kerana pihaknya mahu pembangunan seimbang antara Semenanjung dan Malaysia Timur kerana program itu akan turut dikembangkan ke Sabah.


INFO: Sekolah Amanah



  • Mengamalkan konsep perkongsian antara awam dan swasta seperti yang diamalkan di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, England dan Sweden.



  • Sekolah awam akan diurus bersama oleh rakan kongsi swasta yang berkelayakan dan pengetua daripada perkhidmatan awam di bawah naungan Kementerian Pelajaran.



  • Menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada sektor awam dan swasta bagi menyediakan pengalaman pendidikan yang lebih baik untuk pelajar supaya dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya.



  • Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah SMART dan Sekolah Wawasan kerana ia menggunakan model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan perkongsian awam-swasta.



  • Terus mengekalkan status awam tetapi lebih bebas untuk bekerjasama dengan rakan kongsi swasta berkelayakan (menerusi yayasan bukan berasaskan keuntungan) yang mempunyai kepakaran, sumber, dana dan kualiti kepimpinan bagi menawarkan perkhidmatan nilai tambah yang bersesuaian.



  • Rakan kongsi swasta boleh tergolong daripada institusi pendidikan tinggi, kumpulan alumni dan juga syarikat swasta.



  • Diberi kelonggaran bagi membuat keputusan mengenai penyampaian kurikulum, pembangunan profesional berterusan, kewangan dan pemerolehan serta pengurusan sumber manusia bagi mempertingkatkan inovasi dan memenuhi keperluan komuniti setiap sekolah.



  • Menetapkan beberapa sasaran indeks prestasi utama (KPI) yang berkaitan dengan peningkatan hasil pelajar dalam rangka masa lima tahun merangkumi aspek akademik dan bukan akademik seperti keputusan peperiksaan, kemajuan pelajar dan sekolah, perkembangan watak (kepimpinan dan kreativiti) dan kepuasan pihak yang berkepentingan iaitu pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar. 


  • Sumber: BERITA HARIAN


    :: bakal guna enjin mesra alam ::

    REVIEW UTUSAN MALAYSIA 11/12/2010






    LONDON, 11 Dis. - Formula Satu (F1) akan berubah kepada perlumbaan lebih mesra alam dengan penggunaan enjin 1.6 liter bermula 2013, kata badan pentadbiran sukan tersebut yang mengumumkan langkah terbabit semalam sebagai sebahagian pengubahsuaian besar dari segi teknikal dan peraturan.


    Jentera terkini menguna-pakai enjin V8 2.4 liter yang sebelum itu menggunakan enjin V10s dan V12s.


    Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Sukan Motor Dunia di Monaco, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) menjelaskan, enjin spefikasi baru itu mungkin menggariskan satu ‘komitmen untuk meningkatkan pengekalan dan memberi keperluan kepada industri automotif.


    “Berdasarkan dialog dengan pengeluar enjin dan pakar dalam bidang ini, kuasa akan berubah kepada empat silinder, 1.6 liter dengan suntikan gasolin tekanan tinggi sehingga 500 bar dengan maksimum 12,000 rpm.”


    FIA juga berkata, enjin baru akan memberi pengurangan 35 peratus penggunaan minyak dan juga memberi pengurusan tenaga yang besar serta sistem pemulihan tenaga. Enjin sekarang adalah terbatas sehingga 18,000 rpm.


    Pada masa yang sama, mereka akan mengekalkan tahap prestasi yang sama.


    Seriap pemandu akan dibenarkan menggunakan lima enjin pada 2013 namun peruntukan itu akan dikurangkan kepada empat enjin bermula 2014. tahun dengan 19 perlumbaan, mereka dibenarkan menggunakan maksimum lapan enjin dengan satu penalti tempat ke-10 pada permulaan grid jika melakukan penambahan setiap unit. - Reuters





    :: kau kena pakai spek jugak!! ::

     adik!!
    kau kena pakai spek jugak!!!
    haha! tahniah weh aku ucapkan..hishh..ape punya kakak la aku ni kan.

    cerita bermula 9 disember. Nak dijadikan cerita aku pegi kedai cermin mata.Betulkan spek aku yang mengada-ngada longgar sikit tue.Dengan bangga aku ajak adik!.Hah.adik aku On aje.Ko tak nak ikut pun aku pakse jugak lah!.Jahatnye aku. Adik aku dengan tanpa segan silu nak check mata dia! sekali check..Amik kau.Rabun jugak! Hah..dah kena pakai spek jugak!


    p/s: aku blom sempat nak snap picture dia pakai Spek! nanti aku update balik Ok!








    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

     

    Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
    Design with love by CikBulat