Tuesday, May 3, 2011

Terima Kasih Abah!


Terima Kasih Abah!
Wehuu..Akhirnya dapat jugak makan Satay Kajang Hj Samuri. Lama sudah tak makan! 
Ahad lepas pergi melawat adik tercinta dekat hostel. Bawak adik kuar carik barang, shoping2. and lastly masa untuk Makan.
Tempat yang di tuju Satay Kajang Hj Samuri. Sejak dari rumah lagi aku cakap dengan abah nak g situ. Abah bawak.abah belanje makan.
Terima Kasih Abah! Nanti orang dah keje orang belanje abah pulak!


p/s: terima kasih jugak abah! Tadi dah shoping barang untuk praktikum!



Pelajar IPTA, penjawat awam ditahan kerana mencuri


KANGAR — Tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk dua pelajar perempuan serta seorang penjawat awam ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian di kolej kediaman IPTA yang terletak di Arau itu.
Kedua-dua pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan 12.10 tengah hari pada Ahad lalu ketika mereka selesai menduduki peperiksaan akhir semester di IPTA itu manakala pelajar lelaki berusia 21 tahun dan seorang penjawat awam berusia 27 tahun ditahan 2.30 petang semalam di kediaman masing-masing di Alor Setar, Kedah.
Ketua Polis Daerah Arau, Supt. Mohd. Nadzri Hussain berkata, mereka disyaki melakukan perbuatan itu sejak Oktober tahun lalu dan ketiga-tiga pelajar berkenaan adalah penuntut tahun kedua dan kesemua mereka berasal dari Alor Setar, Kedah.
Mohd. Nadzri berkata, polis menjalankan risikan sebaik menerima laporan daripada seorang pelajar IPTA itu pada 16 Oktober tahun lalu yang mendakwa barangnya hilang.
Hasil soal siasat, pihak polis menemui semula barang curi iaitu sebuah kamera digital manakala komputer riba yang turut dilaporkan hilang dipercayai telah dilupuskan kepada pihak kedua.
"Polis masih giat mengesan pihak kedua yang terbabit dalam kes itu bagi membantu siasatan dan pihak polis percaya dengan penangkapan kesemua suspek itu berjaya menyelesaikan tiga kes yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. — Bernama


:: Donut Iqa Beary ::




Donut oh donut
gambar kat atas tu adalah donut Iqa Beary. Dia yang bagi nama eh.
Nie la keje kitorang hari-hari terakhir di rumah 18-1-A. Last-last day before berakhir semester 6. hari-hari terakhir duduk bersama, semester 8 nanti Syera dan Ecah pindah rumah lain atas alasan-alasan tertentu. Sedih tau! dah tak dapat duduk sama lagi. gelak sama-sama, makan sama-sama, masak sama-sama. Will miss moment itu.

Ok berbalik kepada cerita donut di atas itu. Nampak tak cantik Tapi sedap Ok. Donut Kosong. takde gula. Sebabnya barang-barang rumah banyak dah habis. al maklumlah dah hujung-hujung Sem kan. Iqa beary teringin sangat nak makan. So buat lah. Dengan semangat dia menguli tau!
Ada macam2 version donut. Donut filling buah pisang ala-ala Dunkin Donut tuh, filling blueberry pun ada.
Sedap woo..buat donut bannyak sangat sampai 2 hari boleh makan punya. Maklumlah nak habiskan stok-stok makanan dalam rumah sebelum bercuti.





5 hari lagi


5 Hari lagi aku akan mulakan latihan mengajar. Berdebar rasanya. 
Kini mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar.

Hari ini kawan aku yang terlibat dengan SUKSIS dan PALAPES di Universiti sudah memulakan latihan mengajar . Mereka start awal kerana akan bercuti selama 2 minggu untuk ke Majlis Pentauliahan.
Shah baru baru bercerita dia dapat subjek Perdagangan dan Pengajian Perdagangan. 
Alhamdulilah la. Sebab tak payah nak susah-susah nak fikir subjek yang luar dari Major dan Minor yang di ambil. Sesi latihan mengajar senior aku, sesi Febuari-Mei, ramai yang dapat subjek yang luar daripada bidang. Macam Kak Aini langsung tak dapat mengajar subjek Perdagangan. Kak Aini dapat Kemahiran Hidup. Cabaran besar tu ngajar KH yang ade sekali enjin, paip dan elektrik. 
Hopefully nanti dapat subjek Major dan Minor lah. Tapi semua tu pengetua sekolah yang tentukan. Terima ajelah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat