Pertama kali selepas berapa tahun..menjejakkan kaki ke Melaka.
Tujuan asal mencari Klebang Original Coconut Shake. Well..i kan pengemar coconut shake.
Selepas berjalan- jalan sekitar Bandar Hilir. Kami ke Pantai Klebang.
Rasanya aku macam tak pernah pergi. Memang tak pernah pun.
On the Way masuk ke jalan pantai Klebang nampak banyak giler bas! Rasa rare pulak! Banyknya bas. Apa ramai-ramai orang buat kat pantai ni. Tengok bas banyak tapi orangnya takdelah ramai sangat.
Bila sampai...oh! rupa-rupanya itu BUSTEL.
BUSTEL..Apa itu bustel?
BUSTEL adalah gabungan perkataan Bus + Hotel. Maksudnya hotel di dalam bas. Ayat mudah fahamnya tidur dalam bas.
Ok ini BUSTEL pertama di Malaysia.
Masa tengok tu rasa impress!Wow!Kreatif la. Daripada bas tu tidak digunakan..dapat idea dijadikan tempat penginapan. The best part ownernya Melayu. Dan salah seorang staff membawa kami melawat keadaan dalam bustel.
ini antara gambar yang sempat di snap menggunakan hp...DSLR kt klinik masa ni.
Bustel Klebang mempunyai 32 bilik dan 1 cafe.
ini gambar dalam bustel.
Ada 2 jenis bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan aircond, bilik air dan juga Tv.
Bilik 1 ( katil quenn size)
Bilik 2 ( katil single)
Ini pula bustel cafe. Anda boleh makan dalam bas.
suasana malam di Bustel Cafe
Selain itu ada banyak lagi bus dijadikan sebagai kedai.Ada yang menjual makanan
next trip ke Melaka nak tidur di Bustel.
Kadar penginapan di sini berpatutan. Harga antara RM80-RM150.
Maklumat lanjut boleh berhubung terus kepada pengurusun Bustel Klebang.
Jom LIKE Facebook Bustel Klebang Melaka
dan harus ada gambar tuan tanah..=)
till we meet again di lokasi yang lain.
# kredit gambar FB Bustel Klebang