Friday, May 18, 2012

#10 Nasihat Penyejuk Hati.

10 nasihat PENYEJUK HATI


Sahabat yang dirahmati Allah,
Jadikanlah 10 nasihat dibawah ini sebagai penyejuk hati semoga kita menjadi seorang mukmin yang sentiasa reda dengan Qadhok dan Qadar Allah subahanu wata’ala

1-Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya.
    Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat.
    Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan.

2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka.
Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.

3-Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa. Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempanan daripada Allah SWT untuk anda.
Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.

4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT, Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.

5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada menusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.

6- Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala ketinggian, tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah tamar yang manis kepada anda.

7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu,?
Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan kecewa ?

8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.

9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti anda.

10- Mandi dari segala kekotoran,berwuduk, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah.




# Selamat beramal.


ABC



A to the B to the C. Maka jadi ABC
Air batu campur @ Ais kacang

#Panas kat luar tu.Terus terasa nak makan ABC!

aku suka makan ABC. Bila makan ABC mesti snap picture ABC tue. 
Motifnya? aku ingat kat mana makan dan boleh dishare dengan penggemar2 ABC.
 Meh tengok ABC yang  sedap ni


:: ada ice cream + tembikai + biskut yg macam rokok ::
 Lokasi : Dekat Taman Tasik Taiping
Harga : RM 2.50



 :: banyak isi & susu ::
Lokasi : Datarn Tonggak Sepuluh, Sg Besar
Harga : RM2.50



 :: ABC ni ada macam-macam rasa + banyak cincau ::
Lokasi : Kamunting ( atas lori,dekat-dekat dengan Petronas)
Harga : RM 1.50


:: banyak isinya :
Lokasi : Kamunting ( warung tepi jalan masuk KG Expo )
Harga : RM 2.00


lain dari lain
Lokasi : Chicken Hut Sunway City Mall (dulu The Mall)
Harga : tak ingat



Banyak lagi gambar & lokasi ABC tapi  tak boleh nak Share sebab external aku rosak dan tak boleh bukak.





My Convovation Day



# Cerita hari konvokesyen lagi.

Walaupun dah semingg berlalu aku masih nak update.

Batch aku, intake Julai 2008 memang sangat-sangat beruntung. Sebab kami lah yang mula-mula melalui Istiadat Konvokesyen di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Sesuai dengan batch Julai 2008 yang asyik di "eksperimen" je untuk merasmikan guna Dewan Besar ni. Boleh macam tu.
Tak dapat belajar di Kampus ini sebab baru siap.Jadi konvo di sini pun jadilah.
Sesuai dengan nama Dewan Besar memang besar sungguh.Nak tau besar mana sila la melawat sendiri.





Istiadat konvokesyen aku sesi 3. 8 Mei 2012 sesi petang.
Bertempat di Dewan Besar.
Gambar di bawah adalah BAR CODE yang diberikan kepada setiap graduan yang menerima pengijazahan.
Di situ tertera nama graduan,no matrik, kursus yang diambil, dewan dan no kerusi.
Bar Code tersebut TIDAK BOLEH DILIPAT/DI CONTENG dan sebagainya. Harus dipegang dan beri kepada petugas semasa nak naik pentas. Kalau sistem tak dapat baca bar code nama kau tak disebut.



Apa fungsi Bar Code itu yer? 
Bar Code tersebut akan di Scan semasa graduan naik pentas. Maka akan tertera sebutan dan nama graduan di Skrin dewan.(seperti dalam gambar bawah)



See! Betapa gembiranya aku kan!



Bunga dari Mak dan abah saya.
Purple kan.Macam tema baju aku.eh!


Wehuu! Inilah hadiah untuk Mak dan abah yg tercinta.
Kini saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keushawanan dan Perdagangan dengan Kepujian.




#Tunggu posting yang tak tau bila ni. Insyallah ada rezekinya nanti. Sama-sama berdoa yer!




B.E kini kembali!


Selamat hari jumaat!

Dah berminggu-minggu tak bukak Nuffnang. Malas sebab bukak je takde pun BE masuk. Kecewa!
Sekali hari ni bukak ada DUA BE masuk. Alhamdulilah.
Terima Kasih Nuffnang.




#rajinkan lah diri mengupdate yer!


Istanbul Aku Datang (Official Trailer)



Istanbul Aku Datang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat