Wednesday, May 11, 2011

Jerebu!

KUALA LUMPUR 11 Mei – Sebanyak 31 bandar di negara ini mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatatkan antara 51 hingga 100 sehingga, pukul 11 pagi tadi.

Kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, kawasan yang paling teruk ialah Pelabuhan Klang dengan IPU 97, diikuti Nilai (89), Bukit Rambai (87), Muar (84) dan Banting mencatatkan IPU 82.

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan IPU tertinggi ialah Bintulu iaitu 72, Tawau (52) Sandakan dan Keningau masing-masing mencatatkan 51.

“Kualiti udara di Putrajaya juga memasuki tahap sederhana pada pukul 7 pagi tadi iaitu 70, diikuti Kuala Lumpur dan Cheras sebanyak 69,” kata kenyataan itu.

Sebanyak 19 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap yang baik iaitu antara kosong hingga 50. - Utusan


diambil dari Utusan Online


PM Terima hakikat Islam agama rasmi negara

PUTRAJAYA 11 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pihak harus menerima hakikat tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.

"Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain,” kata Najib kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan 22 orang pemimpin dan cendekiawan Islam di sini hari ini.

"Dalam apa jua keadaan, Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda dan oleh itu, semua pihak tidaklah seharusnya merasa bimbang, gundah gelana, ataupun gelisah di dalam hal ini,” katanya.

Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir adalah Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Najib berkata, dalam pertemuan selama sejam dengan pemimpin dan cendekiawan Islam itu, beberapa isu semasa turut dibincangkan termasuk isu “menukar” agama lain sebagai agama rasmi negara yang dilaporkan sebelum ini. – Bernama


diambil dari Utusan Online


10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati





Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat