Friday, January 21, 2011

:: menjadikan harta jambatan ibadah ::

Tajuk :
Menjadikan Harta Jambatan Ibadah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap
umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”
 
Riwayat at-Tirmidzi

Huraian
1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak. 



::terima kasih kepada pembeli ::

barang aku dah abis jual! terima kasih banyak2 kepada para pembeli
actually ini cerita dah beberapa hari lepas.Tak sempat aku mahu update je.Maklumlah terlampau bz dengan pelbagai kerja~ bz ke?..
Terima kasih kepada para pembeli!
kamu semua memang baik tau. nak jugak beli barang @ produk tersebut.
tak sia-sia aku promote @ memujuk!
Usaha Tangga Kejayaan. Tak usaha macam mana nak berjaya! Betul tak?

cerita pasal barang@ produk~
 aku kena jual 2 helai T-shirt dan sebotol perfume
sehelai T-Shirt Shah beli..
sehelai lagi T-shirt Fazlina beli.
Perfume cik Stephani yang beli.




Ok! aku kena jual 3 jenis produk. Baru dapat 2 jenis.Esok mahu amik lagi satu..
Produk ape pulak la kali ni.Harap-harap senang jugak la nak jual.



::suami isteri rugi ditipu "doktor" ::

MELAKA 20 Jan. - Sepasang suami isteri hari ini mendakwa kerugian RM14,000 akibat ditipu seorang 'doktor' yang mengaku kononnya mampu mengubati penyakit kronik yang dihidapi mereka.
Akibatnya, pasangan itu bukan sahaja kehilangan wang simpanan Tabung Haji yang dikumpul sejak 10 tahun lalu, malah penyakit yang dihidapi juga dikatakan semakin melarat.

Sarip Sayed, 61, dan isterinya, Salihah Biran, 54, mendakwa, mereka tidak menyangka lelaki berusia 72 tahun yang mengaku dirinya sebagai doktor itu sanggup mengaut keuntungan mudah dengan menipu di sebalik perwatakan alim.

Menurut Salihah, kali pertama dia dan suami bertemu dengan 'doktor' tersebut adalah pada 14 Oktober 2009 di rumah lelaki itu di Taman Merak, Bukit Katil di sini.
Ketika itu, katanya, dia bercadang menjalani perubatan homeopati bagi merawat sakit urat dan batu karang yang dihidapinya, manakala suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.

"Sampai di rumahnya, lelaki itu yang memakai stetoskop di leher memperkenalkan dirinya sebagai doktor.
"Dia kemudian mengambil gambar mata saya dan memaparkannya di skrin besar sebelum menjelaskan saya turut mempunyai penyakit buah pinggang yang perlu dirawat segera sebelum melarat," dakwanya.

Tambahnya, sepanjang sesi penerangan itu, lelaki tersebut tidak berhenti-henti menyebut nama Allah dan berjanji akan merawat penyakit mereka sehingga sembuh tetapi perlu menggunakan ubatan herba yang dibekalkan pada harga RM14,000.

Dia memberitahu, warga emas itu juga cuba menakutkan mereka dengan mengatakan sekiranya dibiar, buah pinggang akan rosak dan memerlukan perbelanjaan lebih tinggi sekitar RM100,000.

"Dia juga bijak memujuk kami supaya mengeluarkan simpanan di Tabung Haji dengan mengatakan tidak guna menunaikan haji sekiranya badan tidak sihat dan selalu sakit-sakit.

"Termakan dengan kata-katanya itu, saya dan suami pun bersetuju dan pada masa sama 'doktor' itu pula menggesa kami menyerahkan wang tersebut keesokan harinya sebelum pukul 11 pagi kerana perlu ke Kuala Lumpur segera untuk membeli ubat tersebut.

"Esoknya, pada 15 Oktober 2009, saya dan suami mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM12,000 dan serahkan kepada lelaki itu tanpa diberi sebarang ubat. Baki RM2,000 perlu dijelaskan di ibu pejabat klinik lelaki itu di Setapak, Kuala Lumpur," dakwanya lagi.

Salihah berkata, selang lima hari, dia dan suami pergi ke Kuala Lumpur dan di sana barulah mereka diberi bekalan ubat seperti dijanjikan, tetapi terkejut apabila mendapati kesemua tiga bungkusan ubat adalah sama sedangkan ia untuk rawatan penyakit yang berbeza.

Tambahnya, selepas sebulan menggunakan 'ubat' itu, penyakit yang dihadapi semakin teruk dan terkejut apabila 'doktor' terbabit mengarahkannya mendapatkan rawatan susulan di hospital sedangkan sebelum ini dia memberi jaminan mereka sekeluarga akan dirawat sehingga sembuh.

"Setelah tertipu, saya dan suami membuat laporan polis pada 8 Januari 2010 selain ke Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi kecewa apabila ditolak dengan alasan lelaki itu doktor profesional.

"Saya cuba menghubungi 'doktor' itu tetapi gagal malah ketiga-tiga cawangan pusat perubatan homeopatinya di Melaka, Kuala Lumpur dan Temerloh, juga ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki terbabit tidak pernah diiktiraf sebagai doktor, sebaliknya dia cuma pernah menjalani kursus latihan kedoktoran.

Tambahnya, beliau juga difahamkan hasil ujian makmal daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ubat-ubatan yang dibekalkan kepada keluarga itu tidak mempunyai kelulusan KKM.

"Saya lihat, memang ada unsur penipuan memandangkan semua cawangan pusat perubatan lelaki tersebut tidak lagi beroperasi, malah lelaki itu juga tidak dapat dihubungi," katanya.



:: kami terpilih!! ::


gambar yang aku hantar terpilih!
sila ucap tahniah ok!~ poyos la kau jiha..
mempertaruhkan gambar atas tu~ kenapa? sebab mereka BFF saya. di mana ada saya,di situ ada mereka!
jom la "like" picture kami!
terima kasih tau sapa yang sudi nak like!
nanti aku belanje biskut batik..aku buat sendiri tau!



Huda,Arifah,Jiha,Iqa beary
Di UPSI kami bertemu, mengharungi pahit,manis,masam dan masin bersama-sama.

huda: sifat keanak-anakan yang ceria
arifah: library bergerak yang serba tahu
jiha : seorang blogger & sukakan IT.
iqa beary: suka kpd semua jenis berries & benda yang comel dan unik.
 


support kami OK!~


just like picture kami..



1) like page "Eightdesign Boutique"http://www.facebook.com/eightdesigns



2) then like gambar kami






tenkiu~~
=))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat